Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdullillah, sekali lagi marilah sama-sama kita mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi di berikan kita umur dan kesempatan untuk memasuki dan menghayati Ramadhan pada fasa yang kedua ini. Berdoalah semoga Allah tingkatkan kemampuan kita sehingga kita mampu melakukan ibadah puasa dengan lebih baik berbanding dari tahun-tahun yang lepas, InsyaAllah.
Saudara dan saudari
Sapertimana yang diperingatkan kepada kita di awal-awal puasa dahulu tentang tujuan kita bepuasa iaitu…..Agar kamu bertaqwa [Al Baqarah: 183 ], maka kali ini saya ingin mengajak kita muhasabah/menilai diri adakah kita semakin hampir untuk mendapat sijil taqwa atau sebaliknya….oleh itu marilah kita sama-sama bermujahadah di fasa ini untuk kita meletakkan kembali hati dan jasad kita di landasan yang betul menuju kepada ketaqwaan kepada Allah….
Terlebih dahulu kita perlu memahami semula apakah yang dimaksudkan dengan taqwa itu. Taqwa merupakan sumber segala kebaikan di dalam diri dan masyarakat. Inilah satu-satunya cara untuk kita mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan maksiat dan dosa kita. Bahkan, taqwa merupakan tiang utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak kita di dalam rangka menghadapi fenomena kehidupan yang mencabar ini.
Taqwa ini akan dapat membantu kita membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dan agar kita bersabar di atas segala ujian dan cubaan. Inilah antara hakikat taqwa yang perlu kita fahami dan pengaruhnya amat besar dalam pembentukan peribadi seorang insan. Inilah yang kita pohonkan kepada Allah agar diberikan kita taqwa selepas kita selesai menunaikan ibadah puasa Ramadhan ini, dimana ia akan menjadi bekalan kepada kita pada 11 bulan yang akan datang….
Saudara dan saudari
Antara faktor utama yang dapat menyuburkan taqwa, mengukuhkannya di dalam hati dan jiwa kita dan menyatukannya dengan perasaan kita ialah mujahadah (melawan dorongan nafsu). Oleh itu pada kali ini kita cuba fahami semula pengertian mujahadah dan cuba kita amalkan di dalam kehidupan ini terutamanya di dalam kita melangkah ke fasa ketiga Ramadhan…iaitu lebih kurang 3 hari lagi…
Dasar kepada mujahadah adalah saperti yang di firmankan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud….
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan ) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik” [Al Ankabut: 69]
Ayat di atas bermaksud antara lain apabila kita (Mukmin) terseret ke dalam kemalasan, ingin bersantai, cinta dunia, tidak mahu melaksanakan amalan sunnah serta ketaatan yang lainnya tepat pada waktunya, maka ketika itu kita wajib memaksa diri melakukan amalan-amalan yang diperintahkan kepada kita.
Umpamanya di bulan yang mulia ini Allah hidangkan dengan pelbagai tawaran dan ganjaran, tetapi kita bermalas-malasanan, tidak mahu bersungguh-sungguh merebut peluang, ayuh...... kita harus bersegera bangun dan sedarkan diri kita….Kita harus tegas, serius dan penuh bersemangat untuk kembali kepada ketaatan kepada Allah dan menjadikan amalan-amalan itu sebagai kebiasaan malah menjadi sikap yang melekat pada diri kita.
Saudara dan saudari
Dalam hal ini kita mestilah merujuk kembali kepada apa yang telah di tunjuki oleh Rasullullah SAW kepada kita. Baginda merupa qudwah (contoh) kepada kita. Kita patut tauladani sapertimana yang diriwayatkan oleh Aisyah RA antara lain…
“ Rasulullah SAW melakukan solah malam sehingga kedua tumitnya bengkak. Ketika Aisyah RA bertanya: “ Mengapa engkau melakukan hal itu? Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan yang akan datang? Rasulullah SAW menjawab” Bukankah seharusnya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” [HR Bukhari dan Muslim]
Di dalam hadith yang lain, Aisyah RA berkata
“ Apabila Rasullullah SAW memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malam dengan ibadah dengan bersungguh-sungguh, membangunkan keluarganya, dan mengetatkan ikat pinggangnya” [HR Bukhari dan Muslim]
Inilah antara contoh mujahadah untuk kita laksanakan iaitu sunnah bangun dan bersolah sekurang-kurangnya dua rakaat sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah terhadap pelbagai nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.
Saudara dan saudari
Marilah kita merenungi sebuah lagi Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ini.
“ Dari Abu Hurairah bahawa beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman;” Tidaklah seorang hambaKu mendekatkan kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku sukai selain daripada amalan-amalan wajib dan seorang hambaKu senantiasa mendekatkan kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat, sehingga Aku mencintainya. Apabila Aku telah mencintainya, Maka Akulah yang menjadi pendengarannya, dan sebagai tangan yang digunakan untuk memegang dan kaki yang dia pakai untuk berjalan, dan apabila ia memohon kepadaKu pasti Aku kabulkan, dan jika meminta perlindungan kepada ku, pasti Aku lindungi.”
Jadi, inilah tawaran Allah, tawaran cinta Allah pada makhlukNya. Marilah kita bermujahadah untuk mendapatkannya. Di bulan Ramadhan inilah masa terbaik untuk melatih dan mendidik hati kita untuk melaksanakan segala amalan terpuji.
Dengan mujahadah inilah InsyaAllah, kita dapat memperbaiki aktiviti kita dan sekaligus menundukkan sifat malas dan lalai kita. Dengan cara tersebut, mudah-mudahan taqwa akan menjadi sebati dan mendarah daging dengan diri kita dan akan menjadi akhlak kita yang sabenarnya di dalam kehidupan kita yang sementara ini….
Sekian, maaf di pinta dan selamat meneruskan ibadah puasa…
Wasalam….
Rujukan: Tarbiyah Ruhiah,Petunjuk Praktikal Mencapai darjat taqwa (Risalah At Ta'arif)
No comments:
Post a Comment