Wednesday, August 3, 2011

Peringatan Menyambut Ramadhan Al Mubarak siri 4: Petikan Hadith dari kitab Sayid Sabiq mengenai keutaman berpuasa


Assalamu’alaikum wm

Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Di doakan semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan untuk menghayati Ramadhan yang telah memasukki hari ketiga, InsyaAllah….begitu cepat masa belalu dan cubalah kita muhasabah diri sejauh mana Ramadhan telah dapat mendidik dan merubah jiwa kita dalam rangka peningkatan di dalam mengejar taqwa kita kepada Allah SWT.

Antara petikan hadith untuk renungan kita:…

1.  Di terima dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud….

Telah berfirman Allah ,Aza wajalla: “ Semua amalan manusia adalah untuk dirinya, kecuali puasa, maka itu adalah untukKu dan Aku akan memberinya ganjaran..[sebahagian hadith Qudsi]

“ Dan puasa itu merupakan benteng, maka ketika datang saat berpuasa, jangan sesaorang berkata keji atau berteriak-teriak atau mencaci maki! Dan seandainya dicaci oleh sesaorang, atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa” sampai dua kali.  Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di dalam tanganNya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah pada hari Kiamat dari bau kasturi. Dan orang berpuasa itu akan memperolehi  dua kegembiraan yang menyenangkan hati: dikala berbuka,  ia akan bergembira dengan berbuka itu dan disaat ia menemui Tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya [HR Ahmad, Muslim dan Nasai]

2.  Di terima dari Abdullah bin ‘Amar bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud…

“Puasa dan Al Quran itu akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari kiamat. Berkata Puasa: Ya Tuhan Engkau telah melarang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat pada ku kerana itu.”
Dan berkata pula Al Quran: “Engkau larang ia tidur diwaktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu.”
Maka syafaat kedua mereka pun diterima oleh Allah SWT [HR Ahmad]

Sekian, semoga petikan hadith di atas dapat mendidik jiwa kita untuk lebih menghayati puasa yang sedang kita lalui. Puasa yang berasaskan keimanan inilah yang mampu memimpin kita supaya menjadi insan yang lebih baik dari semalam…..
Maaf di pinta
Wasalam
Selamat Menghayati  Ramadhan Al Mubarak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...