Tiga petua pikat suami : Idea yang baik
dari Datin Tuan Sabariah
Tuan Ishak, isteri bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat
Oleh Siti Nor
Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my
sitinor@hmetro.com.my
Kota Bharu: “Tiga perkara penting yang saya
jaga untuk memikat suami iaitu tempat tidur, menyediakan pakaian dan masakan,”
kata Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri bekas Menteri Besar Kelantan
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia, Khamis minggu
lalu.
Menurutnya, setiap hari, beliau akan
memastikan tempat tidur dikemas dan pakaian sentiasa bersih untuk dipakai
Allahyarham sebelum keluar bekerja.
Katanya, beliau turut memasak makanan
kegemaran suami kesayangannya iaitu masakan kampung.
“Saya mengutamakan tiga keperluan ini kerana
Allahyarham suami seorang yang sangat sibuk dari awal perkahwinan kami
hinggalah ke akhir hayatnya.
“Jika melihat baju suami sudah lusuh, saya
tidak akan membenarkan beliau memakainya mahupun menjahit semula baju yang
sudah tidak muat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka
di sini, semalam.
Tuan Sabariah yang hidup bersama Mursyidul Am
PAS itu selama 52 tahun turut berkongsi petua kebahagiaan rumah tangga mereka
iaitu tidak melawan cakap suami.
Menurutnya, sebagai isteri, beliau sentiasa
akur dengan kata-kata suami dan menjaga budi pekerti.
“Walaupun saya berkahwin pada usia agak muda
iaitu 14 tahun dan atas pilihan orang tua, namun saya bersyukur kerana mendapat
seorang suami yang beriman dan bertanggungjawab.
“Ketika itu, usia saya agak muda dan perbezaan
usia saya dan suami pula 18 tahun membuatkan saya rasa takut, namun ia dapat
diatasi apabila saya sentiasa mempelajari ilmu rumah tangga,” katanya.
Bercerita mengenai cita rasa berpakaian
Allahyarham, Tuan Sabariah berkata, suaminya tidak suka dengan warna terang,
justeru beliau sentiasa membeli pakaian berwarna lembut termasuk untuk dirinya.
“Walaupun Allahyarham suami tidak pernah
menegur, namun saya tahu apa yang tidak disukainya.
“Jika Allahyarham suami suka dengan pakaian
yang saya pakai, beliau akan memuji saya dan amat menyukai baju kurung putih
yang dijahit dengan sedikit bunga,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17
Februari 2015 @ 8:27 AM
DISYORKAN
-
See more at: http://www.hmetro.com.my/node/31404#sthash.pHoWAXGX.dpuf
No comments:
Post a Comment