Sunday, February 6, 2011

Renungan Hadith:Perbetulkan niat dan amalan kita

Assalamu’alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah bertemu sekali lagi di alam siber dan mudah-mudahan Allah berikan keberkatan kepada kita di dalam usaha kita mendidik hati kita untuk kembali mengambil Islam sebagai cara hidup kita.

Di dalam renungan hadith kali ini marilah sama-sama kita mendekati satu hadith ringkas yang dirasakan penting untuk penekanan di dalam perkara  asas untuk melakukan amalan harian kita.
  
“Setiap pekerjaan itu bergantung pada niat” [HR Al Buhkairi dan Muslim]

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Hadith di atas mengingatkan kita tentang nilai setiap amalan dan pekerjaan kita disisi Allah SWT adalah bergantung kepada niat pelakunya.

Islam amat menitikberatkan tentang niat di hati dan  ia menjadi kayu pengukur dalam setiap amalan yang kita dilakukan . Apa pun amal yang kita lakukan sabenarnya bergantung pada niat dan keikhlasan kita. Maka sudah sepatutnya kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat yang baik, dengan penuh redha dan lahir dari hati yang bersih, bukan sebab-sebab lain saperti  riya’ atau menunjuk-nunjuk pada orang lain . 

 Hadith ini ada kaitan dengan peristiwa Hijrah dari kota Makkah  ke kota Madinah Al Munawarrah di mana Rasulullah SAW mandapat tahu ada seorang sahabat yang berhijrah untuk tujuan berkahwin. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya setiap pekerjaan itu bermula daripada niatnya”

Walaubagaimana pun kita mesti ingat bahawa setiap amalan kita mestilah mengikut hukumnya dari segi halal, haram dan makruh yang ditetapkan oleh hukum syarak.  Oleh itu kita dilarang untuk melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan suruhan Allah SWT dengan alasan niat yang baik sahaja. 

Kadang-kadang kita melakukan sesuatu amalan saperti kutipan derma dengan niat ikhlas untuk beramal tetapi melalui cara-cara yang tidak halal saperti konsert nyanyian yang melalaikan , tidak menutup aurat dan pergaulan bebas. Begitu juga kita tidak boleh melaksanakan sesuatu amalan atau pekerjaan baik dengan niat yang buruk saperti solah untuk menunjuk-nunjuk, bersedekah untuk tujuan riya, berceramah atau menulis buku atau blog untuk tujuan sanjungan ramai dan lain-lain lagi. 

Apa saja amalan yang di buat tanpa ikhlas kerana Allah, ia tertolak  dan tidak akan mendapat balasan baik dan keredaan Allah SWT….Maka sia-sialah pekerjaan kita.  Malah kita takut ia akan membawa kita kepada kemurkaan  dan siksaan Allah SWT..............

Oleh itu sentiasalah kita mengingati diri kita ini tentang perkara paling asas  iaitu mengenai urusan niat dan keikhlasan kita di dalam kita melakukan apa saja perkerjaan atau amalan kita. 

Bagi kita yang bekerja makan gaji ini pun perlu sangat berhati-hati tentang niat kita…............Sekiranya niat kita baik, pastikan juga segala aktiviti semasa kita bekerja di kawal mengikut acuan Allah… janganlah kita  menipu, malas, curi tulang, banyak bersembang dari buat kerja, tidak mahu bekerjasama dengan orang lain, tidak  menggunakan masa dengan  baik semasa kita bekerja makan gaji ini……..Takut-takut rezeki yang kita bawa balik untuk keluarga kita tidak berkat disebabkan kita  tidak betul-betul bekerja  kerana Allah.............!.

Sekian, semoga hadith pendek ini dapat mendidik hati kita insyaAllah……….

Wassalam

Rujukan Permata hadis 40, 
Pedoman Hidup Muslim

   

4 comments:

  1. hadith pertama dalam kitab Hadith 40 merujuk kepada setiap amalan bermula dengan niat..ia menunjukkan perkara yang sgt penting di dalam Islam iaitu NIAT..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. asm

    Terima kasih, saudara.
    Memang benar untuk keterangan lengkap mengenai niat rujuk kitab Hadith 40....

    ReplyDelete
  4. ustaz saya tolong bantu saya...
    bila saya berada dirumah lebih banyak perkara tak elok berlaku seperti sembahyang lewat waktu, kurang berzikir, menderhakai ibubapadan yang teruk saya akan melakukan perkara yang membatasi hukum syarak...
    tp jika saya berada di luar daripada rumah, saya akan berasa diri saya lebih berhati-hati seperti sentiasa ingat tuhan, ibubapa, dan kata lain lebih sedikit lakukan perkara baik makna nya saya dapat control diri saya....
    apakah pandang ustaz tentang diri saya....
    boleh ustaz jelaskan....
    ni no tel saya 0145377828

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...