Thursday, December 30, 2010

Pengurusan Jiwa: Lupakan peristiwa pahit sepanjang 2010 dan bersedialah untuk menghadapi 2011……


Assalamu’alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah , sekali lagi kita mengucapkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya jua dapat kita bertemu sekali lagi di Usrah siber di penghujung 2010.  Tanpa kita sedari umur yang Allah berikan kepada kita setahun  telah berlalu dan perlulah kita muhasabah diri dan menentukan halatuju kita untuk tahun 2011 yang akan datang.  Gunakan umur berbaki kita ini  untuk kita tingkatkan  iman  dan berusaha untuk menambah ilmu dan amal.    Berdoalah supaya kita di berikan kekuatan oleh Allah kerana doa  inilah senjata yang ada pada pada diri kita. Doa adalah ibadah. Selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA….

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Pada kali ini saya ingin mengajak diri saya dan saudara untuk muhasabah diri di sepanjang  2010  yang akan pergi meninggalkan kita, InsyaAllah. Terlalu banyak pengalaman yang telah kita lalui dan tidak mungkin kita boleh berbincang di kesempatan yang singkat ini.  Banyak peristiwa pahit manis yang  telah berlaku kepada kita.  Untuk peristiwa manis dan gembira tidak lah susah sangat untuk kita uruskan, cuma kita sambut atau raikannya di dalam batas-batas  yang diizinkan Allah di dalam rangka kita hendak bersyukur kepada Allah SWT. Tetapi sekiranya peristiwa pahit dan sedih berlaku kepada kita, di sini kita perlu sedikit panduan bagaimana kita nak menguruskan jiwa kita ini berpandukan kepada saranan ulamak supaya kehidupan kita kembali bersemangat untuk menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar ini.

Sebagai manusia biasa sudah semestinya ada kalanya kita di timpa dengan pelbagai masalah samada masalah peribadi, rumahtangga, di tempat kerja dan lain-lain lagi di sepanjang tahun 2010. Kita kenalah menerima hakikat ini dan inilah antara tujuan kita di ciptakan  oleh Allah SWT  di muka bumi ini…… sebagai medan ujian untuk mengenalpasti siapa yang beriman dan apabila teruji dan ditimpa musibah dapat menghubungkan diri dengan Allah SWT.  Renungilah Firman Allah di dalam surah Al Ankabut ayat 2-3

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak di uji terlebih dahulu?”Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui oarng-orang yang dusta”

Saudara dan saudari

Di saat kita ditimpa kesulitan, sudah tentunya kita akan merasakan tekanan, serangan perasaan dan kesedihan yang berlebihan. Di sini kadang-kadang timbul keinginan untuk menyendiri dan jauh dari orang lain. Kita rasakan dengan tidak bergaul dengan orang lain akan boleh mengembalikan ketenangan kepada jiwa. Sabenarnya langkah ini  akan mendekatkan diri kita dengan kegagalan.  Oleh itu carilah sahabat atau kawan kita atau saudara kita yang kita percaya untuk kita mendapat nasihat dan bantuan untuk meringankan masalah yang kita hadapi .

Kita juga harus menggunakan waktu yang kita berada sekarang ini dengan sebaik mungkin agar tidak ada lagi waktu luang untuk merasakan kesedihan yang sedang membelit perasaan kita. Jangan kita biarkan waktu luang itu menghayutkan kita  di lautan kesedihan dan penuhilah waktu terluang dengan aktiviti yang bermanafaat yang boleh menutup segala ruang kesedihan di hati. Berzikirlah dan berdoalah banyak-banyak agar Allah jauhi kita dari gangguan syaitan yang sentiasa menganggu dan menambahlagi kesulitan yang kita hadapi.

Saudara dan saudari

Cuba fikirkan berapa banyak waktu yang telah kita habiskan untuk mengenang dan meratapi masa atau peristiwa lalu. Ketahuilah orang yang berjaya tidak akan berlebihan dalam mengingat apa yang pernah menimpanya di masa lalu.Sebab menghabiskan  waktu untuk mengingatkan masa lalu  hanya akan membangkitkan kesedihan.  Walau bagaimana pun kita di bolehkan mengingati masa lalu untuk tujuan mengambil pengajaran,hikmah, mengambil nilai-nilai positif yang ada dan meninggalkan segala nilai negatif.  Tanamkan di dalam fikiran kita bahawa masa depan atau di tahun hadapan ini harus lebih baik dari sekarang. Jangan habiskan waktu kita pada perkara-perkara yang tidak berguna.

Sebagai seorang muslim kita sepatutnya selalu tersenyum  dan senyuman kita sabenarnya adalah nikmat daripada Allah SWT. Senyuman yang kita berikan dapat memberikan kesejukan pada lawan bicara dan orang  yang kita temui. Cubalah melatih diri untuk tersenyum dan mudah-mudahan dapat membantu kita dalam menghilangkan kesedihan dan kekusutan kita dan memberikan keceriaan dan kesihatan yang lebih baik pada tahun 2011 yang datang ini, InsyaAllah .

Saudara dan saudari

Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadikan kehidupan kita  ini  lebih bermafaat kepada diri, keluarga dan masyarakat pada tahun 2011 yang akan datang ini.  Sekiranya kita tertekan dengan masalah pelajaran atau pekerjaan kita masa lalu dan semasa cubalah tenangkan dan rehatkan fikiran  dengan cara yang dibolehkan oleh syarak. Bersihkan fikiran kita dan lapangkan dada kita sebelum kita melaksanakan tugas harian kita.  Kitalah doktor yang terbaik untuk diri kita dan mengadulah terus kepada Allah, pencipta kita, memohon pertolongan dengan ikhlas untuk kita mengatasi masalah di dunia ini dengan melihat dari kacamata akhirat. Tingkatkan usaha dan kemampuan  kita dalam pelbagai bidang yang dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada kejayaan Islam. Yakinlah Allah akan membantu kita sekiranya kita membantu Agama Allah.
Firman Allah

“Allah kelak akan memberi kelapangan sesudah kesempitan” [At Thalaq: 7]
Sekian, segala kebenaran itu datang dari Allah jua, kelemahan adalah milik kita sebagai manusia biasa….maaf di pinta.

Tangguh dengan tasbih Kafarah dan Surah Al Asr

Wasalam

Rujukan: Dr Ibrahim Fiqhy

Monday, December 20, 2010

Kenalilah hati kita (sambungan): Hati yang sakit


Assalamu’alaikum wm

Alhamdullillah, sekali lagi kita panjatkan kesyukuran kita  kepada Allah SWT kerana kerana dengan izin kurniaNya dapat kita bertemu lagi di usrah siber ini. Mudah-mudahan Allah ilhamkan kepada hati kita ini untuk sentiasa berusaha menuju kearah kebaikan, kearah taqwa kepada Allah SWT dan bukan  kearah sebaliknya. Sabenarnya Jiwa dan ingatan kita  akan sentiasa berperang untuk berbuat baik atau pun maksiat.  Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT di dalam surah Asy-Syams ayat 8-10 yang bermaksud

“Maka Dia  mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sengguh beruntunglah orang yang menyucikannya dan sungguh rugilah orang yang mengotorinya”

Jadi didiklah hati kita untuk membuat pilihan yang terbaik….

Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Kita telah membicarakan tentang topik hati yang sihat dan hati yang mati. Pada kali ini saya ingin mnyentuh pula berkenaan dengan hati yang sakit …
Menurut Ibnu Qayyim, hati yang sebegini pada zahirnya hidup tetapi ia sakit. Jika dilihat dari luar nampak sihat tetapi di dalam hati sudah teruk dan sukar untuk diubati. Hati yang saperti ini sabenarnya mempunyai perasaan cinta kepada hawa nafsu.  Hawa nafsu ini pula lebih terdorong oleh rasa keinginannya. Antara hawa nafsu keinginannya yang ketara ialah dengki, iri hati, sombong, riak, gila pangkat, marah, buruk sangka, putus asa dan sebagainya. Sifat saperti inilah punca kepada kerosakan hati.

Keadaan hati yang sebegini akan membawa kita kearah dua jalan. Jalan pertama ialah mengajak kembali kepada Allah SWT dan RasulNya  serta hari Akhirat.  Jalan yang kedua pula mengajak kepada kemewahan di dunia.  Antara kedua-duanya, hati akan memenuhi ajakan mana-mana jalan yang lebih hampir kepadanya. Ini akan membawa kepada kebaikan atau pun kehancuran. Hati yang sakit ini juga selalu berubah-ubah. Ada kalanya, hati ini bertukar menjadi hati yang mati  dan adakalanya, ia bertukar menjadi hati yang sihat.

Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Daripada ulasan ringkas Ibnu Qayyim ini dapat lah kita rasakan bahawa masalah hati ini merupakan masalah pokok di dalam kita melayari kehidupan ini. Hati yang sakit ini berpunca dari diri kita yang ingin menjauhi perintah Allah. Apabila kita jauh dari Allah, mudahlah kita di hasut oleh syaitan. Syaitan inilah menjadi salah satu punca hati kita menjadi sakit.  Allah SWT membenarkan syaitan menghasut manusia, hambaNya, adalah kerana Allah mahu menguji keimanan hambaNya. Memang ada di antara hambaNya yang engkar dan hati mereka sabenarnya telah termakan hasutan syaitan sehingga menjadi keras saperti batu.

Firman Allah
“Oleh kerana Allah mahu menjadikan hasutan syaitan itu sebagai satu fitnah, ia merupakan cubaan bagi mereka yang ingkar. Hati mereka menjadi keras membatu dan mereka yang zalim itu sentiasa jauh dari jalan kebenaran” [Surah Al Hajj: 53]

Saudara dan saudari

Satelah kita memahami bahawa masalah hati ini penting, maka marilah kita sama-sama memperingatkan diri kita, keluarga dan sahabat handai kita supaya menjaga hati supaya ia sentiasa sihat dan bersih dan menghindarikannya  daripada hati yang mati dan sakit. Sabenarnya merawat hati kita yang sakit ini sentiasa terbuka asalkan kita semua ingin bertaubat dan kembali kepada jalan Allah SWT serta meninggalkan laranganNya. Mengubati hati ini bukanlah mudah, segala-galanya memerlukan juga kesabaran daripada kita. Kekuatan iman dan keyakinan juga perlu bagi memastikan hati kita  akan kembali sembuh.

Ya Allah , sembuhkan lah penyakit-penyakit hati yang ada pada diri kami, keluarga kami dan kawan-kawan kami…Ameen

Sekian, kebenaran itu dari Allah SWT jua dan kelemahan dari kita sebagai manusia biasa….maaf di pinta.

Tangguh dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr..

Wasalam

Rujukan:Ibnu Qayyim, Bahagiakan hatimu…PTS 

Thursday, December 16, 2010

Kenalilah hati kita (sambungan): Hati yang mati


Assalamu’alaikum wm

Alhamdullillah, sekali lagi marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT  kerana dengan izin KurniaNya jua dapat kita bertemu lagi di alam siber ini.  Sabenarnya suasana sebegini amat  kita perlukan  sebagai sumber alternatif untuk mendidik hati-hati  kita. Berdoalah kepada Allah supaya Allah sentiasa tetapkan hati kita yang sentiasa berubah…..
“…..Wahai Tuhan yang membolakbalikan segala hati, tetapkan hatiku di dalam agamaMu …Ameen Ya Allah”

Saudara dan saudari yang di muliakan

Pada kali ini saya ingin menyambung  sedikit  peringatan Ibnu Qayyim tentang masalah hati yang mati. Sabenarnya contoh laporan berita yang saya sertakan di bawah ini menunjukkan ramai manusia di kalangan masyarakat kita ini yang mati hatinya dan sanggup berbuat sesuatu di luar sifat kemanusiaan …Jadi kita perlulah berusaha membantu masyarakat kita yang tenat ini di dalam kemampuan kita.

Kita di peringatkan bahawa hati yang mati merupakan lawan kepada hati yang sihat yang telah kita bincangkan sebelum ini.  Hati mati ini pada hakikatnya tidak mengenali Allah SWT  dan tidak pernah menyembah serta menurut perintahNya. Mereka ini tidak di sayangi Allah dan tidak mendapat keredaan Allah SWT.  Hati mereka hanya di kuasai oleh hawanafsu dan hanya menurut kehendak hatinya saja. Hingga mereka menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan mereka.

Allah berfirman di dalam surah Al Furqan ayat 43 yang bermaksud

“Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?”

Apabila hawa nafsu telah menguasai hati, maka jadilah ia saperti kanak-kanak yang tidak tahu menggunakan akal dan fikirannya. Cinta kepada Allah SWT  dilupakan.  Apabila kita melupai Allah maka Allah akan melupakan kita…

Allah SWT berfirman di dalam surah Al Hasyr ayat 19 yang bermaksud

“ Orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah melupakan mereka terhadap dirinya sendiri”

Saudara dan saudari

Hati yang mati  lebih mengutamakan hawa nafsunya daripada Allah SWT. Mereka menjadikan hawa nafsu sebagai imamnya, syahwat sebagai pemimpinnya, kebodohannya sebagai panduannya dan lalai sebagai landasannya.

Di dalam ingatan  mereka yang mati hati ini, hanyalah  dipenuhi oleh keinginan untuk memenuhi kehendak dunia. Mereka terpengaruhi dengan kemewahan dan mabuk hawa nafsu.  Seruan untuk kembali mengingati Allah dan hari Akhirat, tidak diperdulikan.  Mereka hanya mengikut telunjuk syaitan yang menyesatkan. Dunia menjadikannya  lalai dan mabuk. Hawa nafsu telah membuatnya buta dari perkara yang benar…

Awasilah syaitan yang menjadi musuh kita yang sentiasa berusaha untuk mematikan hati kita. Syaitan inginkan kita di humban ke neraka.  Renungilah ingatan Allah SWT
“ Sesunggunya syaitan itu musuh bagi kamu maka anggaplah ia benar-benar musuh.  Sesungguhnya sekutu-sekjutunya menyeru mereka dan kamu menjadi penduduk neraka [ Surah Al Fatir; Ayat 6]

Oleh itu marilah sama kita menjaga hati kita agar tidak mati dan tidak melupakan Allah SWT di dalam setiap keputusan berkaitan amalan hidup kita ini. Ingatlah kita sentiasa di awasi Allah SWT dimana saja kita berada….
Maka takut lah akan Allah SWT dengan menjauhi segala perkara yang dapat mematikan hati kita dan menjadikan hati kita kembali sihat dan dapat melaksanakan segala perintah Allah SWT dengan sebaik mungkin sebelum kita di panggil pulang oleh Allah SWT.

“Dia (Allah) ada bersama kamu dimana saja kamu berada dan Allah itu melihat dengan terang apa yang kamu perbuat [Al Hadid:4]

Sekian, sekiranya ada kebenaran yakinlah ia datang dari Allah SWT, kelemahan adalah dari kita sebagai manusia dan perlu terus menjalani peroses pembersihan hati…InsyaAllah .Maaf di pinta

Sudahi dengan Tasbih Kafarah dan surah Al Asr..

Wasalam

Rujukan: Ibnu Qayyim Al Jauziyah: Bahagiakan hatimu

Sedikit berita tentang kekejaman manusia yang mati hatinya..

Kaki, tangan OKU dikerat
Oleh Suraya Roslan

KUALA LUMPUR: Kejam apabila mayat seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemui dengan kedua-dua kaki dan tangannya dikerat sebelum dibuang berasingan oleh pembunuhnya berhampiran sebuah tokong di Kilometer 2.3, Genting Highlands, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pembunuh remaja itu dipercayai cuba menghapuskan bukti dengan menyumbat anggota badan dan kepala mangsa dalam dua beg pakaian sebelum dibuang di lokasi berasingan ke dalam gaung. 
Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak menemui sebuah beg kecil dan terkejut apabila ternampak kaki terjuntai keluar dari beg berkenaan.

Pemburu berkenaan menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan anggota badan manusia itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abd Rahman, berkata polis ke tempat kejadian dan menemui sebuah beg kecil berisi tangan kanan dan kaki kiri mangsa.

Selepas beberapa jam pencarian berhampiran kawasan gaung itu, polis menemui sebuah beg pakaian besar berisi mayat manusia.

Sebaik beg dibuka, polis menemui kepala dan badan mangsa yang dipercayai dibunuh tidak lebih dari 24 jam itu.

“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam gaung itu, malah badan mangsa dalam beg itu masih lengkap berpakaian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rosli berkata, pihaknya percaya remaja berkenaan OKU berdasarkan saiz kepalanya yang besar daripada badan serta tangan kanan agak kecil.

“Mangsa mempunyai tubuh badan yang agak gempal selain rambut kerinting. Usaha kini dijalankan untuk mencari tangan kiri dan kaki kanan mangsa,” katanya.

Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa remaja perempuan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau didera dengan kejam sebelum dibunuh.

“Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati gaung itu curam dan kawasan itu dijadikan tempat berehat sebelum sampai ke puncak Genting Highlands.

Lagi kes  penemuan mayat dikerat
  10 Ogos 2007: Mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditemui pemilik sebuah kondominium di Mont Kiara dalam keadaan dikerat 11 selepas terhidu bau busuk dari peti sejuk ketika mengemas rumah yang dikosongkan penyewa. Mayat mangsa dibungkus menggunakan beg plastik hitam serta disumbat dalam peti sejuk yang dilekat dengan pita pelekat. 
  30 September 1997: Seorang lelaki menemui mayat yang dikerat empat diasing dengan anggota badan dalam satu bungkusan plastik, manakala kaki, tangan dan kepala pada bungkusan lain yang disimpan dalam beg pakaian di perdu pokok di Batu 6, Jalan Ipoh. 
  26 Julai 1997: Mayat wanita warga emas ditemui dalam enam beg plastik berasingan dikerat secara melintang sebanyak lima kali menjadi lapan bahagian dibuang dalam semak di Batu 6, Kampung Lubuk Jong, berhampiran Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang. Mayat ditemui seorang lelaki pemotong rumput. 
  3 Julai 1996: Mayat gadis berusia antara 14 dan 19 tahun yang tidak berkepala, tangan dan kaki yang diisi dalam beg plastik ditemui dalam longkang sebuah pasar raya di Taman Ipoh Selatan oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh. 
  22 Julai 1993: Misteri kehilangan Adun Batu Talam, Pahang, Datuk Mazlan Idris, terjawab apabila mayatnya ditemui dipotong 18 bahagian dan ditanam dalam lubang sedalam 1.8 meter dan permukaannya disimen di kawasan kebun rumahnya di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, kira-kira 45 kilometer dari Raub. 
  8 Julai 1993: Penari dan penyanyi, Lily Chua dipotong menjadi 11 bahagian dan dimasukkan dalam sebuah beg beli-belah sebelum dicampak ke dalam parit di Kuala Lumpur.

Tuesday, December 14, 2010

Kenalilah hati kita: Hati yang sihat

Assalamu'alaikum wm


Alhamdullillah, bertemu lagi kita di alam siber ini dan mudahan-mudahan keikhlasan kita untuk ingin kembali kepada Allah SWT  di dalam perbuatan, tingkah laku dan usaha kita,  memudahkan kita untuk di beri hidayah oleh Allah SWT. Semoga dengan sedikit pengetahuan dan kesedaran yang kita dapati di sini atau di mana sehaja, dapat kita laksanakan di dalam kehidupan kita dengan penuh keyakinan. Apa yang yang kita faham dan yakin walau pun sedikit kita laksanakan secara berterusan...ingat lah kita sangat berharap kepada Allah SWT untuk membimbing kita setiap masa...Berdoalah semoga Allah SWT  beri kita kekuatan...


Saudara dan saudari yang di muliakan


Hati sering dikaitkan dengan kehidupan dan kematian kita. Ibnu Qayyim membahagikan hati kita ini kepada tiga. 
1. Hati yang sihat
2. Hati yang mati
3. Hati yang sakit


Untuk kali ini saya akan menyentuh secara rengkas tentang hati yang sihat. Mudah-mudahan kita suka kepada hati yang sihat lebih daripada kita sukakan hanya pada badan yang sihat. Ini adalah terlalu penting kerana untuk mendapat kebahagiaan di Akhirat kelak, yang layak bertemu dengan Allah di dalam keadaan reda meredai kelak hanyalah mereka-mereka yang mempunyai hati yang bersih atau sihat sahaja. Sekiranya kita pulang dengan  hati yang kotor, di hari Akhirat kelak siapa pun tak dapat menolong kita meskipun anak-anak kita sendiri.


Allah SWT tegaskan di dalam Al Quran di dalam surah As Syu'ara' ayat 88-89 yang bermaksud


" Pada hari Akhirat kelak, anak-anak tidak akan dapat memberikan apa-apa pertolongan, kecuali mereka yang datang dengan hati yang bersih"


Jadi, ayat di atas menerangkan kepada kita supaya memiliki hati yang bersih sekiranya kita mahu kegembiraan bertemu dengan Allah di Akhirat kelak.


Apakah ynag di maksudkan dengan hati yang bersih atau sihat ini? Hati yang bersih ialah hati yang bersih daripada keinginan bagi melakukan perkara-perkara yang melanggar perintah Allah dan larangannya termasuk perkara-perkara yang meragukan..  Hati yang bersih bebas daripada menjadi hamba kepada syaitan.  Ketaatan, rasa takut, harapan keredaan,taubat dan berserah diri hanya kepada Allah SWT semata-mata.  Kita tidak menjadi hamba kepada yang lain daripada Allah SWT. 


Hati yang bersih juga tidak tidak menyekutukan Allah dengan apa cara sekali pun. Segala perbuatan kita sentiasa ikhlas kepada Allah. Kita mencintai dan membenci semua nya kerana Allah. Begitu juga kita memberi dan menegah semuanya kerana Allah SWT.


Diri kita masih belum sempurna sekiranya kita belum bebas daripada sikap yang tidak berlandaskan hukum dan perintah Allah SWT. Hati kita perlu sentiasa rapat dan mengingati Allah, bertekad untuk sentiasa patuh kepada Allah samada di dalam perkataan atau pun perbuatan kita.


Saudara dan saudari


Hati yang sihat sentiasa merujuk kepada Allah dan rasulNya. Allah SWT berfirman
" Hai orang-orang yang beriman jangan lah kamu mendahului Allah dan RasulNya bagi melakukan sesuatu perkara sebelum mendapat kebenaran, Sesungguhnya Allah maha mendengar dan maha mengetahui. 


Seringlah bertanya kepada kita bilamana kita ingin melakukan sesuatu. Mengapa dan bagaimana perbuatan itu kita akan lakukan! adakan perkara yang di suruh Allah SWT  atau adakah caranya yang telah ditunjukkan kepada kita oleh Rasulallah SAW.


Jadi sebagai hamba Allah SWT, kita berusaha lah bersungguh supaya kita dapat mengikuti sunnah Rasulullah SAW.  Hati dan kehendak kita patut  dijaga supaya tidak merosakkan keikhlasan dan   mengikut nafsu yang menentang kebaikan. 


Walau pun sukar untuk menjaga hati , kita tak ada pilihan daripada terus memperoses hati ini dengan ayat-ayat Allah SWT  dan hadith Rasulullah SAW.  Berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendidik hati ini, bersihkan selalu....sekiranya fizikal kita kotor, baju kita kotor, rumah kereta kotor pun kita sudah malu dan terus mencucinya apatah lagi hati kita yang kotor ini....ingatlah hanya hati yang bersih dan sihat sehajalah yang menjamin keselamatan dan kebahagiaan sesebuah kehidupan...Di dunia dan di Akhirat...


Sekian, kebenaran itu dari Allah SWT, kelemahan adalah dari kita , manusia yang lemah.,,maaf di pinta


Tangguh dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr....


Wasalam


Rujukan: Bahagiakan hatimu, Ibnu Qayyim Al Jauziyah





Monday, December 13, 2010

Diet Rasulullah SAW: Sedikit panduan



Assalamu’alailkum wm

Alhamdullillah, bertemu sekali lagi kita di alam siber.  Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati kehidupan kita. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT……kerana kita insan yang lemah.

Saudara dan saudari

Input dari kawan lama sedikit tentang diet Rasulullah  SAW  dimana saya ingin kongsikan disini.  Saya rasa di dalam kita melayari kehidupan kita ini, aspek permakanan tidak dapat kita abaikan kerana setiap hari kita menghadapi hidangan makanan di depan kita…apakah panduan kita untuk membuat pilihan..input di bawah akan sedikit sebanyak membimbing kita…

Kenapa kita perlu sangat menitikberat tentang kesihatan…..tidak lain dan tidak bukankerana  kita ingin memberi sumbangan yang maksima kepada Islam, di dalam semua aspek…bukan di sebaliknya iaitu untuk terus berbuat maksiat pada Allah SWT….

Saudara dan saudari

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.  Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.

* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Saudara dan saudari

Sekian, input di atas adalah merupakan fakta yang masih boleh di tokoktambah…Cuma yang baik itu kita jadikanlah ia sebagai satu  panduan..

Wassalam

Wednesday, December 8, 2010

Ingatan pada wanita solehah: jaga lah maruah dan harga diri… Allah sayang pada mu


Assalamu’alaikum wm

Alhamdullillah, bertemu lagi kita  di alam alam siber di tahun hjirah yang baru….mudah-mudahan kita bertekad melakukan sesuatu yang terbaik di dalam pelbagai bidang di dalam rangka mendapatkan keredaan Allah SWT. Berdoalah sentiasa…..

Saudara dan saudari

Berita di bawah ini membuatkan saya terpanggil untuk mengingatkan mereka yang bernama perempuan tanpa mengenal status bujang atau isteri orang.  Insiden yang berlaku di bawah sudah menjadi lumrah sekarang ini hatta wanita yang berpendidikan tinggi  ugama atau dunia pun kadang-kadang tertipu dengan perbuatan terkutuk iaitu cinta terlarang. Lebih-lebih lagi gejala laman social saperti facebook yang dapat dikawal lagi……Akibatnya semua hilang dari diri…….saperti berita ini..
Dimana maruah kita sebagai insan istimewa bernama wanita ciptaan Allah SWT?….kerana tanpa wanita tidak akan ada manusia dan pertambahan bilangan…Oleh itu saudari-saudari…..Jagalah lah maruah diri yang cukup berharga ini…
Allah SWT  menjadikan kita dan Allah SWT  tahu apa yang terbaik untuk kita demi keselamatan dan kebahagiaan kita di dunia dan Akhirat….. tetapi mengapa kita mengikut nafsu jahat dan mengambil panduan manusia dan tidak mengambil panduan Allah SWT….

Saudara dan saudari

Haruslah diingatkan bahawa kemuliaan wanita tercermin pada keindahannya menjaga maruah dan uaratnya.  Wanita yang solehah ialah wanita yang menjaga auratnya dan menutupnya bila berhadapan dengan lelaki yang bukan muhrimnya..

Banyak sekali ingatan Allah SWT dan pesanan Rasullullah SAW  berkenaan dengan menjaga kerhormatan wanita..Lembutkan lah hati-hati kita dan jagalah nilai diri kurniaan Allah yang mulia ini….

Antaranya Firman Allah di dalam surah An-Nur :31 yang bermaksud
“Dan janganlah mereka perempuan menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” 
Antara maksud di sini ialah menampakkan kaki dan menghayunkan /melenggokan badan mengikut hentakan kaki.(pengarang buku)

Di dalam ayat An Nur : 31 pula  Allah SWT berfirman yang bermaksud
“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereaka”

Saudara dan saudari

Terdapat satu peristiwa dimana Asma binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis dan Rasulullah bersabda
“ Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja” [HR Muslim dan Bukhairi]
Sabda Rasulullah SAW lagi,
“ Sesungguhnya kepala yang di tusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis dan tidak halal baginya”  [HR At Thabrani dan Baihaqi]

Allah menegaskan dengan firmannya…
“Katakan kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari permandangannya [AnNur:31]

Panduan dari Rasullullah SAW kepada kita…Sabda Rasullullah SAW
“ Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.  Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama, adapun pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan” [ HR Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi]

Allah SWT juga memberi amaran di dalam firmanNya yang bermaksud
“ Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik” [ Al Ahzab: 32]

Sabenar wanita ini begitu mudah untuk masuk ke syurga Allah SWT.
Sabda Rasullullah SAW
“ Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan metaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang dikehendakinya” [HR Al Bazar]

Saudara dan saudari

Walaubagaimana pun ingatan rasullullah SAW amat keras sekali terutama kepada perempuan yang masih suka membuat maksiat…
Sabda Rasullullah SAW
“ Barang siapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari Akhirat nanti” [HR Bukhari dan Muslim]
Dan Sabdanya lagi…..
“sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.  Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya”[HR Bukhairi dan Muslim]

Saudara dan saudari

Oleh itu fikirlah masak-masak sebelum membuat sesuatu yang mencemar maruah dan harga diri..Allah sayang pada kita dan Allah SWT  beri panduan untuk kita ikuti dan itu pun untuk keselamatan kita di dunia dan di Akhirat…Cubalah memperoses hati kita walau pun berat sungguh rasanya kita nak mengambil panduan Allah dan RasulNya...bermulalah dari sekarang dan berdoalah bersungguh-sunggoh mohon kekuatan dari Allah untuk membimbing diri kita ke jalan yang soleh....

Kepada kaum lelaki, walaupun peringatan di atas banyak kepada wanita tetapi kita juga tidak akan terlepas dari balasan siksa Allah SWT …Di dunia kita terlepas, terselamat…ibu bapa, anak isteri tak mengetahui kita berbuat maksiat dengan wanita bukan muhrim…kita boleh delete semua mesej menggoda dan kita rahsia kan tempat kita melakukan maksiat…tetapi dua Malaikat sentiasa ada di bahu kita, kiri dan kanan menulis dan merakam…akan dikeluarkan kembali semua rakaman itu di padang masyar…dimana ketika itu mulut di kunci tangan dan kaki bersaksi….

Firman Allah
“ Sesungguhnya, Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami menulis apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab besar yang nyata (Lauh Mahfuzh)” [Yasin:12]

Sekian,
Tangguh dengan tasbih kafarah dan Surah Al Asr
Wassalam


INILAH KISAHNYA.....





Jerat cinta lelaki Pakistan
      
KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja ditipu puluhan ribu ringgit, malah sudah terlanjur dengan lelaki warga asing dari Pakistan yang kononnya mahu berkahwin dan memberikan kesenangan kepadanya.
Semuanya bermula melalui perkenalan di sebuah laman sosial Julai tahun lalu sebelum dia jatuh cinta selepas dijanjikan kemewahan luar biasa kepadanya.
Perkenalan dengan lelaki dikenali dengan nama Malik, 24, pada mulanya hanya atas dasar kawan sebelum lelaki itu cuba memikat wanita berusia 26 tahun itu bagi membantunya dalam perniagaan yang kononnya bakal mendapat keuntungan luar biasa.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ida, ketika dihubungi berkata, dia kenal lelaki berkenaan yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu negara manakala dia ketika itu sudah bekerja di sebuah syarikat petroleum.
Katanya, selepas beberapa lama berkenalan, lelaki itu mula menceritakan perniagaan dan pelaburan yang kononnya menjamin keuntungan berlipat ganda dan mahu dia membantunya. “Dia mula meminta saya membantunya dalam perniagaan dan memperkenalkan saya dengan tiga lagi rakan serta saudaranya yang juga pelajar dan masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar.


“Mereka meminta saya membuka sebuah syarikat perniagaan menggunakan nama saya dan dijanjikan kedudukan pengarah di syarikat berkenaan,” katanya.
Dalam tempoh setahun itu Malik menggunakan hampir RM11,000 wang Ida dan berjanji membayarnya, namun janji hanya tinggal janji.
Menurutnya, dia mula sedar ditipu pada Oktober lalu apabila lelaki itu gagal dihubungi.
Katanya, syarikat yang didaftarkan atas namanya itu juga tidak beroperasi dan percaya lelaki itu hanya mahu menggunakannya bagi mendapatkan wang serta membuka syarikat berkenaan.
“Saya juga memberi kereta Proton Persona milik saya kepadanya konon untuk kegunaan perniagaan kami, namun dia menggunakannya bagi disewakan kepada pelanggan untuk mendapatkan wang poket.
“Pada awalnya saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dia mula menjauhkan diri dan keluar dari rumah yang kami tinggal bersama di Kondominium Villa Putra di sini,” katanya.
Ida berkata, mereka tinggal bersama sejak pertengahan tahun lalu dan terlanjur akibat pujuk rayu mahu menjadikan dirinya isteri dalam masa terdekat, namun selepas bertanyakan perkara berkenaan, lelaki itu mula memberi alasan tidak munasabah.
Katanya, ia lebih buruk apabila mendapat tahu seorang gadis tempatan yang juga teman wanita rakan lelaki itu yang dikenali dengan nama Waheed Abas juga sudah mengandung akibat termakan janji manis rakannya itu dan terpaksa menggugurkan kandungannya.
Ida berkata, dia mengambil tindakan membuat laporan polis kerana bimbang ramai lagi gadis tempatan menjadi mangsa lelaki berkenaan mendapatkan wang dan memuaskan nafsu mereka.

Menurutnya, dia membuat dua laporan polis pada Oktober dan bulan lalu berkenaan penipuan empat lelaki warga asing berkenaan dan mahu polis mengambil tindakan sewajarnya sebelum lebih ramai wanita lain terjebak.

Monday, December 6, 2010

Motivasi ringkas: Idamkan apa yang ada di sisi Allah SWT

Assalamualaikum wm


Saudara dan saudari yang di muliakan


Alhamdullillah, syukur kepada Allah kerana kita masih dapat bersama di alam siber


Saya ingin memperingatkan diri saya dan saudara dan saudari tentang keperluan kepada merasakan apa yang sisi Allah itulah yang lebih baik dan lebih kekal...


Firman Allah SWT


" Sedang apa yang disisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Maka apakah kamu tidak memahaminya" [Al Qasas: 60]


Marilah kita mendidik hati kita untuk merasai apa yang ada pada sisi Allah  SWT adalah lebih tinggi, lebih indah, lebih kekal, lebih mahal dan melebihi apa yang ada di dunia ini. Justeru itu janganlah kita leka dengan dunia sehinnga kita lupa pada Allah SWT. Jangan sesekali kita membiarkan diri kita terpenjara dengan kehidupan dunia sehingga tertutup pandangan hati kita terhadap kehidupan akhirat yang abadi.  Dan jangan sesekali lupa betapa janji Allah itu benar, segala ganti yang dijanjikan oleh  Allah untuk mereka yang sabar menghadapi musibah di dunia ini adalah benar.


Sedang kehidupan Akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal [Al A'la: 17]


Selamat berhijrah kepada merasai apa yang ada di sisi Allah itulah yang lebih baik.....


Wassalam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kisah benar: satu peringatan untuk kita bersyukur kepada Allah SWT terhadap rezeki pemberianNya….



Assalamu’alaikum wm

Alhamdullillah, syukur ke hadrat  Illahi kerana mengizinkan kita bertemu sekali lagi di platform siber ini.  Mudah-mudahan ada kebaikan yang Allah berikan pada kita di dalam menghadapi kehidupan yang penuh berliku ini….Pada kali ini ingin saya ingin berkongsi kisah benar satu keluarga yang miskin yang jarang menikmati kesenangan dan kemewahan yang di kecapi oleh sebahagian  besar kita dan keluarga kita…..Kisah ini saya dapati dari email sahabat old frees baru-baru ini…Semoga ada manafaatnya…..

Saudara dan saudari,

Ikutilah kisah yang berlaku ini……..

“Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa.
Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih.
Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 9 tahun:
 "Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. "Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.

"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang keenam."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik dah makan?"
"Sama je pakcik, makan ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk hari ni ". Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar.
Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan.
 Aku beli dua kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu.
Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging hari ni..!".
Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.
Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi.
Aku bertekad untuk datang lagi untuk menemui ibu mereka dan menyelami dgn lebih mendalam akan kehidupan mereka
Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah.
Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka.

Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar:
Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.
"Tiap-tiap hari mak buat sup ¦sedap pakcik"
Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu?
Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu, dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan.
Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari.

Dia berkata "Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM5.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."
Saudara dan saudari

Inilah kisah benar yang berlaku pada masyarakat kita…Semoga kita insaf dengan apa yang berlaku tentang masih terdapat ramai lagi manusia yang menghadapi kesukaran dan kepayahan di dalam mengharungi kehidupan yang singkat ini….
Oleh itu bersyukurlah dan selalulah berusaha untuk mengikhlaskan diri untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik…

Tangguh dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr

Wassalam

Friday, December 3, 2010

Motivasi: Peristiwa yang berlalu tidak akan kembali .........

Assamu'alakum wm


Alhamdullillah, bertemu lagi kita di alam siber


Saudara dan saudari yang di muliakan


Sekiranya kita mengingati masa lalu dan merenungkannya sama saperti kita membangkitkan kesedihan, rasa putus asa, hilang akal sihat dan membunuh semangat hidup. Hal ini sekiranya kita lakukan akan menjadikan kehidupan yang kita jalani  sekarang ini sis-sia dan tidak bermaya.  Pengalaman masa lalu hanyalah kenangan dan bukanlah sesuatu untuk di ulang-ulang. tambahan pula syaitan sentiasa membisikan pada kita perkara-perkara negatif di dalam fikiran kita.  Jika ia selalu berada di dalam fikiran maka ia tidak pernah melepaskan kita hingga jiwa kita terpenjara dan tidak boleh menyaksikan cahaya pada hari ini.


Apa saja peristiwa yang berlaku pada kita dahulu tidak akan pernah kembali.  Kesedihan tidak akan dapat mengembalikannya, keresahan juga tidak akan boleh memperbaikinya, keresahan tidak boleh membenarkannya dan tidak ada apa pun yang dapat menghidupkannya. Sebab apa saja  yang berlaku dan telah berlalu tetap berlalu dan tidak akan pernah kembali.


Justeru janganlah hidup dalam mimpi buruk masa lalu dan jangan lah berteduh di bawah  payung yang telah hilang.


Saudara dan saudari 


Keterikatan kita dengan masa lalu, perasaan cemas terhadap apa yang telah terjadi, merasa terbakar dengan pengalaman yang pernah kita lalui dan merasa kehilangan terhadap apa yang kita miliki  merupakan sesuatu yang menyedihkan, menyakitkan dan mengancam kita. Ia mungkin akan memberi kesan negatif kepada kehidupan kita sekarang, lantaran kepahitan pengalaman masa lalu akan menjadikan satu ingauan ngeri.  Malah ia akan mempengaruhi corak kehidupan pada masa kini.


Mengenang pengalaman pahit masa lalu sama ertinya dengan mensia-sia waktu sekarang, mematahkan semangat dan mengulangi kesedihan lama. Renungkan ingatan Allah SWT di dalam surah Al Hadid: 23 yang bermaksud


"" (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang telah luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu"


Saudara dan saudari

Jadi ingatlah bahawa  musibah yang paling besar yang kita hadapi sekarang ini sabenarnya adalah ketidakmampuan kita untuk menghadapi kehidupan sekarang dan kesibukan kita terhadap apa yang telah berlalu....


Sekian, semoga input ini dapat merawat sedikit masalah jiwa kita yang tidak tenteram kerana sibuk memikirkan peristiwa pahit yang telah berlalu.


Tangguh dengan Tasbih kafarah dan Surah Al Asr


Wassalam

rujukan Buku Dr Ibrahim Fiqhy

Thursday, December 2, 2010

RENUNGAN; Stress: panduan dari blog sahabatKU......

Assalamu'alaikum wm


Saudara dan saudari yang di muliakan


SATU PANDUAN YANG BERGUNA UNTUK KITA SEBAGAI MANUSIA YANG SELALU  KELUH KESAH .......


Pada suatu masa, seorang lelaki berjumpa dengan Abdullah Bin Mas’ud dan berkata: “Wahai Ibn Mas’ud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku hilang.” 

Abdullah bin Mas’ud menjawab, “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama, ke tempat orang membaca Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya ataupun kamu sekadar mendengar bacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya pada waktu malam, dan pada masa itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepadaNya supaya diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu.”

“Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itu pun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Quran dengan penuh khusyuk seperti dinasihatkan oleh Abdullah Bin Mas’ud. Selesai membaca Quran, didapati jiwanya berubah menjadi tenang. Fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...