Thursday, August 25, 2011

Peringatan Menyambut Ramadhan Al Mubarak siri 8 : Pesanan Ustaz Sa’id Hawa…Marilah berbakti kepada ibubapa


Assalamu’alaikum wm

Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullilah, kita telah berada di fasa ketiga…fasa yang di sebut sebagai “di bebaskan dari api neraka”..Marilah kita melahirkan rasa kesyukuran kita dengan melakukan semaksima mungkin pengibadatan kita kepada Allah SWT…Sabenarnya kita masih diberi umur and peluang oleh Allah SWT  sedangkan  ada saudara–saudara kita termasuk ibu saya yang saya kasihi telah dipanggil pulang oleh Allah di bulan ramadhan ini dan tak sempat memasuki fasa yang ketiga ini…insaf dan muhasabahlah diri…peluang yang Allah berikan ini mungkin kita dapat lagi dimasa hadapan…

Suadara dan saudari

Pada kali ini ingin saya memperingatkan kita bersama tentang tajuk berbakti kepada ibubapa yang dikupas oleh Ustaz Sa’id Hawa..…Ini dapat saya rasai sendiri apabila ibu  telah kembali keramatullah,  dirasakan terlalu banyak hajat ibubapa yang tidak dapat dipenuhi. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa dan kepada yang masih mempunyai ibubapa termasuk anak-anak kita ….hargailah dan berbaktilah kepada mereka semasa mereka masih hidup…tidak ada gunanya sekiranya kita datang mencium dahi dan tangan mereka dikala jasad mereka sudah terbujur kaku…

Berkaitan dengan tajuk ini, Allah SWT memperingatkan kita di dalam Al Quran yang bermaksud….

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik (berbakti) kepada dua ibubapa, jika salah seorang atau keduanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka ah!( sebarang perkataan kasar, sekalipun dengan ah!) Dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun). Dan hendak lah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakan (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasihsayang memelihara dan mendidik aku semasa aku kecil” [Al Isra’: 23-24]

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa berbakti (ihsan) kepada ibubapa mempunyai hubungan pengabdian diri kita dan rasa syukur kita kepada Allah SWT.  Jadi, hati kita yang masih melalui tarbiyah Ramadhan ini perlu merasai hakikat yang penting ini…

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud…
“Keredaan Allah bergantung kepada keredhaan dua ibubapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapa” [HR tarmizi]

Di dalam hadith lain Rasulullah bersabda yang bermaksud…
“Celaka! Celaka! Celaka! (terhina), orang bertanya: “Siapa, wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda: “orang yang mendapati kedua ibubapanya atau seorang di antara keduanya pada umur tua, sedang mereka menyebabkannya tidak dapat masuk syurga” (tidak berbakti kepada kedua ibu bapa).[HR Muslim]

Daripada nas-nas di atas, teranglah kepada kita bahawa sesungguhnya melakukan ibadat kepada Allah SWT tanpa membuat bakti kepada ibubapa, tersebut tidaklah ada bagi nya taqwa, iman dan Islam. Kedua ibubapa kita merupakan sumber asal kenikmatan zahir sehingga kita dapat berada di dalam masyarakat kini. Ketiadaan syukur kita kepada mereka bermakna kita tidak mensyukuri Allah SWT …..

Ustaz Said Hawa juga memperingatkan kita bahawa pada hari ini kita berada di dalam suasana generasi yang mendurhakai kedua ibubapa malah mereka lebih berbuat baik dan berbakti kepada teman-teman dan juga isteri-isteri..

Ingatlah bahawa orang lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita [ An Nisa: 34] tetapi ibu pula merupakan tuan kepadanya dan tuan kepada isterinya.Jadi uruslah apa-apa kemahuan kedua ibubapa dengan kadar kemampuan yang ada pada kita dan berdoalah semoga Allah bukakan hati kita untuk kita dapat mendahulukan ibubapa (terutama ibu) dalam kita menjalani kehidupan ini.

Saudara dan saudari

Pesanan di atas adalah untuk mereka yang masih mempunyai ibubapa termasuk anak-anak kita. Jadi apakah pula tanggungjawab kita yang sudah tidak mempunyai ibu dan bapa?  maka apa di sarankan oleh Rasulullah SAW patut kita ikuti…

Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Asid Al Sa’adi bahawa seorang lelaki berkata, “ Wahai Rasulullah, apakah ada lagi daripada sesuatu kebajikan yang perlu aku lakukan kepada kedua ibu bapaku salepas matinya?” Sabda rasulullah SAW, “Ya, benar! Berdoalah ke atas keduanya dan beristighfarlah untuk keduanya, laksanakan janji keduanya, silatulrahim dengan orang yang pernah dihubungi oleh keduanya serta hormatilah teman-teman keduanya”

Saudara dan saudari

Di doakan semoga dapat kita sama-sama mengambil pengajaran dan berusaha untuk beramal dengan apa yang disarankan di atas terutamanya bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa. Berbuatlah sesuatu walau pun kecil untuk mengembirakan hati mereka. Cubalah uruskan kesibukan kita supaya dapat kita berhubung dan bertemu wajah dengan mereka. Di hari baik dan di bulan baik   ini mohonlah ampun dan maaf daripada mereka di atas segala kesalahan kita yang kita sedari atau tidak kita sedari..

Akan tiba masanya kita tidak boleh lagi menghulur wang gaji kita yang beribu, menumpang kenderaan kita yang mahal atau menalipon dengan handphone canggih kita untuk berbual…Yang tinggal hanyalah dua batu nisan untuk kita peluk dan tangisi….mengenangkan dosa dan kelalaian kita terhadap mereka semasa mereka hidup dahulu…....

Ya Allah Ampunilah dosa-dosa ibubapa kami dan juga ampunilah dosa-dosa kami terhadap kedua ibu bapa kami samada kami sedari atau tidak kami sedari….Amiin

Maaf di pinta dan selamat berpuasa…
Rujukan : Kitab Sa’id Hawa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...