Tuesday, February 8, 2011

Trend akhir zaman: Isteri berminat untuk tidak mencium Syurga: Ulasan Peguam Syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain


Assalamu'alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit peringatan untuk Isteri-isteri  ……..renungi lah Hadith  dibawah……
Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap isteri yang shalehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:
    “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi )
TETAPI MENGAPA MEMILIH JALAN  MUDAH KE NERAKA……………….BACA PETIKAN HARIAN METRO 8211 DI BAWAH …………

KUALA LUMPUR: Bilangan kes perceraian yang berpunca daripada sikap curang isteri dilihat semakin meningkat di mahkamah syariah, seolah-olah menjadi trend ketika ini.

Peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain (gambar) berkata, golongan isteri yang curang juga dilihat semakin berani hingga ada yang mencabar suami supaya tidak menjadi dayus dan melafazkan saja talak kerana mereka sudah ada lelaki lain.

Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian yang dibawa ke mahkamah syariah difailkan oleh isteri atas alasan suami tidak bertanggungjawab, sedangkan daripada pihak pembelaan suami, mereka mengatakan isteri ada hubungan dengan lelaki lain.

“Daripada jumlah kes perceraian yang dibawa ke mahkamah syariah, memang ketara trend golongan isteri ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain dan keadaan ini meruntuhkan institusi keluarga.

“Kes perceraian seperti ini dilihat banyak membabitkan golongan wanita yang berada dalam lingkungan 30-an hingga 40-an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zaidi berkata, masalah bermula apabila ada isteri masih mendapat perhatian lelaki lain kerana bentuk tubuh menarik atau menjadi idaman jejaka lain selepas menjalani perubahan dengan mencantikkan diri.

Sekian, semoga bahan ini boleh mendidik hati kita......

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...