Sunday, March 6, 2011

Perlunya sentiasa bertaubat pada Allah


Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh!

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah, sekali lagi marilah kita memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Walau pun kita tidak bertemu wajah tetapi dengan teknologi kurniaan Allah ini yang menggunakan pelbagai gelombang ciptaan Allah……..dapat kita berkongsi rasa hati sekiranya kita mempunyai niat yang sama iaitu ingin kembali mengambil Islam sebagai cara hidup kita.

Tetapi sekiranya kita tidak mahu mengambil Islam sebagai jalan hidup kita dan memilih jalan lain ciptaan akal manusia seperti mencampuradukkan kehendak Allah dengan hawa nafsu manusia, kita tak akan dapat merasai keyakinan yang sama walau pun kita duduk serumah……….

Jadi marilah sama-sama kita  meningkatkan penyatuan aqidah ini yang akan melahirkan penyatuan fikiran dan tindakan kita…walau pun ia mengambil masa tetapi mesti ada kesungguhan dalam diri dan ia mesti bermula dari sekarang…………..
Buatlah pilihan sama ada  nak jadi hamba Allah atau hamba kepada yang lain selain Allah!

Saudara dan saudari yang di muliakan,
Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari dari hakikat  yang kita ini sering membuat kesilapan tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang cepat-cepat menyedari kesilapan dan terus bertaubat kepada Allah SWT. Mereka inilah sebenarnya yang Allah naungi dengan rahmatNya dan dengan berkat kurniaanNya ini,  kita cepat menyedari kesilapan dan maksiat yang telah kita lakukan. Dengan kesedaran dan taufik hidayah ini kita cepat-cepat berusaha untuk melepaskan diri dari jerat maksiat ini.

Sekiranya kita dapat merasai tentang kesilapan kita ini dan bertaubat padaNya , sebenarnya inilah rahmat Allah, Allah sayang pada kita.  Tetapi sekiranya kita masih lagi seronok dan bangga dengan maksiat yang kita lakukan dan tidak ingin berusaha untuk berubah,  kita takut Allah akan terus  melupakan kita, dan akhirnya kita akan mendapat kerugian yang hakiki di dunia dan di akhirat..

Sekiranya kita kembali bertaubat hati kita akan kembali bersih , suci dan sihat..  Inilah yang diterangkan kepada kita oleh Rasulullah SAW di dalam hadith yang bermaksud….
“Jika seorang hamba berdosa, noda-noda hitam akan mengotori hatinya. Namun, jika dia berrtaubat maka hatinya bersih kembali” [HR Ibn Majah]

Saudara dan saudari

Taubat yang kita lakukan mesti taubat yang sebenar-benarnya. Kita berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak mengulangi kesilapan maksiat yang telah kita lakukan. Perbaiki diri kita dengan melakukan kebaikan, tidak menzalimi, menyakiti manusia (termasuk suami,isteri, anak, ibubapa, saudara, sahabat dll), dan menjalankan semula segala kewajipan kita terhadap Allah yang telah kita tinggalkan.

Sekiranya kita telah melaksanakan ini, mengikis habis noda yang merosakkan hati dan jiwa kita maka bererti kita telah kembali kepada mengabdikan diri dan kembali ke jalan Allah SWT. Dan selayaknya kita mendapat gelaran orang yang bertaubat…tetapi sekiranya masih seronok melakukan perkara maksiat di atas maka sebenarnya kita mempermainkan taubat dan ini tidak termasuk di dalam golongan orang yang bertaubat..

Bertaubat  perlu dan wajib dilakukan oleh setiap mukmin. Ia mesti menjadi amalan harian kita kerana kita selalu melakukan maksiat mata,mulut, telinga dan anggota badan yang lain…Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW tentang kebajikan dan dosa. Rasulullah SAW bersabda..
”Kebajikan ialah yang dapat menenangkan hati, sedangkan dosa ialah yang meresap dan membimbangkan hati” [HR Muslim]

Orang-orang yang bertaubat mampu mampu menjernihkan hati mereka dari keruhnya dosa. Oleh sebab itu mereka layak mendapat cinta Allah SWT. 

Allah berfirman yang bermaksud …
“Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri” [Al Baqarah 2: 222]

Allah juga berfirman yang bermaksud..
“Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu semua kepada Allah agar kamu beruntung” [An Nur :3]

Saudara dan saudari

Marilah kita sama-sama berusaha melakukan perkara-perkara yang Allah sukai dan di jamin pula keberuntungan oleh Allah saperti mana yang termaktub di dalam Firman Allah di atas. Sekiranya di dunia yang sementara ini pun manusia sanggup bersusah payah untuk melakukan sesuatu yang menguntungkan dan disukai ketuanya, mengapa kita  tidak bersungguh-sungguh bertaubat untuk mendapat keuntungan di akhirat.

 Walau pun ia mudah di sebut untuk bertaubat tetapi hakikatnya kita perlu ada kefahaman dan ilmu yang jelas mengenai amalan taubat ini, supaya hati dapat dididik dan dibersihkan berterusan supaya tidak kembali kotor……..dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan  akan menyerang hati kita.

Carilah sahabat-sahabat atau kumpulan yang kita yakini yang dapat memberikan suasana yang soleh untuk kita terus bertaubat dan istiqamah di atas Allah......supaya  akhir hayat kita ini berada  di dalam keredaan Allah nanti, insyaAllah.

Sekian, maaf di pinta..
Wasalam

Rujukan : Cara meraih rahmat dan reda Allah

2 comments:

  1. INSYAALLAH...
    MUDAH -MUDAHAN TAUBAT KITA DITERIMA ALLAH SWT

    HABAT

    ReplyDelete
  2. Asm.Dgn taubat dpt membersihkan jiwa.Hati yg bersih tmpt atau wadah iman dan takwa menetap. Hati yang bersih ini yang sentiasa dpt berhubung dgn Allah selalu.......jadi usahakan diri sentiasa bertsubat !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...