Friday, February 18, 2011

KISAH MASYARAKAT: HARIAN METRO-Peringatan untuk ibubapa…..Remaja perkosa budak 5 tahun


Assalamualaikum wm

Saudara dan saudari

Peristiwa di bawah harus menjadi ikhtibar untuk kita supaya memastikan  anak-anak kita tidur di dalam keadaan selamat dari syaitan yang menyerupai manusia….

KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.
Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.
Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.

Sekian, insiden di atas boleh berlaku pada sesiapa sahaja…
Berdoalah kepada Allah semoga di berikan keselamatan pada kita dan ahli keluarga kita semua….
Wasalam
Sumber HM 18211




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...