Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di
muliakan
Sekali lagi kita panjatkan
kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya dapat kita
bertemu lagi di alam siber ini. Mudah-mudahan dari hari ke hari dapat kita
tingkatkan ilmu, iman dan amal kita…sehinggalah kita kembali bertemu dengan
Allah SWT.
Marilah kita berusaha
bersungguh-sungguh kerana kita tidak tahu berapa masa yang masih
berbaki kepada kita untuk kita tinggal
di dunia ini…jadi kita tidak tidak ada
pilihan untuk pantas bangun melaksanakan suruhan Allah…..
Pada kali ini saya ingin
mengajak diri dan saudara-saudara kepada satu peringatan ringkas Rasulullah SAW
tentang pentingnya kita menjaga hubungan sesama manusia dengan menjaga anggota
badan yang telah dipinjamkan kepada kita oleh Allah SWT. Anggota tersebut adalah lidah dan tangan kita….
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud….
“Orang
Islam adalah mereka yang sejahterakan orang Islam yang lain dari (bahaya) lidah
dan tangannya.”[HR: Al Bukhairi dan
Muslim]
Marilah kita memberi
perhatian yang serius terhadap dua
anggota yang Allah pinjamkan ini….saya katakan dipinjamkan kerana semua anggota
kita hatta nyawa kita sekali pun bukan hak mutlak kita..ia boleh diambil
kembali oleh Allah bila-bila masa
saja. Perhatikan di dalam masyarakat
kita ramai orang dari kita yang sebelum ini boleh bercakap tiba-tiba mejadi
bisu di sebabkan sakit saraf atau kanser dll. Begitu juga dengan tangan kita ,
ramai kawan-kawan kita sudah kehilangan tangan disebabkan oleh kemalangan dll..
Oleh itu sementara lidah dan
tangan kita masih elok gunakan sepenuh untuk kebaikan dan elakkan di
salahgunakan untuk merosakan diri dan masyarakat. Mengapakah Rasulullah fokuskan kepada dua
anggota ini?…Antara jawapannya ialah dua anggota ini terlalu mudah untuk digunakan.
Lidah sangat mudah dapat digunakan di dalam semua keadaan samada kita sihat,
sakit, gembira,marah, sedih dan lain-lain. Antara urusan lidah yang terbiasa
dengan amalan harian kita ialah…….
Lidah kita ini selalu
membuat janji kosong, menipu, berpura-pura, menyampaikan berita palsu yang mana akhirnya merugikan harta, masa dan tenaga orang lain.
Lidah boleh menjadikan kita bertelangah sesama
sendiri, sesama ahli keluarga, anak,
suami isteri, abang, kakak, menantu, ipar, dll sesama ahli surau, sesama yang
berlainan kefahaman ugama atau politik di dalam masyarakat, sesama ahli usrah
yang berbeza kemampuan, sesama rakan sepejabat atau ditempat kerja…akibatnya
amat buruk sekali sehingga kadang-kadang membawa kepada tidak bertegur sapa dan
akhirnya putuslah silaturrahim…kesannya tiada siapa yang untung..dan mendapat
dosa….
Lidah kita juga boleh
menyebabkan kita berbalah dari jarak dekat atau jauh contoh melalui talipon dsb,
samada orang itu ada di depan kita atau tidak…masing-masing menegakkan diri kitalah
yang betul…sepatutnya kita bermaaf-maafan kerana itu lebih mendekati kepada
tuntutan syarak…sebab kebiasaannya kita tidak mudah mengalah…Kita harus faham
masalah salah betul ini pengadilan hakiki adalah di Akhirat….Allah akan
menentukan…siapa benar siapa salah tetapi sekiranya kita berlapang dada dan
bertolak ansur dan bermaafan di dunia lagi Allah akan beri ketenangan…
Lidah juga selalu kita
gunakan untuk mengumpat dan menyakiti hati saudara kita, ahli keluarga suami
isteri, kawan-kawan , orang bawahan atau orang atasan kita….akhirnya masalah
kecil menjadi besar dan semakin sukar untuk diselesaikan…
Allah SWT memberi amaran
kepada kita di dalam firmanNya yang bermaksud…
“Tidaklah
sesaorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan disisinya ada malaikat Raqib-pencatat
kebaikan-dan ‘Atid-pencatat keburukan” [Qaf: 18]
Ingatlah juga akan beberapa
pesanan Rasulullah SAW berkaitan dengan hal mengumpat dan bahaya lisan.
Antaranya
“Sesungguhnya
seseorang hamba itu niscayalah berbicara dengan suatu perkataan yang tidak ia
fikirkan, baik atau buruknya, maka dengan sebab perkataannya itu ia dapat
tergelincir ke Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada jarak antara sudut
timur dan sudut barat” [Muttafaq ‘alaih]
“Janganlah
engkau semua memperbanyak kata, selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sebab
sesungguhnya banyaknya pembicaraan kerasnya hati dan sesungguhnya sejauh-jauh
manusia dari Allah ialah yang berhati keras [HR Tarmizi]
“Jikalau
anak Adam-yakni manusia-itu berpagi-pagi, maka sesungguhnya semua anggota itu
memberikan sikap tunduk kepada lidah-yakni menasihati agar berhati-hati.
Anggota-anggota itu berkata “takutlah engkau kepada Allah dalam urusan kita
semua ini, sebab keselamatan kita bergantung kepada kelakuanmu. Jika engkau
lurus, maka kita pun lurus, sedang jikalau engkau bengkok, maka kita pun
bengkok pula” [HR Tarmizi]
Saudara dan saudari
Keterangan di atas sudah
cukup untuk mendidik hati kita supaya berhati-hati di dalam urusan lidah kita.
Pelbagai bencana boleh berlaku samada di dalam rumah tangga kita, tempat kerja
kita, di dalam masyarakat kita…akibat lidah yang tidak terkawal..kata-kata yang
terkeluar tanpa difikirkan dulu baik-buruknya akan merosakan atau melukakan
hati samada isteri, suami , anak-anak atau sahabat handai..lukanya mungkin
hilang tetapi parutnya tetap ada….malah kadang-kadang segar hingga bertahun…
Jadi apakah yang dapat
membantu kita di dalam mengawal lidah kita ini…tidak lain tidak bukan
…tingkatkan ilmu dan iman kita…bantu membantulah sesama kita terutama pasangan
suami isteri, baik yang baru mahu pun yang telah lama……Takutlah Allah dan
takutlah siksaan api neraka di Akhirat nanti…..
Sekian, sedikit peringatan
tentang bahaya lidah yang tak terkawal sekiranya ada kebenaran..ambillah
sebagai panduan kerana itu sahih dari Allah SWT…kelemahan maaf di pinta..
Penjelasan mengenai bahaya
tangan akan dibincang di kesempatan yang lain…
Wasalam
Rujukan Permata hadith 40
dan Riyadhus shalihin-Imam Nawawi
No comments:
Post a Comment