Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wm
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Sekali lagi marilah kita sama-sama mengucapkan kesyukuran kita yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah izin kurnianya dapat kita bertermu lagi di alam siber ini. Mudah-mudahan kemudahan siber pemberian Allah ini dapat kita gunakan untuk terus mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Mudah-mudahan Allah jauhkan kita dari menggunakan kemudahan ini untuk lalai dan melakukan maksiat terhadap Allah SWT. Sempena Hari GURU di Malaysia ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana pengorbanan mereka yang mendidik kita sehinggalah kita keperingkat yang kita berada sekarang ini. Semoga niat ikhlas para guru di dalam mendidik masyarakat Allah terima sebagai satu ibadah….
Saudara dan saudari
Setiap daripada kita pasti mempunyai masa lalu , baik yang menyenangkan mau pun yang menyedihkan. Semua yang berlaku telah ditakdirkan Allah ke atas kita dan penyusunan Allah sekali pun pahit dan kita tidak sukai bukan diluar pengetahuan Allah. Allah. Allah Maha Sempurna dan tidak pernah tersilap. Semuanya penuh dengan hikmah dan ada kebaikan dan juga pengajaran untuk kehidupan manusia.
Terkadang sebagai manusia biasa kita terasa ingin ke masa lalu agar kita tidak ingin berbuat salah atau sesuatu yang menyedihkan. Tetapi ini merupakan perkara yang mustahil. Kita boleh saja menyesali kesalahan ynag berlaku pada masa lalu, asalkan tidak berlebihan hingga merosakkan jiwa dan jasad kita. Sabenarnya Allah sangat sayang kepada kita dan masih memberikan kita peluang untuk meneruskan kehidupan kita. Untuk kita menyesali kesalahan yang telah kita lakukan, kita memohon ampun kepada Allah, meningkatkan amal soleh, memperbanyakan melakukan kebaikan dan menjalinkan silaturahim dengan orang lain. Allah berfirman yang bermaksud …
Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan –perbuatan yang buruk….[Hud: 114]
Begitulah pentingnya berbuat baik dan sentiasa berusaha berbuat baik untuk menghapuskan dosa yang kita telah lakukan. Rasulullah SAW menjelaskan kembali di dalam sabda Baginda yang bermaksud………
“Bertaqwalah kamu di mana pun kamu berada. Iringilah keburukan dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskannya. Selain itu jalinlah sailatul rahim dengan orang lain” [ HR Ahmad, Tarmizi, Baihaqi, Hakim dan Ibnu Asakir]
Ayat dan hadith di atas menjelaskan kepada kita bahawa cara yang paling baik untuk memperbaiki kesalahan yang telah kita lakukan. Sehingga kesalahan tersebut boleh berganti dengan kebaikan yang melimpah. Inilah bukti kekuasan dan penyayang Allah yang menghapuskan kesalahan hambanya.
Saudara dan saudari
Oleh itu marilah sama-sama kita mendidik hati kita supaya selalu ingin berusaha menambah ilmu dan amal kebaikan kita. Kabaikan akan sentiasa membawa ketenangan kepada jiwa kita…Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud…
“Kabaikan (yang halal) itu ialah suatu yang tetap oleh diri dan tenang oleh jiwa dalam menghadapinya, dan dosa itu ialah suatu yang tidak tetap oleh diri dan tidak tenang oleh hati, sekalipun orang telah berfatwa kepada engkau” [HR Ahmad]
Jadikan juga hati kita sebagai penunjuk kepada sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan. Renungilah Wasiat Nabi Adam AS kepada anak-anaknya. Antaranya ialah
1. Jika kamu hendak berbuat sesuatu tetapi hati kamu gelisah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu aku memakan buah kayu, hatiku telah tergoncang dan gelisah.
2. Jika kamu hendak mengerjakan sesuatu, lihatlah kesudahanya. Kerana kalau aku lihat dan fikir tentang akibat daripada makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.
3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu. Kerana kalau sekiranya aku berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada ku supaya jangan memakan buah terlarang itu.
[Riwayat di dalam kitab Syarah Al arba’in al Nawawiyah]
Sekian, semoga kita dapat mengambil pengajaran dan amalkan bersama-sama di dalam kehidupan kita yang sementara ini…
Wasalam
Rujukan: Sebahagian penulisan Mahmudin dan Abu Qamar
No comments:
Post a Comment