Assalamualaikum wm
Saudara dan saudari
Satu pengajaran untuk kita
dan anak-anak gadis kita……Emosi perlu sangat suntikan iman …didiklah mereka
untuk berjaya bukan hanya di dunia tetapi berjaya…. lebih-lebih lagi Akhirat
KUALA
LUMPUR: Kurangnya pengisian emosi dan kerapuhan spiritual menjadi faktor
penyebab wanita terutama pelajar semakin mudah terpedaya janji manis dan godaan
‘lelaki hidung belang’ hingga sanggup menghabiskan wang ringgit dan menjadi
hamba cinta.
Presiden
Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata
kebanyakan wanita berjaya menguruskan daya pemikiran dengan baik, namun gagal
mengawal godaan emosi yang membuatkan mereka hanyut di alam fantasi.
“Tidak
dinafikan wanita kini semakin cemerlang dalam pelajaran, tetapi dalam masa sama
jumlah siswi yang menjadi mangsa cinta semakin meningkat,” katanya ketika
mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam.
Laporan
itu menyebut seorang siswi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar ibu
kota yang sanggup menghabiskan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional (PTPTN) hanya untuk berseronok bersama teman lelakinya berusia
40-an dan beristeri dua.
Siswi
itu yang kini menyesal atas kesalahannya mengakui pernah berhutang keliling
pinggang dengan rakan selain menipu kedua ibu bapanya dengan alasan perlu
membeli buku dan barangan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang.
Selepas
hampir setahun menjalinkan hubungan dan mengikis wang siswi itu, lelaki
terbabit menghilangkan diri.
Sekian, semoga ada
bermanafaat untuk renungan hati berkaitan isu masyarakat…
Wasalam
Harian Metro 18211
Microsoft also introduced the Microsoft Floor with Windows RT.
ReplyDeleteSocial Media does not have any rules, ethics or good
style. Good for you for driving traffic to your new Site.
My website whatsapp for pc windows 7 free download