Thursday, December 2, 2010

RENUNGAN; Stress: panduan dari blog sahabatKU......

Assalamu'alaikum wm


Saudara dan saudari yang di muliakan


SATU PANDUAN YANG BERGUNA UNTUK KITA SEBAGAI MANUSIA YANG SELALU  KELUH KESAH .......


Pada suatu masa, seorang lelaki berjumpa dengan Abdullah Bin Mas’ud dan berkata: “Wahai Ibn Mas’ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.” 

Abdullah bin Mas’ud menjawab, “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam, dan pada masa itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya supaya diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.”

“Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Quran dengan penuh khusyuk seperti dinasihatkan oleh Abdullah Bin Mas’ud. Selesai membaca Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang. Fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali


WASSALAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...