Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdullilah, kita masih dipanjangkan umur untuk melaksanakan amalan berpuasa dibulan yang penuh barakah, rahmat dan kebahagiaan ini. Betapa besarnya nikmat yang terkandong di bulan Ramadhan ini…sehinggakan Sahabat-sahabat Rasulullah SAW hajatkan kalau boleh sepanjang tahun…merupakan bulan Ramadhan…
Suadara dan saudari
Pada kali ini ingin saya sebarkan apa yang di hantar oleh saudara saya untuk di panjangkan kepada kenalan tentang antara amalan-amalan sunnah yang boleh kita amalkan di dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini….
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas dan melakukan sesuatu yang bertentang denagn kehendak Allah. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Punca asalnya tidak lain dari hati kita yang berpenyakit dan kita wajib mencari ubat untuk mengubati penyakit hati yang ada pada kita. Kalau penyakit fisikal kita sibuk berjumpa doktor perubatan untuk menyembuhkannya kenapa penyakit hati yang boleh merosakkan kehidupan kita di dunia dan juga di akhirat, kita tidak melakukan sesuatu. Ubatnya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya.
Antaranya sapertimana yang selalu disarankan oleh ulamak hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Inilah antara amalan-amalan untuk memantapkan lagi ruh atau rohani kita di dalam rangka melaksanakan Islam atau pengabdian secara total di dalam kehidupan dunia yang sementara ini.
Dengan didikan hati yang betul mudah-mudahan kekuatan ruh kita dapat menjadi pengawal kepada akhlak kita. Inilah ubat atau vitamin yang membantu menyembuhkan penyakit hati kita. Amalkanlah terutama di bulan yang mulia ini. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. Oleh itu bulan inilah yang terbaik untuk kita melatih diri untuk bertahajjud..
Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. Cubalah juga mencari masa yang lain untuk kita membaca dan memahami Al Quran..
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Berusahalah untuk memampukan diri kita terutama kaum lelaki yang masih sihat dan ada kemudahan untuk ke surau atau ke mesjid.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. Cubalah kerana ia hanya mengambil masa sekejap sehaja jika di banding dengan masa yang kita berikan untuk aktiviti yang kurang manafaat yang lain
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. Mulakan dengan jumlah yang kecil contohnya 10 sen, 50 sen atau RM 1 dulu secara berterusan di tabung surau atau mesjid atau lain-lain peluang yang ada.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". Di sini perlu ada kesungguhan dan latihan…cuba usahakan dan mohon Allah mudahkan kita…
Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Nampaknya mudah tetapi di dalam banyak keadaan kita sering lalai. Rasulullah SAW pun beristighfar 70 hingga 100 kali sehari. Kita pula….?
Berusahalah juga untuk kita sentiasa berzikir kepada Allah..sentiasa berhubung dan terikat dengan Allah kerana kita sangat-sangat memerlukan pertolongan Allah di dalam kehidupan ini.
Saudara dan saudari
Saudara dan saudari
Di doakan semoga dapat kita sama-sama mengambil pengajaran dan berusahakan untuk beramal dengan apa yang disarankan di atas. Ingatlah amalan yang baik ialah amalan soleh walaupun sedikit tetapi ia dilakukan secara berterusan….Ya Allah bantulah kami supaya dapat kami laksanakan Islam sebagaimana yang Engkau kehendaki….Amiin
Maaf di pinta dan selamat berpuasa…
Rujukan : PFS egroup
No comments:
Post a Comment