Assalamu'alaikum wm
Alhamdullillah, bertemu lagi kita di alam siber ini dan mudahan-mudahan keikhlasan kita untuk ingin kembali kepada Allah SWT di dalam perbuatan, tingkah laku dan usaha kita, memudahkan kita untuk di beri hidayah oleh Allah SWT. Semoga dengan sedikit pengetahuan dan kesedaran yang kita dapati di sini atau di mana sehaja, dapat kita laksanakan di dalam kehidupan kita dengan penuh keyakinan. Apa yang yang kita faham dan yakin walau pun sedikit kita laksanakan secara berterusan...ingat lah kita sangat berharap kepada Allah SWT untuk membimbing kita setiap masa...Berdoalah semoga Allah SWT beri kita kekuatan...
Saudara dan saudari yang di muliakan
Hati sering dikaitkan dengan kehidupan dan kematian kita. Ibnu Qayyim membahagikan hati kita ini kepada tiga.
1. Hati yang sihat
2. Hati yang mati
3. Hati yang sakit
Untuk kali ini saya akan menyentuh secara rengkas tentang hati yang sihat. Mudah-mudahan kita suka kepada hati yang sihat lebih daripada kita sukakan hanya pada badan yang sihat. Ini adalah terlalu penting kerana untuk mendapat kebahagiaan di Akhirat kelak, yang layak bertemu dengan Allah di dalam keadaan reda meredai kelak hanyalah mereka-mereka yang mempunyai hati yang bersih atau sihat sahaja. Sekiranya kita pulang dengan hati yang kotor, di hari Akhirat kelak siapa pun tak dapat menolong kita meskipun anak-anak kita sendiri.
Allah SWT tegaskan di dalam Al Quran di dalam surah As Syu'ara' ayat 88-89 yang bermaksud
" Pada hari Akhirat kelak, anak-anak tidak akan dapat memberikan apa-apa pertolongan, kecuali mereka yang datang dengan hati yang bersih"
Jadi, ayat di atas menerangkan kepada kita supaya memiliki hati yang bersih sekiranya kita mahu kegembiraan bertemu dengan Allah di Akhirat kelak.
Apakah ynag di maksudkan dengan hati yang bersih atau sihat ini? Hati yang bersih ialah hati yang bersih daripada keinginan bagi melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah Allah dan larangannya termasuk perkara-perkara yang meragukan.. Hati yang bersih bebas daripada menjadi hamba kepada syaitan. Ketaatan, rasa takut, harapan keredaan,taubat dan berserah diri hanya kepada Allah SWT semata-mata. Kita tidak menjadi hamba kepada yang lain daripada Allah SWT.
Hati yang bersih juga tidak tidak menyekutukan Allah dengan apa cara sekali pun. Segala perbuatan kita sentiasa ikhlas kepada Allah. Kita mencintai dan membenci semua nya kerana Allah. Begitu juga kita memberi dan menegah semuanya kerana Allah SWT.
Diri kita masih belum sempurna sekiranya kita belum bebas daripada sikap yang tidak berlandaskan hukum dan perintah Allah SWT. Hati kita perlu sentiasa rapat dan mengingati Allah, bertekad untuk sentiasa patuh kepada Allah samada di dalam perkataan atau pun perbuatan kita.
Saudara dan saudari
Hati yang sihat sentiasa merujuk kepada Allah dan rasulNya. Allah SWT berfirman
" Hai orang-orang yang beriman jangan lah kamu mendahului Allah dan RasulNya bagi melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat kebenaran, Sesungguhnya Allah maha mendengar dan maha mengetahui.
Seringlah bertanya kepada kita bilamana kita ingin melakukan sesuatu. Mengapa dan bagaimana perbuatan itu kita akan lakukan! adakan perkara yang di suruh Allah SWT atau adakah caranya yang telah ditunjukkan kepada kita oleh Rasulallah SAW.
Jadi sebagai hamba Allah SWT, kita berusaha lah bersungguh supaya kita dapat mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Hati dan kehendak kita patut dijaga supaya tidak merosakkan keikhlasan dan mengikut nafsu yang menentang kebaikan.
Walau pun sukar untuk menjaga hati , kita tak ada pilihan daripada terus memperoses hati ini dengan ayat-ayat Allah SWT dan hadith Rasulullah SAW. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendidik hati ini, bersihkan selalu....sekiranya fizikal kita kotor, baju kita kotor, rumah kereta kotor pun kita sudah malu dan terus mencucinya apatah lagi hati kita yang kotor ini....ingatlah hanya hati yang bersih dan sihat sehajalah yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan sesebuah kehidupan...Di dunia dan di Akhirat...
Sekian, kebenaran itu dari Allah SWT, kelemahan adalah dari kita , manusia yang lemah.,,maaf di pinta
Tangguh dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr....
Wasalam
Rujukan: Bahagiakan hatimu, Ibnu Qayyim Al Jauziyah

No comments:
Post a Comment