Thursday, February 10, 2011

Marilah kita menjaga silaturrahim sesama kita...HR Al-Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdullillah, bertemu lagi di alam siber yang tiada sempadan ini...semoga kemudahan yang Allah beri ini kita gunakan untuk kebaikan bersama.  Didiklah hati kita supaya tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk di dalam menggunakan segala rezeki yang Allah beri ini termasuk teknologi moden ini...buat lah pahala dan jangan sekali buat dosa dengan teknologi canggih sekarang ini......

Pada kesempatan ini ingin saya mengajak diri kita bersama-sama melihat satu hadith riwayat Al Bukhary dan Muslim yang bermaksud.....

" Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim" 

Saudara dan saudari

Rasulullah SAW amat menitikberatkan dalam hal ini dan menegaskan kepada kita tentang kepentingannya dan kesannya yang mana akan menyebabkan kita tidak dapat masuk syurga...nauzubillah..

Didalam masyarakat kita kadang-kadang kita melihat orang tidak peduli sangat tentang silaturrahim ini...
Didalam huraian penulis kitab permata hadith 40 ini...mengatakan antara lain ialah

  • Kekurangan didikan atau tarbiyyah, taqwa dalam diri, menunjukkan sifat sombong kerana dia kaya kesihatannya (dia merasakan tak memerlukan orang, dia tidak akan sakit malah tak rasa yang ia akan mati), kewangannya (tidak perlu bantuan orang gaji tinggi dan simpanan banyak), kepakarannya, kekuatannya, kebolehannya...Jadi di peringatkan kepada kita sifat begini amat buruk dan bahaya jika kita tidak sedar, tidak bertaubat atau tidak mengubah hidup kita.  Jadi marilah kita berfikir untungbaiknya jika kita menghubung kembali silaturrahim walau pun kita rasa pahit dan sukar malah kita rasakan  pihak satu lagilah yang sepatutnya menghubungi kita dulu dan meminta maaf...tapi kalau masalah ini  akan menyekat kita ke syurga...perlulah bermula dengan kita...


Mulakan dengan memaafkan saudara kita di dalam hati dan dengan teknologi moden kita boleh SMS atau email tanpa perlu bersemuka dulu...InsyaAllah sekiranya kita ikhlas dan mengambil kira manusia ini tidak perfect Allah SWT akan memudahkan usaha murni kita...inilah gunanya teknologi moden untuk buat pahala.....

  • Perkara ini banyak berlaku di kalangan masyarakat kita di antara keluarga (kadang-kadang disebabkan harta, atau lidah...amalan sihir), di antara jiran tetangga (disebab anak atau sempadan rumah, pokok-pokok tanaman dll), di antara pekerja setempat (akibat dengki, mengumpat, sombong dll), di antara rakan se kelas atau rakan se usrah (kecil hati dsb) dan sebagainya. Ini menyebabkan kita tidak bertegursapa selama lebih daripada 3 hari....


Oleh itu cubalah kita awasi punca-punca putusnya silaturrahim di antara kita.  Antara lain prasangka sesama kita...sapertimana yang  di sebut di dalam Hadith Rasulallah SAW yang bermaksud

" Jauhkan dirimu dari prasangka. Kerana prasangka adalah ucapan  yang paling bohong [HR Bukhari dan Muslim]

Saudara dan saudari

Antara pengajaran hadith di atas adalah
1. Sifat memutuskan silaturrahim adalah satu amalan yang mengembirakan syaitan
2.Sifat memutuskan silaturrahim adalah satu amalan yang di murkai oleh Allah SWT
3.Sifat memutuskan silaturrahim adalah satu amalan yang merugikan kepada orang yang terlibat dari segi hubungan duniawi (hilang kawan atau saudara)
4.Sifat memutuskan silaturrahim adalah satu amalan yang merugikan kita sehingga kita tidak dapat masuk syurga. (apa guna kehidupan kita jika akhirnya kita ke neraka, pohon pelindungan Allah)

Oleh itu marilah kita sama-sama  sedar dan jaga lah hubungan baik sesama kita. Yang telah berlaku cuba bagi pihak kita menghubungi semula kerana ALLAH semata-mata, buanglah ego kita yang ditakuti akan menyekat kita masuk kesyurga...
Kepada yang belum ada masalah...jagalah punca-punca nya..Tingkatkan iman, didiklah hati, lawan lah godaan syaitan dan hawa nafsu kita dan jangan lupa berdoa, berdoa, berdoa kepada yang Maha Kuat kerana kita terlalu lemah.....
Maaf di pinta
Wasalam
Rujukan Kitab permata Hadith 40.....







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...