Assalamu’alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Sekali lagi kita panjatkan
kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberi keizinan untuk kita
bertemu di alam siber ini. Mudah-mudahan
Allah mudahkan kita untuk berfikir dan melaksanakan amalan –amalan baik di
samping berusaha untuk membuang dan menghalang amalan yang tidak baik di sisi
Allah SWT. Marilah kita sama-saam
berusaha untuk mengambil Islam yang kita yakini ini secara keseluruhan di dalam
kehidupan kita. Ingat lah Firman Allah
yang bermaksud……
“Hai
orang –orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah
syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh
yang nyata bagi mu” [Al Baqarah:208]
Saudara dan saudari yang
dimuliakan
Pada kali ini saya ingin
memperingatkan diri saya dan kita bersama akan kepentingan supaya sentiasa memohon
kepada Allah SWT dan menghadapi atau
melaksanakan semua perkara , baik kecil
mahu pun besar…
Doa merupakan tanda
pengantungan, pengharapan dan permohonan seseorang hamba kepada Allah SWT.
Firman Allah dalam surah Ghafir ayat ke 60 yang bermaksud……..
“Berdoalah kamu kepada Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadah dan berdoa kepada Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan
hina”
Firman Allah juga dalam surah Al Baqarah ayat 187 yang bermaksud
“Dan
apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka jawablah bahawa Aku hampir dengan mereka. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa
apabila ia memohon kepadaKu. Maka
hendaklah mereka memenuhi segala perintah Ku dan hendaklah mereka beriman
kepadaKu, agar mereka mendapat petunjuk”
Iman Ahmad meriwayatkan daripada
Al Nu’man ibn Basyir, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda
“
Sesungguhnya doa itu adalah ibadah”
At-Tarmizi pula meriwayatkan
dari pada Salman Al Farisi bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
“Qada’
Allah SWT tidak dapat dihapuskan melainkan dengan doa dan umur sesaorang itu
tidak bertambah melainkan dengan melakukan kebaikan”
Rasulullah
SAW juga bersabda yang bermaksud
“
Persediaan dan berhati-hati tidak mampu untuk mengatasi takdir Allah SWT
manakala doa berguna untuk mengatasi apa yang di takdirkan dan apa yang akan di
laksanakan, sesungguhnya ujian Allah akan di turunkan dan akan berjumpa dengan
doa yang telah di minta, lalu kedua-dua saling bertarung sehingga hari kiamat.”
Saudara dan saudari
Doa juga sangat istimewa dalam kehidupan kita sebagai
seorang muslim kerana ia merupakan penghubung secara terus antara makhluk
dengan Penciptanya. Hendaklah kita
jadikan doa sebagai amalan dalam kehidupan kita samada kita sebagai pelajar,
pekerja, ketua, guru dan sebagainya. Kita kena akui bahawa kita ini adalah makhluk yang lemah yang sentiasa memerlukan
pertolongan, bantuan serta petunjuk dari Allah SWT.
Doa juga adalah rahsia
kejayaan muslim dalam kehidupan. Individu yang mahukan kejayaan saperti
kejayaan di dalam pelajaran, kerjaya, penyelidikan, kebahagian rumahtangga,
dakwah dan sebagainya hendaklah sentiasa berdoa dan meletakkan pergantungan
mereka kepada Allah SWT satelah berusaha bersungguh-sungguh di samping mematuhi
segala perintah dan menjauhi segala larangannya.
Oleh itu marilah kita
sama-sama meletakkan pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT dan tidak
memohon kepada selain dari pada Nya. Untuk memastikan doa kita diterima oleh Allah
SWT kita perlulah mematuhi beberapa syarat berdoa yag meliputi adab dan
peraturan yang diajarkan kepada kita oleh Rasullullah SAW . Kita juga mesti
memastikan bahawa rezeki yang kita perolehi daripada titik peluh seharian
adalah halal kerana makanan yang haram boleh menyebabkan doa kita ditolak oleh
Allah SWT.
Saudara dan saudari
Antara adab-adab berdoa
secara ringkas untuk panduan kita adalah
1.
Berdoa dengan suara yang sederhana dan lembut
2.
Memohon dengan Al Asma –ul Husna
3.
Hendaklah berdoa dengan bersungguh-sungguh
dan yakin bahawa doa kita akan di makbulkan oleh Allah SWT
4.
Berdoa di dalam semua keadaan samada senang
atau susah
5.
Hendaklah berdoa dengan tekun dan tidak
terburu-buru
6.
Larangan mengutuk keluarga dan harta
7.
Larangan berdoa kepada selain daripada Allah
SWT
8.
Jangan terikut dengan sajak dalam berdoa
9.
Mengaku kesalahan dan dosa yang dilakukan
10. Berdoa dengan merendah diri dan kusyuk
11. Menjauhkan diri dari segala dosa dan
bertaubat kepada Allah
SWT
12. Berdoa dengan amal soleh yang dilakukan
13. Mengulang-ulang doa sebanyak 3 kali
14. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW
15. Berdoa dengan mengadap kiblat
16. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika
berdoa
17. Berdoa sambil merendah diri
18. Berdoa sambil menangis
19. Mengambil wuduk sebelum berdoa
20. Berdoa pada waktu-waktu yang mustajab berdoa
Sekian,
semoga kita dapat menjadikan ibadah berdoa ini sebagai amalan kita setiap masa……
Walluhualam
Wasalam
No comments:
Post a Comment