Wednesday, February 9, 2011

Ulasan Ustaz Hj Dr Zahazan Mohamed: Bagaimana syaitan menakluki hati manusia......Kitab 101 doa

Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan.
Saya ingin mengajak diri  dan saudara-saudari tentang ulasan menarik Ust. Dr Hj Zahazan di dalam ulasan mengenai    kerja jahat syaitan di dalam menggoda hati kita...
Beliau mengambil penjelasan dari kitab Fathu al -Mannan Bi Ahkam al-Jan tentang gambaran penguasaan syaitan ke dalam hati manusia melalui perbandingan.....
Hati laksana benteng, benteng itu berpagar, dan pagar mempunyai pintu.  Penghuni di dalam nya adalah akal.  Para Malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ ada juga tempat bersembunyi yang akan di datangi oleh syaitan. 
Peperangan akan sentiasa berlaku di antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan berserta ghurkanya iaitu nafsu. Syaitan tak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang. Maka penjaga hendaklah mengetahui berapa bilangan pintu kota dan bagaimana menangani kemaraan musuh. Kota ini akan diterangi dengan zikir  yang diamalkan, menjadikan padanya cermin yang akan menerbalikkan imej setiap yang melaluinya. 


Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah, antaranya dengan mengwujudkan kepulan asap.  Asap yang akan menggelapkan suasana sehingga pengawal tak nampak apa yang berlaku.Asap juga turut melekat pada cermin yang mengakibatkan kita tak nampak imej yang sabenarnya. 
Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikan nya reflektif semula.  Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku di dalam diri kita.  Semakin kuat keimanan, makin dasyat cabaran yang harus di tempuhi.  Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga para penjaga terlepas musuh masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya iaitu akal"
Semoga penjelasan Ustaz Zahazan dapat kita mengambil pelajaran dengan berhati-hati dengan musuh yang ghaib dan sangat merbahaya ini......


Wasalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...