Assalamu’alaikum wm
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdullillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita nyawa untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini…Marilah kita gunakan masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi sehinggalah ke hari Kiamat.. Di Akhirat kelaklah masa yang berlalu akan diulangtayang kembali kepada kita…tak tinggal sedikit pun amalan baik dan amalan jahat yang kita lakukan dan semuanya di catat dengan terperinci…Di dunia ini kita boleh menipu, ibu bapa, isteri, suami, anak-anak, kawan atau Bos kita…malah bertegas menegakkan perbuatan yang kita lakukan di dunia…dan merasakan tidak salah amalan yang kita buat, kita ada asas walau pun buat maksiat dan pelbagai lagi alasan untuk menang di dunia… tapi di Akhirat kelak semuanya akan ditayang dan mendapat keadilan yang seadil-adilnya..Jadi, Takutlah siksaan Allah SWT.
Saudara dan saudari
Pada kali ini marilah sama-sama kita merenungi satu hadith Riwayat Al –Bukhari dan Muslim yang bermaksud…
“ Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”.
Rasulullah SAW menegaskan kepada kita bahawa amalan yang paling baik ialah yang dikerjakan secara berterusan bukan secara bermusim dan mengikut semangat kita saja. Walau pun sedikit yang kita lakukan, itulah di sukai Allah SWT dan mendapat keredaan Allah SWT. Kemudian daripada sini, kita tingkatkan sedikit demi sedikit dengan meningkatkan kemampuan kita untuk terus melakukan amalan baik.
Marilah kita renungi diri kita ini adakah kita istiqamah di dalam melaksanakan amalan yang di perintahkan kepada kita melakukannya demi untuk membentuk keperibadian kita termasuk amalan fardu yang wajib kita lakukan.
Antara contoh yang kita boleh kaitkan di dalam amalan harian kita adalah
1. Membaca Al Quran…cuba lah kita mulai membaca dengan 5 ayat dengan memahami maknanya sehari secara istiqamah dan seterusnya tingkatkan 10 ayat…dsbnya. Perhati dan teliti sambil berfikir kandungan ayat yang kita baca...InsyaAllah dapat membantu menambah keyakinan dan keimanan kita kepada Allah SWT. Al Quran ini mukjizat Allah…amatlah tidak adil sekiranya kita boleh membaca yang lain tetapi tidak boleh memberi masa untuk membaca AlQuran, kitab Allah…
2. Membaca untuk menambah ilmu pengetahuan deen (ugama) kita atau pun ilmu realiti…pilihlah buku yang baik oleh pengarang yang kita yakin walau pun satu muka surat sehari..walau pun sedikit dengan kita berfikir maksud penulis atau ulamak tersebut ia mampu untuk membantu kita berubah di dalam pelbagai segi..tapi mesti berterusan
3. Bersedekah…cuba praktikan secara istiqamah dengan sedikit contohnya mulakan kehidupan harian kita dengan sedekah RM 50 sen atau RM 1 terutamanya salepas kita bersolah berjemaah di masjid..masukan ketabung mesjid..atau tabung dirumah sendiri dan di akhir minggu atau bulan berikan kepada jalan Allah….
4. Berzikir..mulakan dengan zikir mathurat yang ringkas ..yang diambil dari hadith atau Al Quran…Cuma amalkan sedikit secara berterusan
5. Sembahyang sunat…mulakan dahulu dengan 2 rakaat secara berterusan sebagai amalan tambahan kepada solah fardu
6. Membantu manusia lain terutama ibu bapa, isteri, suami, anak dan lain….mulakan dengan bantuan yang mudah tetapi secara beterusan…InsyaAllah ia akan memberi kesan
7. Telefon atau SMS lah orang tersayang yang ada ikatan keluarga saperti ibubapa, isteri, suami atau anak-anak secara istiqamah sekurangkurangnya sekali sehari atau secara berkala…..mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi kemesraan dan kasih sayang sesama kita...
Oleh itu marilah kita berusaha semampu mungkin untuk berterusan di dalam amalan kita walau pun sedikit. InsyaAllah sekiranya kita melakukan sesuatu perkara yang Allah suka saperti yang diingatkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith di atas maka kita yakin Allah SWT akan memudahkan kita melalui kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran ini.
Marilah kita bersegera melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah secara berterusan dan berusahalah bersungguh untuk tidak melakukan kejahatan walau pun sebesar zarah…Ingatlah Firman Allah SWT di dalam surah Az Zalzalah: 7-8 yang bermaksud…
“Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah niscaya ia akan melihat (balasan)nya dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah niscaya ia akan melihat (balasan)nya”
Sekian, semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran daripada hadith yang ringkas di atas.
Maaf dipinta.
Wasalam
Rujukan Permata hadith 40 dan Riyadhus shalihin-Imam Nawawi
terima kasih kerana berkongsi ilmu.
ReplyDelete