Wednesday, April 13, 2011

Pendidikan Islam (Tarbiyah Islamiyah) : cubalah kita fahami dan hayati…..


Assalamualaikumwarahmatullah...
Bismillahirahmanirrahim….
Pertama sekali marilah sama-sama kita  memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya jua dapat kita bertemu lagi di alam siber ini..Semoga Allah SWT sentiasa memudahkan kita untuk melakukan kebaikan di dalam kehidupan kita yang sementara ini…Ingatlah syaitan sentiasa berperang dengan iman kita untuk mengajak kita melakukan kemungkaran dan perkara-perkara yang melalaikan….

Saudara dan saudari yang di muliakan....

Pada kali ini ingin saya mengajak hati-hati kita supaya mengamati pengertian tentang pendidikan Islam atau pun selalu di sebut sebagai Tarbiyah Islamiyah di dalam bahasa arabnya. Pengertian pendidikan Islam cukup luas dan sasaran nya adalah hati kita yang mana hasilnya membolehkan kita melaksanakannya di dalam kehidupan kita secara berterusan. Mencari ilmu itu penting tetapi ia mesti dididik untuk kita jadikan ia sebati di dalam bentuk amalan harian kita.

Tarbiyah bererti penjagaan,pengasuhan dan pendidikan. Tarbiyah Islamiyah pula bererti  penjagaan , pengasuhan dan pendidikan berasaskan sumber Rabbani iaitu Al Quran dan Sunnah Rasullulah SAW . Inilah sumber yang di gunakan oleh Rasullullah SAW  untuk melahirkan generasi sahabat hingga mendapat pujian Allah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud….
“Kamu adalah sebaik-baik umah yang dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyeru kepada  berbuat kebaikan dan  melarang membuat kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah” [Ali Imran: 110]

Titik Tolak
Di dalam kitab “Tarbiyah ar Ruhiyah” Ustaz  Said Hawa menjelaskan bahawa asas didikan Islam adalah iman. Dr Abdul Karim Zaidan pula didalam kitab “Usul ad Dakwah” berkata, asas pembentukan  masyarakat Islam ialah  Tauhid  Rububiyahtatillah dan Tauhid Uluhiyahtillah. Oleh itu Ustaz Said hawa memberikan  penekanan kepada peroses pendidikan untuk memastikan lahirnya titik tolak yang betul.

Dorongan iman
Iman pula tidak boleh dipisahkan dari kegiatan hidup kita.  Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah didorong oleh keimanan kita  kepada Allah SWT supaya ia  dinilai sebagai  beribadah kepada Allah SWT.

Ibadah yang sahih
Menurut Ustaz Mustafa masyhur ibadah yang sahih muncul daripada aqidah yang baik.  Ibadah itu merangkumi segala urusan hidup dan tidak terbatas kepada ibadah khusus sehaja saperti sembahyang, puasa zakat dan haji kerana tugas atau tujuan  kita di ciptakan  adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud…..
“Tidak  Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada  Aku” [Al Zariat:56]

Niat yang betul
Oleh itu niat yang betul  berperanan penting untuk memastikan bahawa  semua aktiviti hidup kita termasuk makan, minium, menuntut ilmu, riadah, bekerja (saperti kebanyakan kita ini) dan berinteraksi sesama  manusia menjadi jalan unrtuk metaati Allah SWT. Dengan itu hubungan sentiasa wujud antara hamba dengan penciptaNya dalam semua aspek kehidupan. Hubungan hati manusia dengan  Allah SWT pada setiap  masa adalah asas  bagi melaksanakan tarbiyah islamiyah dengan berkesan. Berusahalah supaya kita sama-saam dapat melaksanakan perkara yang berat ini.

Iman kuasai hati
Matlamat pendidikan Islam adalah untuk melahirkan insan mukmin iaitu insan yang memililki iman yang menguasai hati dan fikiran kita dan  lahir dalam bentuk amalan dan tindakan.  Allah SWT berfirman yang bermaksud..
“Sesungguhnya orang yang beriman ialah orang yang beriman kepada Allah dan rasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu, mereka berjihad dengan  harta dan jiwa mrereka di jalan Allah”
[ Al Hujurat: 15]

Hati yang subur
Hati yang terdidik merupakan hati yang subur dan sentiasa berhubung dengan Allah SWT, yakin akan menemuiNya, mengharapkan rahmatNya  dan takut pada azabNya. Ini adalah adalah tunggak tarbiyyah. Jiwa yang hidup menjadi tumpuan Allah SWT, Sabda Rasulullalah SAW
“Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa bentuk kamu tetapi Dia melihat pada hati dan amalan mu”

Mohon pertolongan Allah SWT
Perkara-perkara di atas bukan lah mudah untuk kita lahirkan did alma kehidupan kita. Cuma yang mampu kita laksanakan adalah berusaha dan terus berusaha dengan kemapuan yang ada pada kita. Kita yakin bahawa  tarbiyah Islamiyah adalah amat berkesan untuk menghidupkan jiwa manusia. Ia memakmurkan hati  supaya tidak binasa dan melembutkannya supaya tidak keraskerana  hati yang keras dan akal  yang beku adalah satu kemungkaran. Sebab itu Rasulullah SAW sentiasa meminta perlindungan daripada Allah SWT  daripada ilmu yang tidak manaafat dan hati yang tidak khusu’. Secara ringkasnya dengan tarbiyah Islamiyah inilah umat yang terbaik akan dapat dilahirkan kembali. Bahkan inilah saja peroses untuk melahirkan manusia yang unggul dan terbilang.

Saudara dan saudari
Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran daripada bahan di atas berkenaan dengan pendidikan Islam di dalam rangka mendidik hati kita.
Sekiranya ada kekurangan maaf dipinta
Wasalam
Rujukan : Majalah HALUAN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...