Thursday, April 7, 2011

Dr Yusuf Al Qardawi: Perbezaan antara fikiran dan aqidah..Nota 1

Assalamu’alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Disini ingin saya catatkan pandangan Ulamak terkenal ini. Menurut Dr Yusuf Al Qardawi terdapat perbezaan yang besar di antara fikiran dan aqidah, walaupun pada lahirnya kelihatan serupa. Fikiran atau pendapat itu hanya menjadi ilmu pengetahuan sedangkan aqidah terhunjam ke dalam hati dan meresap ke dalam jiwa dan semangat. Satu pendapat itu biasa dianggap betul, yang pada hakikatnya salah. Kepercayaan itu kebenaran yang tetap, tidak ada ragu-ragu. Ini tidak mengira masa, samada hari ini, besuk dan seterusnya, sentiasa tetap. Pendapat itu sifatnya lemah, kaku dan dingin. Jika terjadi sesuatu yang difikirkan itu timbul perasaan senang dan senyum gembira, tetapi jika berlaku sebaliknya tidaklah terasa apa-apa. Tetapi aqidah sifat nya hidup, dinamis dan bergelora. Tidak ada kepuasan, kegembiraan dan ketenangan sebelum terjadi apa yang sesuai denagn kehendak aqidah.

Orang yang mempunyai pendapat atau fikiran mudah berobah pendiriannya oleh kerana sesuatu keadaan atau kepentingan, jauh sekali berbeza dari orang yang mempunyai aqidah.

Pendapat biasa membayangkan berbagai kesulitan dan rintangan, mudah terpengaruh oleh kesenangan jasmani, menimbulkan kebimbangan dan ragu-ragu. Sebaliknya aqidah menumbuhkan kesediaan menentang bahaya, menggoncangkan gunung dan bukit, menukar bentuk zaman, merobah jalan sejarah, melenyapkan bimbang dan ragu, membangkitkan keyakinan dan keberanian, dan tidak tunduk melainkan kepada kehendak tujuan dan cita-cita keimanan.

Sekian, semoga dapat memberikan kita sedikit kefahaman hasil tulisan Dr Yusuf Al Qardawi.
Wasalam
Rujukan : Iman dan kehidupan

1 comment:

  1. salam...menarik,padat dan berisi post ayah ni...moga allah terus bagi kekuatan kpd ayah utk trus bkarya di alam maya ini..insya allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...