Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wm
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran kita yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Bersyukurlah kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita untuk kita terus hidup dan dapat melaksanakan kehidupan harian kita. Mudah-mudahan kita dapat memilih jalan taqwa untuk melayari kehidupan kita yang penuh dengan cabaran ini.
Saudara dan saudari
Untuk kita berusaha mendidik hati kita supaya terus terikat dengan pengawasan Allah ialah kita kena merasai dan meyakini kehadiran Malaikat dalam mencatat segala amal baik dan buruk kita. Maka pada kali ini saya ingin mengajak saya dan saudara untuk merasai hakikat keyakinan ini dan ini adalah sebahagian daripada rukum iman yang wajib kita yakini.
Kita perlu yakini bahawa Allah SWT telah mengutuskan dua malaikat untuk mencatat semua amalan manusia, baik amal buruk mahu pun amalan baik. Amalan buruk kita akan di catit oleh Malaikat Raqib yang sentiasa berada disebelah kiri kita manakala amalan baik kita pula akan dicatit oleh Malaikat 'Atiq yang berada disebelah kanan kita. Yakinilah bahawa tidak ada satu amal pun yang boleh disenyembunyikan dari Malaikat. Segala tingkahlaku kita sentiasa diawasi dan dicatat setiap saat. Firman Allah yang bermaksud…
"Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada padanya Malaikat pengawas yang selalu hadir" [Qaf: 18]
Allah berfirman lagi yang bermaksud…
"Dan sesungguhnya bagi kamu ada (Malaikat-malaikat yang mengawasi (pekerjaanmu). Yang mulia (disisi Allah}) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu). Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan" [Al-Infitar: 10-12].
Ibnu Abbas ada mengatakan bahawa " Malaikat menulis semua perkataan manusia, baik perkataan yang baik maupun yang buruk. Malaikat mencatat perkataan, 'Aku makan,aku minum, aku pergi,aku datang,aku melihat dan sebagainya". Hal itu berlanjutan hingga hari khamis, ketika ucapan dan perbuatan itu ditayangkan."
Rasulullulah SAW ingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud…
"Jika seseorang berbicara dengan keredaan Allah, maka Allah akan mencatatkan perkataan tersebut saat perhintungan kelak, meskipun ia tidak menyangka bahawa hal itu dicatat oleh Allah. Sebaliknya jika seseorang itu berbicara dengan kemurkaan Allah, maka Allah akan mencatat perkataan tersebut saat perhintungan kelak, walaupun ia tidak menyangka bahawa hal itu ditulis oleh Allah." [HR Ahmad]
Saudara dan saudari
Ingatkan selalu hati kita bahawa Malaikat tidak melepaskan satu amal pun, malah rintihan manusia juga akan dicatat oleh Malaikat. Imam Ahmad berkata" Pada suatu hari, aku merintih kesakitan. Lalu datanglah Tawus. Ia berkata,"Malaikat menulis segala hal, termasuk rintihan." Setelah mendengar perkataan Tawus, aku tidak lagi merintih."
Saudara dan saudari
Hasan Al Basri ada mengingatkan kita “Wahai anak Adam, sesungguhnya di sekeliling kamu ada dua Malaikat yang mulia. Salah satu malaikat berada di sabelah kanan kamu. Ia mencatat amal baik kamu. Malaikat lainnya berada disebelah kiri kamu dan mencatat amalan burukmu. Maka buatlah sesuka kamu. Ketika kamu mati, dilipatkan buku catatan amalan kamu itu, lalu digantungkan dileher kamu hingga hari Kiamat tiba”
Allah berfirman yang bermaksud..
“ Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka” [Al-Isra’: 13]
Sabenarnya Malaikat tidak hanya mencatat semua tingkah laku dan perbuatan kita. Mereka juga mecatat niat di dalam hati kita samada niat baik atau buruk.
Malaikat Raqib dan ‘Atiq juga menulis semua jejak atau bekas yang ditinggalkan oleh manusia satelah mati, baik jejak yang baik atau pun buruk.
Firman Allah SWT yang bermaksud…
“ Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami menulis apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan di dalam kitab besar yang nyata (Lauh Mahfuzh).” [Yassin: 12]
Saudara dan saudara yang dimuliakan
Oleh yang dimikian, marilah sama-sama kita mendidik hati kita supaya merasai diri kita sentiasa diapit oleh Malaikat Allah. Walau pun ibu, ayah, suami isteri, anak, ketua pejabat kita tidak berada disisi kita tetapi ingatlah bahawa Malaikat Raqib dan ‘Atiq ada bersama kita untuk mencatat segala amal perbuatan kita. Samada kita berada di dalam bilik, rumah, sekolah, pejabat, makmal, ladang, laut atau dimana saja, kita tak dapat lari dari diiringi Malaikat Allah. Berdolak dalihlah pada sesama manusia secara terangan atau bersendirian, gunalah apa saja teknologi cagih saperti talipon bimbit, SMS, email, internet, facebook, blog dan sebagainya untuk menipu atau berbuat maksiat tapi kita tak akan terlepas dari catatan Malaikat Raqib dan ‘Atiq. Catatan di dunia boleh dipadamkan, disorok atau dibuang tetapi catatan atau amalan yang sama akan ditayangkan kembali di Akhirat nanti. Amat dibimbangi lagi sekiranya semasa maksiat dilakukan Malaikat maut pula datang menjemput kita….takutlah wahai manusia…
Saudara dan saudari
Sekali lagi marilah kita sama-sama berfikir semasak mungkin sekiranya kita ingin mengikut nafsu dan melakukan maksiat. Tidak ada ruang kita dapat lari dari pengawasan Allah. Allah pinjamkan anggota badan kepada kita tetapi kita gunakan pula untuk melakukan perkara yang Allah larang. Sungguh kita tergolong di dalam golongan orang yang zalim dan tidak bersyukur!
Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami disebabkan kami tidak takut kepadaMu dan MalaikatMu di dalam amalan harian kami…Ya Allah selamatkan kami dari azab kubur dan api neraka MU..Ya Allah .Ameen….
Sekian, maaf jua dipinta.
Rujukan: Antaranya Tulisan Mahmudin
insyaAllah bermanfaat
ReplyDelete