Assalamu'alaikum wm
Alhamdullillah, saya mendapat satu komen yang cukup baik untuk di kongsi bersama terutama bagi kita yang berkerja mencari rezeki di dunia yang sementara ini...Ingatlah nasihat di bawah dan terima kasih dan jazakallah kepada pemberi komen ini. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk lengkap melengkapi dan bantu membantu di antara kita....
Anonymous said...

Kerja kita merupakan satu ibadah. Kita bekerja untuk mendapat rezki yang halal untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga.. Rezeki yang haram pula kadangkala diperolehi tanpa kita sedari, akibat telah ‘biasa’ dengan perbuatan tersebut atau sememangnya kita bertujuan kearah itu. Majikan kita memberikan kita hak untuk ‘claim’ (membuat tuntutan) tapi kita haruslah menggunakan hak kita itu dengan cara yang betul dan bukan menipu. Apabila sudah memakan dari sumber-sumber pendapatan yang haram dan tidak berkat, adalah dikhuatiri ini akan membawa kepada gejala sosial anak-anak dan ketidak seimbangan rumahtangga itu sendiri. Pastikan anda mendapat gaji yang halal, demi kesejahteraan diri anda, keluarga anda di dunia dan akhirat.
Antara jenis2 tuntutan yang berkemungkinan membawa kepada wang yang haram:
1) Tuntutan perjalanan: tidak menjelaskan perbatuan sebenar, kadangkala jauh melebihi perbatuan yang sepatutnya. Tuntutan yang menggunakan perbatuan kereta, walaupun pergi dengan motosikal sahaja.
2) Tuntutan hotel: menuntut elaun hotel bagi persendirian, sedangkan yang sebenarnya ia berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Terdapat hotel-hotel yang bersubahat dengan menjual resit hotel.
3) Tuntutan wang runcit: berpakat dengan pekedai yang menjual barang untuk meningkatkan harga barang yang ditulis pada resit belian.
4) Tuntutan elaun makan dan harian: ada yang pergi lewat dan balik awal tetapi menuntut elaun makan dan harian yang tidak setimpal. Contohnya, balik awal dari kerja luar (2 hari), sedangkan jadual selama 3 hari. Tuntutan masih untuk 3 hari dan bukan 2 hari.
5) Tuntutan elaun lebih masa: menuntut elaun lebih masa sedangkan tugas tersebut boleh disiapkan awal pada waktu pejabat.
Apakah kita redha memberi anak-anak kita makan dan membesar dengan rezeki yang diperolehi secara haram? Ini sudah tentu sama keadaan nya dengan memberi mereka makanan yang haram atau daging yang tidak disembelih, walaupun pada hakikatnya kita memberi mereka makanan yang halal, berzat dan berkhasiat. Renungkanlah.

baguih peringatan ni. memang ramai yang buat perkara ni dibawah sedar atau dah tegar sebab dah biasa buat.
ReplyDeleteyang kadang2 menjadi masalah, mereka melakukannya sebab orang lain buat. kalau tak buat mereka rasa rugi. tak tahukah kerugian itu lebih baik dari kenikmatan yang tidak berkat?
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletePertama elakkan kita sendiri lakukan perkara larangan Allah
2. Untuk kawan-kawan-beri peringatan dan nasihat dengan hikmah. Berdoa untuk mereka
3. Yakinlah rezeki di tangan Allah dan pohonlah dari pada Allah rezeki yang halal dan barakah
4. Kaya atau senang mana pun kita di dunia akhirnya kita akan pulang mengadap Allah...bila masanya Allah saja yang tahu dan yang takut nya Allah ambil masa kita sedang berbuat maksiat atau sedang makan rezeki yang haram...