Wednesday, April 27, 2011

Bersyukurlah kita sebagai Muslim: ulasan Ustaz K.H. Abdullah Gymnastiar


Assalamu'alaikum wm.
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Sekali lagi kita memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya dapat kita bertemu sekali lagi di alam siber ini. Berdoalah mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita dan di berikan  kita kesihatan untuk kita terus beribadah kepada Nya.  Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bila kita akan di panggil pulang untuk bertemu dengan Nya.

Saudara dan saudari

Pada kesempatan kali ini saya inngin kongsikan satu ulasan Ustaz Aa (penceramah Indonesia) yang selalu ada di kaca TV kita. Beliau mengajak kita berfikir dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita.

Sesungguhnya, betapa agungnya Allah SWT yang maha penyayang menjadikan kita sebahagian daripada limpah kasihsayang Nya. Kita dilahirkan sebagai seorang muslim walau pun tidak di minta. Ini adalah bukti kasih sayang Allah kepada kita. Apa yang akan terjadi sekiranya Allah tetapkan kita bukan seorang Islam ? Jadi bersyukurlah kita…

Kita juga mengucapkan salam sejahtera dan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW kerana melalui dakwahnya umat  manusia dan kita  dapat mengenal kebenaran.  Melalui dakwahnya kita dapat mememahami  hakikat kehidupan yang sementara ini.  Semoga Allah  SWT memberikan  kita  kemudahan dan kemampuan supaya dapat kita mencontohi Rasul yang mulia iaitu Nabi Muhammad SAW di dalam kehidupan ini.

Saudara dan saudari

Tiada sikap yang begitu baik yang dapat kita lakukan selain kita bersyukur kepada Allah SWT  di atas limpahan kurniaNya di atas kehidupan ini. Kita sebaik-baiknya bersyukur ke atas beberapa perkara asas yang Allah kurniakan kepada kita.

Petama,  marilah kita bersyukur kerana  Allah SWT ciptakan kita  sebagai manusia. Makluk yang begitu sempurna.  Sebagai manusia,  kita mempunyai berbagai kelebihan dan kemudahan jika di bandingkan dengan makluk lain.  Manusia adalah makhluk yang begitu mulia yang diberikan kesenangan lebih daripada makhluk yang lain.  Dalam hal ini kita sebaik-baiknya  bersyukur  atas berbagai kelebihan yang kita mikliki.  Bagaimana kah kita mensyukurinya? Itulah masalah yang perlu kita fahami secara mendalam. Kita perlu berfikir kejadian tubuh badan kita yang sempurna ini..semuanya diberi Allah SWT tanpa bayaran…

Keduanya, kita patut sangat-sangat bersyukur  di atas pemberian anugerah terbesar di dalam hidup ini iaitu nikmat iman dan Islam. Faktanya tidak semua manusia lahir sebagai umat Islam.  Tidak semua manusia beriman. Ini bererti keimanan dan keislaman adalah anugerah sebaik-baiknya untuk kita syukuri.  Keislaman dan keimanan menjadi modal demi mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.  Apabila kita mensia-siakan anugerah itu, kita mengalami kerugian yang begitu besar.

Saudara dan saudari

Ingatlah keimanan dan keislaman merupakan nikmat yang begitu mahal, melebihi semua benda yang yang bernilai di dunia ini. Begitu ramai orang yang sibuk mencari dan mempertahankan harta dan jawatan kerana menganggap kedua-duanya begitu berharga. Bagi kita yang memahami betapa mahalnya keimanan dan keislaman, keperluan kepada harta dan jawatan tidak melalaikan dirinya dari keteguhan iman dan Islam. Apabila kita perlu memilih di antara keduanya, tentu kita memilih keimanan dan keislaman. Tidak mungkin keimanan dan keislaman di tukar dengan harta dan jawatan.

Sekian, semoga nasihat daripada Ustaz Aa ini dapat kita jadikan panduan untuk meneliti kehidupan yang berliku ini.

Maaf di pinta, Wasalam
Rujukan : AA Gym

1 comment:

  1. Agar semua kita kearah itu. Mencari keredhaan Allah bukan keredhaan mnusia. Hati perlu diproses kearah iman dan taqwa kepada Allah.
    Kita akan kembali bertemu Allah. Mari kita tingkatkan amal kita

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...