Thursday, December 2, 2010

Usia kita: Berapa lama lagikah kita di dunia yang sementara ini…….


Assalamu’alaikum wm

Alhamdullillah, bertemu kita sekali lagi di usrah siber ini dan di doakan saudara dan saudari sentiasa  di beri Allah SWT kesihatan untuk meneruskan kehidupan kita di dunia yang sementara ini….Buatlah kebaikan semampu mungkin hatta dengan melemparkan senyuman kepada saudara kita..selagi kita masih bernyawa….

 Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Peristiwa kematian yang berlaku dan di laporkan setiap hari yang saya catatkan di bawah menjadi bahan tarbiyyah (didikan) yang cukup praktikal untuk kita mengingati tentang usia kita ini….bilalah usia kita kita akan sampai  ke penghujungnya….Daripada lapuran dibawah menunjukkan bahawa kita akan di ambil Allah SWT tanpa mengira usia dan masa…seawal bayi pun Allah SWT telah jemput untuk kembali…renungkanlah diri kita ini…

Saudara dan saudari

Usia atau umur sesaorang merupakan harta dan modal utama dalam kita mencapai kebahagiaan di dunia dan Akhirat.  Barang siapa yang menggunakan waktu nya untuk beribadah kepada Allah, maka ia termasuk dikalangan orang yang beruntung.. Tetapi sekiranya ia menggunakan umurnya untuk berbuat maksiat dan dosa, maka ia benar-benar termasuk orang yang celaka dan rugi.

Maka fikirkan lah semasak-masaknya, adakah kita sudah menafaatkan umur kita sebaik-baiknya? Adakah kita sentiasa menggunakan masa yang AllahSWT berikan ini untuk beribadah? Ataukah kita sibuk melakukan maksiat? Bukankah kita seharusnya menjalani kehidupan kita dengan baik? Sesungguhnya, Allah akan memperhitungkan umur kita dan Allah tidak main-main dalam hal ini.  Allah SWT tegaskan di dalam surah Al Mukminun: 115…yang bermaksud

“Maka apakah kamu menganggap bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Saudara dan saudari

Marilah kita mengambil ingatan Allah SWT itu secara serius di dalam kehidupan kita, Jangan lah kita mensia-siakan umur kita di dalam menjalani kehidupan kita ini.  Seringkali, kita  selalu mensia-siakan umur kita hanya untuk melakukan sesuatu yang kurang bermanafaat. Kita hanya ingin mengikut hawa nafsu kita seakan-akan kita akan hidup di dunia ini dan bahagia selama-lamanya…

Oleh itu sedarlah hati-hati kita bahawa selagi Allah SWT masih pinjamkan  umur kepada kita , gunakan lah sebaik-baik mungkin untuk beribadah kepada Allah SWT di dalam erti kata yang sebenarnya  di dalam semua aspek kehidupan …baik kita sebagai pelajar atau pekerja, bujang atau berkeluarga……Sesungguhnya setiap detik perbuatan kita akan di minta di pertanggungjawaban.  Allah SWT jelaskan di dalam surah Al Qiyamah:36 yang bermaksud

“Apakah manusia mengira ia akan di biarkan begitu saja (tanpa di pertanggungjawaban”

Sekian, semoga peristiwa yang di catatkan di bawah ini menjadi pengajaran yang praktikal di dalam hidup kita…Umur di panggil pulang oleh Allah tidak mengira usia, muda,  tua, kecil atau besar…sebab musababnya juga pellbagai dan kadang-kadang diluar kemampuan kita untuk berfikir….

Sekiranya ada kebaikan ianya datang dari Allah SWT, kelemahan adalah dari kita manusia biasa,,maaf di pinta

Tangguh dengan Tasbih Kafarah dan surah Al Asr…..

Wassalam

Rujukan : Pesanan Mahmudin

Bayi terbunuh

BENTONG: Seorang bayi berusia setahun yang dipangku ibunya terbunuh selepas kereta Honda Accord yang dipandu bapanya terbabas ke kiri jalan dan melanggar jambatan kecil sebelum terhumban ke dalam longkang dalam satu kemalangan di Kilometer 65.1, Lebuhraya Karak, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, Wan Nor Syifa Sorfina Wan Ghazali, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas terhantuk pada papan pemuka kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, mangsa yang dipangku ibunya, Ismawati Ismail, 38, bersama ahli keluarga yang lain dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu.
Maut dirempuh
 Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangi terbabas menyebabkannya terjatuh sebelum dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Senawang-Paroi, berhampiran Taman Guru, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.55 pagi itu, mangsa Ahmad Abu Samah, 83, pesara tentera mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Harian Metro difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Rashidah Utama selepas keluar membeli barangan keperluan harian di Pasar Tani Ampangan.
Jurucakap polis berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan sebaik menerima maklumat kemalangan berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai gagal mengawal motosikal menyebabkannya terjatuh.

“Pada masa sama, datang sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 60-an dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh mangsa menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Maut dirempuh kereta api


KUALA LIPIS: Seorang lelaki yang dipercayai masih bersedih serta tidak dapat menerima hakikat kematian isteri sejak tiga tahun lalu ditemui maut selepas dilanggar kereta api di Kilometer 244.67 di Bukit Bentong, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian jam 4.05 pagi itu mengakibatkan Md Arshad Ariffin, 67, dari Felda Sungai Koyan, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Mangsa yang menghidap penyakit nyanyuk sejak tiga tahun lalu selepas kematian isteri dan mempunyai enam anak, tinggal bersama anak perempuan keempatnya di Felda berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa dipercayai keluar rumah tanpa disedari anak dan menantunya yang sedang tidur sebelum menuju ke landasan kereta api itu.

Lelaki maut jatuh tingkat 19
       
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 19 Flat Kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki terbabit dikatakan cuba memanjat balkoni rumahnya sebelum dia tergelincir dan jatuh.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mangsa memanjat balkoni itu sebelum dia terjatuh.
Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan badannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...