Assalamu’alaikum
wm
Alhamdullillah,
syukur ke hadrat Illahi kerana
mengizinkan kita bertemu sekali lagi di platform siber ini. Mudah-mudahan ada kebaikan yang Allah berikan
pada kita di dalam menghadapi kehidupan yang penuh berliku ini….Pada kali ini
ingin saya ingin berkongsi kisah benar satu keluarga yang miskin yang jarang
menikmati kesenangan dan kemewahan yang di kecapi oleh sebahagian besar kita dan keluarga kita…..Kisah ini saya
dapati dari email sahabat old frees baru-baru ini…Semoga ada manafaatnya…..
Saudara
dan saudari,
Ikutilah
kisah yang berlaku ini……..
“Aku telah menemui sebuah rumah yang usang.
Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil
yang kelihatan lesu dan letih.
Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang
paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 9 tahun:
"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
Habis tu adik yang kecil ini siapa yang
jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik
ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang keenam."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik dah makan?"
"Sama je pakcik, makan ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?" "Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk hari ni ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu
keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.
Aku beli dua kilo tulang lembu. Di kedai
runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan
kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging hari ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging hari ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban
tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Aku bertekad untuk datang lagi untuk menemui ibu
mereka dan menyelami dgn lebih mendalam akan kehidupan mereka
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa
dengan ibu mereka.
Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup ¦sedap pakcik"
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.

Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan
merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan
setiap hari.
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM5.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Saudara
dan saudari
Inilah
kisah benar yang berlaku pada masyarakat kita…Semoga kita insaf dengan apa yang
berlaku tentang masih terdapat ramai lagi manusia yang menghadapi kesukaran dan
kepayahan di dalam mengharungi kehidupan yang singkat ini….
Oleh
itu bersyukurlah dan selalulah berusaha untuk mengikhlaskan diri untuk membantu
mereka yang kurang bernasib baik…
Tangguh
dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr
Wassalam
No comments:
Post a Comment