Assalamu’alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Pertama sekali marilah kita sama-sama
memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah izinNya jua
dapat kita bertemu di Usrah siber ini.
Walau pun kita tidak bertemu wajah, tetapi sabenarnya sekiranya niat
kita sama iaitu ingin berusaha meningkatkan iman, ilmu dan amal kita ,
InsyaAllah Allah akan mempertemukan hati kita….Semoga masa yang kita berikan
untuk memahami Deen/Ugama Allah ini Allah
akan mudahkan jalan-jalannya…Ingatlah
sekiranya kita tidak memberi masa untuk amalan kebaikan , kita akan beri masa
pada yang melalaikan…
Saudara dan saudari yang di
muliakan
Pada pertemuan kali ini saya
ingin mengajak diri dan saudara/saudari untuk melihat kepentingan kita
meningkatkan ilmu kita supaya dapat kita meningkatkan lagi kefahaman kita
tentang deen Allah ini…Rasulullah SAW mengingatkan kita..
“Barang
siapa yang Allah menghendaki kebaikan pada nya, maka Dia memahamkannya dalam
agama ‘ [HR Ahmad, Bukhairi dan Muslim]
Perlu kita ingatkan diri
kita bahawa ilmu merupakan harta yang termahal di dalam kehidupan kita.
Hanya dengan Ilmu , kita boleh
berjalan menuju marifatullah dan mencapai
keredaanNya di dunia dan akhirat. Oleh
sebab itulah di dalam kehidupan, kita di
perintahkan supaya sentiasa memohon tambahan Ilmu kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT…
“Maka
Maha tinggi Allah, Raja-yang sabenar-benarnya maka janganlah kamu tergesa-gesa
membaca Al Quran sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah,
Ya Tuhanku, tambahlah kepadaku ilmu pengetahuan” [ Toha:114]
Allah SWT juga berfirman..
“Nescaya
Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang
yang di beri ilmu pengetahuan beberapa peringkat….[Al Mujadillah:11]
Rasulullah SAW bersabda
menegaskan tentang keutamaan ilmu, antaranya…
“Keutamaan
ilmu itu lebih aku sukai daripada keutamaan ibadah. Dan sebaik-baik
agamamu adalah wara’ (menjaga dari
sesuatu yang haram” [ HR Tabrani dan Hakim]
Pada hakikatnya ilmu itu
laksana harta. Keduanya merupakan amanah dan pemberian Allah SWT kepada hambaNya.
Oleh itu di hari kiamat kelak Allah akan meminta pertanggungjawabannya.
Di antaranya iaitu
pertanggungjawaban yang berkait dengan
manafaat ilmu dengan manusia dan persekitarannya. Setinggi apa pun ilmu
yang di miliki oleh sesaorang jika tidak mampu mengerakkan hati dan
anggota-anggota badan untuk sentiasa beribadah, maka tidak ada kebaikan di
sana.
Imam AsySyatibi berkata di
dalam kitab Muwafakat “ Sesungguhnya tidak ada satu dalam syarak
yang menunjukkan kebaikan pada ilmu yang tidak
bermanafaat.
Kita harus memohon perlindungan kepada Allah SWT dari ilmu yang
tidak bermanafaat, yang tidak mendatangkan kebaikan apa pun bagi kita. Rasulullah
SAW telah mengajar kita di dalam doa, antaranya
“Ya
Allah, aku berlindung kepada Mu dari hati yang tidak khusuk, doa yang tidak di
dengar, jiwa yang tidak pernah puas, dan ilmu yang tidak bermanafaat. Aku
berlindung kepada Mu dari empat hal tersebut [HR Tarmizi, Abu Daud dan Nasa’i]
Ali RA berkata “ wahai orang –orang yang berilmu, amalkan
ilmu mu. Sesungguhnya orang alim adalah orang yang mengerti sesuatu, lalu
mengamalkannya, sehingga ilmunya sesuai dengan amalnya”
Malik bin Dinar RA berkata “
Orang alim yang yang tidak mengamalkan
ilmunya akan kehilangan nasihatnya dari hati, sebagaimana hilangnya titisan
hujan dari Safa”.
Saudara dan saudari
Ilmu adalah cahaya hati
nurani, menghidupkan jiwa dan pemacu semangat. Sesungguhnya kebahagiaan dan keceriaan itu datang
bersama ilmu. Kelebihan menuntut ilmu
yang menafaat ini amat banyak, Rasullulah SAW bersabda dan terdapat di dalam
hadith
40, sebahagiannya hadith
yang diriwayatkan oleh Muslim..
“….Dan
barangsiapa yang menjalani satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah
mudahkan baginya satu jalan kepada syurga…
Ilmu yang manafaat di sini
ialah ilmu yang membangkitkan jiwa kita untuk membuktikan daya cipta dan usaha
dalam bidang amal yang baik yang menyeluruh di dalam kehidupan kita. Ilmu yang
memudahkan jalan ke syurga iaitu ilmu yang yang diamalkan dengan maksud yang
suci, bukan hanya bermaksud menghasilkan faedah hidup keduniaan semata-mata.
Ilmu itu merangkumi ilmu fardu ‘ain dan fardu kifayah yang membawa kita kepada
keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
Jadi, marilah kita sama-sama
tingkat usaha untuk menuntut ilmu yang dapat memberikan kita cahaya untuk
menyuluh kegelapan kehidupan kita yang singkat ini, yang dapat membimbing kita
membezakan suruhan Allah untuk bertaqwa dengan suruhan syaitan dan nafsu
shahwat untuk sentiasa membuat maksiat….
Ingatlah pesanan Rasulullah
SAW
“Apabila
datanglah pada ku hari, yang tidak bertambah ilmuku padanya, yang mendekatkan
diriku kepada Allah, maka tidak diberikan barakah bagiku pada terbit matahari
hari itu” [HR At-Thabarani, Abu Naim, Ibnu Abdli-Birri dan Aisyah]
Peluang untuk kita menuntut ilmu
ini terbuka luas dengan segala kemudahan teknologi moden sekarang ini. Walau bagaimana pun rujuk lah pada Ulamak/
Ustaz yang kita yakin dengan peribadi mereka sekiranya kita keliru dengan
pelbagai sumber di akhir zaman ini…..
Sekian, sekiranya ada
kebenaran memang sohih dari Allah SWT, yakinlah kita…kelemahan adalah dari kita
jua…maaf di pinta.
Tangguh dengan Tasbih
kafarah dan Surah Al Asr…
Wasalam
Rujukan, Hadith 40, Kitab
Imam Ghazali, kitab Mahmudin....
No comments:
Post a Comment