Assalamu’alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya kurniaNya dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmati kita dan memberkati kita di dalam setiap urusan hidup kita. Mulakan setiap amalan kita dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Pada kali ini marilah kita memerhati satu aspek permasalahan hati yang kita rasakan amat penting di dalam kaedah pendidikan atau tarbiyah Islamiyyah. Sekiranya hati kita baik maka baiklah keseluruhan aktiviti kehidupan kita. Sebagaimana kita menjaga kekuatan tubuh kita, dimana ia memerlukan makanan yang berzat dan vitamin, menjaga kesihatan hati juga memerlukan kaedah yang sama. Cuma perlu kita ketahui bahawa makanan bagi hati adalah iman, zikir, solah, bersedekah atau pun segala perbuatan yang merupakan ketaatan kepada Allah. Jadi, perlulah sangat kita memberikan makanan hati supaya ia tidak lemah yang mana akhirnya tak mampu melawan penyakit hati yang datang menyerang kita di dalam pelbagai bentuk.
Sapertimana tubuh badan kita, hati kita mesti dijaga kesihatannya supaya tidak mudah diserang penyakit. Caranya adalah dengan menjauhi perbuatan yang mendatangkan dosa saperti maksiat pada Allah, berdusta dan lain-lain lagi.
Dalam usaha kita untuk memastikan hati kita benar-benar bebas dari sebarang penyakit , kita mesti berusaha untuk bertaubat, beristighfar , mendekati dan memahami Al Quran kemudian memohon keampunan dari Allah.. Sekiranya hati kita sentiasa di hiasi dengan taubat,zikir, wirid, bersedekah, dan seumpamanya sudah tentu tidak mudah diserang sebarang kuman penyakit hati.
Firman Allah SWT yang bermaksud….” Hai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran (Al Quran) dari Tuhan Mu dan penyembuh bagi penyakit-penuakit hati dan petunjuk serta rahmat bagi mereka yang beriman” [surah Yunus: 57]
Jarang sekali kita melihat orang yang beriman, taat kepada suruhan Allah, selalu berkata benar, bersifat dengan akhlak mulia dan seumpamanya terkena penyakit hati saperti suka berdusta, cemburu, sombong, hasad dengki, suka mengumpat atau memandang rendah pada orang dan sebagainya. Ini di sebabkan oleh kerana hati telah kebal oleh unsur-unsur yang menyebabkab penyakit hati.
Perlulah kita ketahui bahawa hati yang lemah mudah dihinggapi penyakit hati. Ini disebab oleh kerana mereka tiada daya ketahanan bagi menghalang penyakit itu dari menyerang mereka. Oleh itu kita perlu menjaga kesihatan hati supaya tidak mudah di hinggapi kekotoran saperti hawa nafsu , bisikan syaitan dan lain-lain.
Saudara dan saudari
Oleh itu marilah kita melihat keadaan hati kita dan sekira kita dapati kita menghadapi penyakit hati, penawarnya adalah kembali bertaubat secara berterusan selain meningkatkan ketaatan kita kepada Allah SWT. Membersih hati hendaklah kita kembali mengingati Allah SWT dan bertaqwa. Semoga dengan taqwa hati kta sentiasa ada pelindung atau penutup dan sudah tentulah hati kita tidak mudah dihinggapi dengan debu-debu kotoran yang akan meyebabkan penyakit hati dan memudahkan kita membuat kemungkaran atau perkara-perkara yang di larang Allah SWT.
Sekian, kelemahan yang ada maaf jua di pinta.
Wasalam
Rujukan: Bahagiakan hatimu…
No comments:
Post a Comment