Assalamu’alaikum wm
Alhamdullillah, bertemu lagi kita di alam alam siber di tahun hjirah yang baru….mudah-mudahan
kita bertekad melakukan sesuatu yang terbaik di dalam pelbagai bidang di dalam
rangka mendapatkan keredaan Allah SWT. Berdoalah sentiasa…..
Saudara dan saudari
Berita di bawah ini membuatkan saya terpanggil untuk
mengingatkan mereka yang bernama perempuan tanpa mengenal status bujang atau
isteri orang. Insiden yang berlaku di
bawah sudah menjadi lumrah sekarang ini hatta wanita yang berpendidikan
tinggi ugama atau dunia pun
kadang-kadang tertipu dengan perbuatan terkutuk iaitu cinta terlarang. Lebih-lebih
lagi gejala laman social saperti facebook yang dapat dikawal lagi……Akibatnya
semua hilang dari diri…….saperti berita ini..
Dimana maruah kita sebagai insan istimewa bernama wanita ciptaan
Allah SWT?….kerana tanpa wanita tidak akan ada manusia dan pertambahan bilangan…Oleh
itu saudari-saudari…..Jagalah lah maruah diri yang cukup berharga ini…
Allah SWT menjadikan
kita dan Allah SWT tahu apa yang terbaik
untuk kita demi keselamatan dan kebahagiaan kita di dunia dan Akhirat….. tetapi
mengapa kita mengikut nafsu jahat dan mengambil panduan manusia dan tidak
mengambil panduan Allah SWT….
Saudara dan saudari
Haruslah diingatkan bahawa kemuliaan wanita tercermin
pada keindahannya menjaga maruah dan uaratnya.
Wanita yang solehah ialah wanita yang menjaga auratnya dan menutupnya
bila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrimnya..
Banyak sekali ingatan Allah SWT dan pesanan Rasullullah
SAW berkenaan dengan menjaga kerhormatan
wanita..Lembutkan lah hati-hati kita dan jagalah nilai diri kurniaan Allah yang
mulia ini….
Antaranya Firman Allah di dalam surah An-Nur :31 yang
bermaksud
“Dan
janganlah mereka perempuan menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan
yang mereka sembunyikan”
Antara maksud di sini ialah menampakkan kaki dan
menghayunkan /melenggokan badan mengikut hentakan kaki.(pengarang buku)
Di dalam ayat An Nur : 31 pula Allah SWT berfirman yang bermaksud
“Hendaklah
mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereaka”
Saudara dan saudari
Terdapat satu peristiwa dimana Asma binti Abu Bakar telah
menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis dan Rasulullah
bersabda
“
Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya
menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja” [HR Muslim
dan Bukhairi]
Sabda Rasulullah SAW lagi,
“
Sesungguhnya kepala yang di tusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh
kaum yang bukan sejenis dan tidak halal baginya” [HR At Thabrani dan Baihaqi]
Allah menegaskan dengan firmannya…
“Katakan
kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari
permandangannya [AnNur:31]
Panduan dari Rasullullah SAW kepada kita…Sabda
Rasullullah SAW
“
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama,
adapun pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan” [ HR Ahmad, Abu Daud dan
Tarmizi]
Allah SWT juga memberi amaran di dalam firmanNya yang
bermaksud
“
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga
berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah
perkataan yang baik” [ Al Ahzab: 32]
Sabenar wanita ini begitu mudah untuk masuk ke syurga
Allah SWT.
Sabda Rasullullah SAW
“
Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan metaati suaminya, maka masuklah ia ke
dalam syurga daripada pintu-pintu yang dikehendakinya” [HR Al Bazar]
Saudara dan saudari
Walaubagaimana pun ingatan rasullullah SAW amat keras
sekali terutama kepada perempuan yang masih suka membuat maksiat…
Sabda Rasullullah SAW
“
Barang siapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan di hari Akhirat nanti” [HR Bukhari dan Muslim]
Dan
Sabdanya lagi…..
“sesungguhnya
sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan
maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga
dan tidak akan mencium baunya”[HR Bukhairi dan Muslim]
Saudara dan saudari
Oleh itu fikirlah masak-masak sebelum membuat sesuatu
yang mencemar maruah dan harga diri..Allah sayang pada kita dan Allah SWT beri panduan untuk kita ikuti dan itu pun
untuk keselamatan kita di dunia dan di Akhirat…Cubalah memperoses hati kita walau pun berat sungguh rasanya kita nak mengambil panduan Allah dan RasulNya...bermulalah dari sekarang dan berdoalah bersungguh-sunggoh mohon kekuatan dari Allah untuk membimbing diri kita ke jalan yang soleh....
Kepada kaum lelaki, walaupun peringatan di atas banyak
kepada wanita tetapi kita juga tidak akan terlepas dari balasan siksa Allah SWT
…Di dunia kita terlepas, terselamat…ibu bapa, anak isteri tak mengetahui kita
berbuat maksiat dengan wanita bukan muhrim…kita boleh delete semua mesej
menggoda dan kita rahsia kan tempat kita melakukan maksiat…tetapi dua Malaikat
sentiasa ada di bahu kita, kiri dan kanan menulis dan merakam…akan dikeluarkan
kembali semua rakaman itu di padang masyar…dimana ketika itu mulut di kunci
tangan dan kaki bersaksi….
Firman Allah
“ Sesungguhnya, Kami menghidupkan orang-orang yang mati
dan Kami menulis apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka
tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab besar yang nyata
(Lauh Mahfuzh)” [Yasin:12]
Sekian,
Tangguh dengan tasbih kafarah dan Surah Al Asr
Wassalam
INILAH KISAHNYA.....
INILAH KISAHNYA.....
Jerat
cinta lelaki Pakistan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja ditipu puluhan
ribu ringgit, malah sudah terlanjur dengan lelaki warga asing dari Pakistan
yang kononnya mahu berkahwin dan memberikan kesenangan kepadanya.
Semuanya bermula melalui perkenalan di sebuah laman
sosial Julai tahun lalu sebelum dia jatuh cinta selepas dijanjikan kemewahan
luar biasa kepadanya.
Perkenalan dengan lelaki dikenali dengan nama Malik, 24,
pada mulanya hanya atas dasar kawan sebelum lelaki itu cuba memikat wanita
berusia 26 tahun itu bagi membantunya dalam perniagaan yang kononnya bakal
mendapat keuntungan luar biasa.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ida, ketika
dihubungi berkata, dia kenal lelaki berkenaan yang menuntut di sebuah institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara manakala dia ketika itu sudah
bekerja di sebuah syarikat petroleum.
Katanya, selepas beberapa lama berkenalan, lelaki itu
mula menceritakan perniagaan dan pelaburan yang kononnya menjamin keuntungan
berlipat ganda dan mahu dia membantunya. “Dia mula meminta saya membantunya
dalam perniagaan dan memperkenalkan saya dengan tiga lagi rakan serta saudaranya
yang juga pelajar dan masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar.
“Mereka meminta saya membuka sebuah syarikat perniagaan
menggunakan nama saya dan dijanjikan kedudukan pengarah di syarikat berkenaan,”
katanya.
Dalam tempoh setahun itu Malik menggunakan hampir
RM11,000 wang Ida dan berjanji membayarnya, namun janji hanya tinggal janji.
Menurutnya, dia mula sedar ditipu pada Oktober lalu
apabila lelaki itu gagal dihubungi.
Katanya, syarikat yang didaftarkan atas namanya itu juga
tidak beroperasi dan percaya lelaki itu hanya mahu menggunakannya bagi
mendapatkan wang serta membuka syarikat berkenaan.
“Saya juga memberi kereta Proton Persona milik saya
kepadanya konon untuk kegunaan perniagaan kami, namun dia menggunakannya bagi
disewakan kepada pelanggan untuk mendapatkan wang poket.
“Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah
dia mula menjauhkan diri dan keluar dari rumah yang kami tinggal bersama di
Kondominium Villa Putra di sini,” katanya.
Ida berkata, mereka tinggal bersama sejak pertengahan
tahun lalu dan terlanjur akibat pujuk rayu mahu menjadikan dirinya isteri dalam
masa terdekat, namun selepas bertanyakan perkara berkenaan, lelaki itu mula
memberi alasan tidak munasabah.
Katanya, ia lebih buruk apabila mendapat tahu seorang
gadis tempatan yang juga teman wanita rakan lelaki itu yang dikenali dengan
nama Waheed Abas juga sudah mengandung akibat termakan janji manis rakannya itu
dan terpaksa menggugurkan kandungannya.
Ida berkata, dia mengambil tindakan membuat laporan polis
kerana bimbang ramai lagi gadis tempatan menjadi mangsa lelaki berkenaan
mendapatkan wang dan memuaskan nafsu mereka.
Menurutnya, dia membuat dua laporan polis pada Oktober
dan bulan lalu berkenaan penipuan empat lelaki warga asing berkenaan dan mahu
polis mengambil tindakan sewajarnya sebelum lebih ramai wanita lain terjebak.
No comments:
Post a Comment