Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullilah bersyukur kita sekali lagi kepada Allah SWT kerana dapat lagi kita bertemu di alam siber ini....semoga pertemuan ini dapat menambah sedikit sebanyak kebaikan kepada kita dan InsyaAllah sedikit kefahaman yang kita dapat akan menerangkan lagi jalan-jalan untuk kita kembali ke kampong Akhirat....
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Sempena sambutan Maulidur Rasul ini marilah kita merenung sejenak kehidupan kita ini ...adakah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan penghantaran utusan Allah Nabi Muhammad SAW kepada kita..yang telah membawa rahmat kesekelian alam ini...sekiranya kita bersyukur adakah betul cara nya saperti yang Allah kehendaki...
Dikesempatan ini saya ingin mengajak diri dan kita semua supaya melihat secara ringkas masalah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Ada tiga kewajiban di dalam mencintai Rasulullah SAW
1. Kita wajib mencintai Rasulullah SAW melebihi cinta kita pada diri sendiri
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Hisyam ra. bahawa dia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW sementara baginda mengganding tangan Umar bin Khattab ra, maka Umar berkata kepaad beliau: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali diriku. Maka Nabi besabda: Tidak demi Allah yang jiwa berada di dalam tanganNya! Hingga kamu lebih mencintai lebih dari dirimu sendiri. Umar berkata kepadanya: Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai dari diriku sendiri. Nabi bersabda: Sekarang wahai Umar" [HR Bukhari]
2. Kita wajib mencintai Rasulullah SAW melebihi cinta kita kepada orang tua dan anak
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda" Demi dzat yang jiwaku ada di tanganNya, tidaklah diantara kalian beriman sehingga aku lebih di cintai daripada orang tua dan anaknya[HR Bukhari]
3. Kita wajib mencintai Rasulullah SAW melebihi cinta kita kepada keluarga, harta dan seluruh manusia
Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda" Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih di cintai daripada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia" [HR Bukhari]
Saudara dan saudari
Petikan hadith di atas menunjukkan kepada kita satu kaedah yang kita tidak ada lagi pilihan sekiranya kita mahu keredaan dan kebahagiaan hakiki dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. Cubalah kita berusaha mengambil contoh ikutan setiap masa segala amalan yang telah di lakukan oleh Rasulullah SAW. dan bukan nya pada hari-hari yang tertentu sehaja saperti pada 12 Rabiul Awwal. Lihat juga contoh amalan para sahabat hasil didikan Rasulullah SAW sehingga mereka di ikhtiraf Allah sebagai ummah yang terbaik...
Firman Allah yang bermaksud....
" Kamu umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia...." [Ali 'Imran:110]
Marilah kita berdoa supaya diberikan Allah swt kekuatan untuk merasai kewajiban meletakkan Allah dan Rasul di depan kita dan dapat merasai kemanisan iman.
Rasulullah SAW bersabda
" Tiga perkara barang siapa yang berada di dalamnya maka ia mendapat manisnya iman.; bahawa Allah dan rasulNya lebih dicintai daripada selainnya, bahawa ia mencintai sesaorang dan tidak mencintai kecuali hanya kerana Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekafiran saperti kebencian dia bila bila dilemparkan kedalam api"[HR Bukhari dan Muslim]
Sekian, semoga kita dapat mengambil pengajaran dan bahan didikan hati kita, InsyaAllah.....
SELAMAT MENGHAYATI MAULIDUR RASUL ...
Wasalam
Rujukan : Majalah HALUAN
ya. betul Marilah kita sama sama mencintai Rasulullah saw..
ReplyDeleteBaginda amat mencintai umatnya sehinggalah ke akhir hayat baginda.
Kepada tidak kita?
Habat