Assalamu’alaikum wm
Alhamdullillah, sekali lagi kita panjatkan kesyukuran
kita kepada Allah SWT kerana kerana
dengan izin kurniaNya dapat kita bertemu lagi di usrah siber ini. Mudah-mudahan
Allah ilhamkan kepada hati kita ini untuk sentiasa berusaha menuju kearah kebaikan,
kearah taqwa kepada Allah SWT dan bukan kearah sebaliknya. Sabenarnya Jiwa dan ingatan
kita akan sentiasa berperang untuk
berbuat baik atau pun maksiat. Ini
bertepatan dengan Firman Allah SWT di dalam surah Asy-Syams ayat 8-10 yang bermaksud
“Maka Dia mengilhamkan
kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sengguh beruntunglah orang yang
menyucikannya dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya”
Jadi didiklah hati kita untuk membuat pilihan yang terbaik….
Saudara dan Saudari yang dimuliakan
Kita telah membicarakan tentang topik hati yang sihat dan
hati yang mati. Pada kali ini saya ingin mnyentuh pula berkenaan dengan hati
yang sakit …
Menurut Ibnu Qayyim, hati yang sebegini pada zahirnya hidup
tetapi ia sakit. Jika dilihat dari luar nampak sihat tetapi di dalam hati sudah
teruk dan sukar untuk diubati. Hati yang saperti ini sabenarnya mempunyai
perasaan cinta kepada hawa nafsu. Hawa
nafsu ini pula lebih terdorong oleh rasa keinginannya. Antara hawa nafsu
keinginannya yang ketara ialah dengki, iri hati, sombong, riak, gila pangkat,
marah, buruk sangka, putus asa dan sebagainya. Sifat saperti inilah punca
kepada kerosakan hati.
Keadaan hati yang sebegini akan membawa kita kearah dua
jalan. Jalan pertama ialah mengajak kembali kepada Allah SWT dan RasulNya serta hari Akhirat. Jalan yang kedua pula mengajak kepada
kemewahan di dunia. Antara kedua-duanya,
hati akan memenuhi ajakan mana-mana jalan yang lebih hampir kepadanya. Ini akan
membawa kepada kebaikan atau pun kehancuran. Hati yang sakit ini juga selalu
berubah-ubah. Ada kalanya, hati ini bertukar menjadi hati yang mati dan adakalanya, ia bertukar menjadi hati yang
sihat.
Saudara dan Saudari yang dimuliakan
Daripada ulasan ringkas Ibnu Qayyim ini dapat lah kita
rasakan bahawa masalah hati ini merupakan masalah pokok di dalam kita melayari
kehidupan ini. Hati yang sakit ini berpunca dari diri kita yang ingin menjauhi
perintah Allah. Apabila kita jauh dari Allah, mudahlah kita di hasut oleh
syaitan. Syaitan inilah menjadi salah satu punca hati kita menjadi sakit. Allah SWT membenarkan syaitan menghasut
manusia, hambaNya, adalah kerana Allah mahu menguji keimanan hambaNya. Memang
ada di antara hambaNya yang engkar dan hati mereka sabenarnya telah termakan
hasutan syaitan sehingga menjadi keras saperti batu.
Firman Allah
“Oleh kerana Allah mahu menjadikan hasutan syaitan itu
sebagai satu fitnah, ia merupakan cubaan bagi mereka yang ingkar. Hati mereka
menjadi keras membatu dan mereka yang zalim itu sentiasa jauh dari jalan
kebenaran” [Surah Al Hajj: 53]
Saudara dan saudari
Satelah kita memahami bahawa masalah hati ini penting, maka
marilah kita sama-sama memperingatkan diri kita, keluarga dan sahabat handai
kita supaya menjaga hati supaya ia sentiasa sihat dan bersih dan menghindarikannya
daripada hati yang mati dan sakit. Sabenarnya
merawat hati kita yang sakit ini sentiasa terbuka asalkan kita semua ingin
bertaubat dan kembali kepada jalan Allah SWT serta meninggalkan laranganNya.
Mengubati hati ini bukanlah mudah, segala-galanya memerlukan juga kesabaran
daripada kita. Kekuatan iman dan keyakinan juga perlu bagi memastikan hati kita
akan kembali sembuh.
Ya Allah , sembuhkan lah penyakit-penyakit hati yang ada pada
diri kami, keluarga kami dan kawan-kawan kami…Ameen
Sekian,
kebenaran itu dari Allah SWT jua dan kelemahan dari kita sebagai manusia biasa….maaf
di pinta.
Tangguh
dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr..
Wasalam
Rujukan:Ibnu
Qayyim, Bahagiakan hatimu…PTS
Asm..
ReplyDeleteYa Betul. sy setuju dgn apa yg diberitahu Dr Tarmizi. Untuk menjaga Hati, perlu usaha BERSUNGGUH2 dan Doa serta Tawakal.
ini merupakan mujahadah yg BESAR sebenarnya
HABAT
hati yang mati boleh dihidupkan semula dengan mengingati MATI...
ReplyDeleteKerja kita merupakan satu ibadah. Kita bekerja untuk mendapat rezki yang halal untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga.. Rezeki yang haram pula kadangkala diperolehi tanpa kita sedari, akibat telah ‘biasa’ dengan perbuatan tersebut atau sememangnya kita bertujuan kearah itu. Majikan kita memberikan kita hak untuk ‘claim’ (membuat tuntutan) tapi kita haruslah menggunakan hak kita itu dengan cara yang betul dan bukan menipu. Apabila sudah memakan dari sumber-sumber pendapatan yang haram dan tidak berkat, adalah dikhuatiri ini akan membawa kepada gejala sosial anak-anak dan ketidak seimbangan rumahtangga itu sendiri. Pastikan anda mendapat gaji yang halal, demi kesejahteraan diri anda, keluarga anda di dunia dan akhirat.
ReplyDeleteAntara jenis2 tuntutan yang berkemungkinan membawa kepada wang yang haram:
1) Tuntutan perjalanan: tidak menjelaskan perbatuan sebenar, kadangkala jauh melebihi perbatuan yang sepatutnya. Tuntutan yang menggunakan perbatuan kereta, walaupun pergi dengan motosikal sahaja.
2) Tuntutan hotel: menuntut elaun hotel bagi persendirian, sedangkan yang sebenarnya ia berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Terdapat hotel-hotel yang bersubahat dengan menjual resit hotel.
3) Tuntutan wang runcit: berpakat dengan pekedai yang menjual barang untuk meningkatkan harga barang yang ditulis pada resit belian.
4) Tuntutan elaun makan dan harian: ada yang pergi lewat dan balik awal tetapi menuntut elaun makan dan harian yang tidak setimpal. Contohnya, balik awal dari kerja luar (2 hari), sedangkan jadual selama 3 hari. Tuntutan masih untuk 3 hari dan bukan 2 hari.
5) Tuntutan elaun lebih masa: menuntut elaun lebih masa sedangkan tugas tersebut boleh disiapkan awal pada waktu pejabat.
Apakah kita redha memberi anak-anak kita makan dan membesar dengan rezeki yang diperolehi secara haram? Ini sudah tentu sama keadaan nya dengan memberi mereka makanan yang haram atau daging yang tidak disembelih, walaupun pada hakikatnya kita memberi mereka makanan yang halal, berzat dan berkhasiat. Renungkanlah.
asm
ReplyDeleteKepada mereka yang memberi komen, di ucapkan jazakallah, terima kasih..semoga kita terus lengkap melengkapi di antara kita untuk berbuat kebaikan....