Monday, March 21, 2011

Fahamilah nafsu dan didiklah diri kita dahulu....


Assalamu’alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Sekali lagi marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan kehidupan kita yang penuh dengan cabaran ini. Kita akui setiap masa sentiasa ada berlaku pertembungan di antara iman dengan  hawa nafsu atau shahwat kita dan berdoalah kepada Allah semoga Allah membantu kita dalam kita berdepan dengan situasi ini.

Saudara dan saudari

Pada kali ini marilah kita sama-sama  memahami perihal nafsu yang meransang atau keliaran nafsu  yang mana ini adalah antara perkara-perkara yang sentiasa menjadi rintangan di dalam kehidupan kita. Nafsu dengan segala karinahnya tidak mudah untuk di atasi  sapertimana yang Allah ingatkan  kita di dalam surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud…
“Aku tidak membebaskan diriku (dari beban dosa) kerana nafsu sering menyuruh yang buruk, kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku.  Sesungguhnya Tuhanku maha pengampun maha penyayang”

Sabenarnya nafsu kita ini adalah wadah tempat berinteraksi segala yang buruk dan jahat, halal dan haram, hak dan batil. Ia diumpamakan bejana yang menerima apa sahaja. Baik hidayah maupun dalalah, baik yang luhur maupun yang onar.

Allah berfirman yang bermaksud..
“Demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), justru Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” [Surah Al Syams: 7-10]

Saudara dan saudari

Marilah kita merenungi diri kita di dalam kesibukan kehidupan baik di dalam kekeluargaan atau keasyikan mencari sara hidup. Kita mungkin terlupa akan diri kita sendiri. Kita mungkin memberi perhatian kepada orang disekitar diri kita, mengajukan bimbingan dan kebaikan untuk mereka, namun kita mungkin lupa terhadap diri kita sendiri, tentang hak diri kita supaya di tingkatkan dalam segenap segi.  Di sini berlakulah sesuatu yang tidak diduga dan merugikan.  Jiwanya menjadi keras dan lembab. Akhirnya membatu dan menyeleweng. Keadaan ini Allah sebutkan di dalam surah Al Mutaffiffin: 14-15 yang bermaksud….

“Bahkan hati mereka telah berkarat lantaran apa (dosa) yang mereka lakukan” “ Bahkan mereka sabenarnya terdinding dari melihat Tuhan mereka kelak di hari Akhirat

Nafsu memang sentiasa mengarahkan diri kepada keburukan.  Kalau tidak dikekang dengan lingkaran taqwa dan agama ia boleh menewaskan diri kita.

Firman Allah
“Ada pun yang takut maqam TuhanNya, mencegah diri menurut nafsu maka syurgalah tempat kembalinya” [Surah Al Nazi’at: 40-41]

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud..
“Musuh dirimu yang paling besar ialah nafsumu sendiri yang dicelah lambungmu” [Al Hadith]

 Saudara dan saudari

Satu perkara yang perlu kita ingatkan kepada diri kita mengenai  tugas asasi  adalah kita perlu pastikan kita menang di dalam pertarungan melawan nafsu ini. Kita mesti berbuat baik kepada diri kita sendiri. Apalah gunanya sekiranya orang lain menang dan kita sendiri melutut di hadapan nafsu kita.

Orang yang beruntung sabenarnya pada hari kiamat ialah orang yang dapat memenangkan dirinya (dalam pertarungan dengan nafsu) walau kita kehilangan dunia dan orang ramai.  Yang benar-benar rugi ialah orang yang mensia-siakan dirinya, dikalahkan oleh nafsu, walau pun ia memperolehi dunia dan sanjungan orang ramai.

Petanda awal kerugian diri ialah mengabaikan peningkatan dan latihan diri supaya menurut kehendak syarak. Cuai dalam menepati perinsip-perinsip dalam bentuk amalan, perkataan dan perbuatan. Kita mudah untuk melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah SWT.

Allah berfirman yang bermaksud…
“Adakah kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri.  Pada hal kamu membaca Al Kitab.  Apa tidakkah kamu berakal” [Al Baqarah: 44]

Kita dituntut supaya memperhitung (kesalahan) diri kita lebih dahulu sebelum memperhitungkan kesalahan orang lain.  Kita dituntut supaya mendidik diri kita  lebih dahulu sebelum mendidik orang lain. Kita patut berlaku ihsan terhadap diri kita sabelum berlaku ihsan kepada orang lain.  Inilah intisari pesanan ‘Ali ibnu Abi Talib, Karrama’llhu Wajhah apabila beliau berpesan

“ Sesiapa yang menjadikan pemimpin orang lain maka hendaklah ia mulai dengan mengajar dirinya sendiri sabelum mengajar orang lain.  Asuhannya terhadap orang lain biarlah dengan perilaku sebelum dengan tuturkata.  Orang yang mengajar dan mengasuh diri sendiri lebih berhak dimuliakan/di hargai dari orang yang mengajar dan mengasuh orang lain”

Inilah juga yang diisyaratkan oleh Rasullullah SAW ..

“Pelajarilah apa sahaja yang kamu boleh belajar. Akan tetapi Allah tidak akan memberi ganjaran sehinggalah kamu amalkan apa yang kamu pelajari”

Saudara dan saudari

Marilah sama-sam kita memahami apa yang hendak di sampaikan kepada kita oleh Ustaz Fathi Yakan mengenai perihal pentingnya kita memahami hawa nafsu yang tidak terkawal ini. Ia semestinya bermula dengan diri kita dulu. Muhasabahlah diri baik sebagai suami, isteri, anak, pekerja, muda atau tua di dalam kita menjalani kehidupan yang sementara ini. Syaitan dan hawa nafsu inilah yang sentiasa menghalang kita dari terus beristiqamah di dalam beriman dan berhubung dengan Allah SWT….

Semoga membantu  dan maaf di pinta.
Wasalam
Rujukan Kitab Fathi Yakan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...