Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan....
Alhamdullilah, marilah sama-sama kita mengucapkan kesyukuran yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana masih lagi mengizinkan kita untuk berada di dalam bulan yang penuh barakah, rahmat dan kebahagiaan ini. Betapa kita perlu merenung memikirkan dan muhasabah 8 atau 9 hari yang telah berlalu …adakah amalan-amalan yang kita lakukan mengarahkan kepada taqwa atau masih sama saperti bulan-bulan yang sebelum ini…kalau ada peningkatan kearah taqwa iaitu semakin takut dan patuh kita kepada Allah, bersyukurlah tetapi kalau belum maka segeralah bangun dan tingkatkan kembali usaha…Ingat bulan ini adalah bulan peluang untuk kita tingkatkan lagi kepatuhan kita kepada Allah….
Suadara dan saudari
Pada kali ini saya ingin mengingatkan kita bersama tentang amalan berdoa di sepanjang bulan ramadhan ini…Inilah bulan yang terbaik ..bulan ‘special offer’ dari Allah untuk mengampunkan dosa kita..rebutlah peluang ini lebih dari kita berebut-rebut mendapatkan ‘special offer’ dari gedung perniagaan sempena Hari raya ini…
Bulan Ramadhan ini merupakan bulan pengampunan dan penerimaan doa sebagaimana yang telah Allah janjikan di dalam surah Al Baqarah ayat 186 yang bermaksud….antaranya
“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku.”
Dan juga terdapat di dalam banyak hadith sahih…Antaranya nasihat Rasulullah SAW mengenai doa yang paling penting untuk kita panjatkan iaitu doa pengampunan. Maka Rasulullah SAW mengajar Sayiditina Aishah RA agar beriltizam dengan doa..yang bermaksud …
Ya Allah, sesungguhNya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni maka ampunilah aku [HR Tarmizi, Ibnu Majah]
Dan juga kita disarankan sentiasa berdoa….yang bermaksud
“Ya Allah, aku memohon daripada Mu keredaanMu dan Syurga, dan aku memohon perlindungan Mu daripada kemurkaanMu dan daripada azab api neraka”
Kita diperingatkan bahawa walau pun kita mempunyai pelbagai hajat tetapi Rasulullah SAW mengingatkan kita agar mengutamakan memohon keampunan daripada Allah SWT mengatasi doa-doa keperluan dunia yang lain. Sabenarnya inilah kejayaaan yang sabenarnya sekiranya Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang banyak ini samada kita sedari atau tidak kita sedari terutama yang berkaitan dengan dosa kita terhadap sesama manusia….terhadap ibu bapa kita, suami atau isteri kita, anak-anak, jiran, kawan-kawan dan lain-lain lagi..dan Allah masukan kita ke syurga dan jauhkan kita dari azab api neraka.
Saudara dan saudari
Oleh itu marilah kita beramal dan berdoa dengan doa yang disarankan oleh Rasulullah SAW saperti di atas pada setiap detik dan waktu pada bulan Ramadhan ini terutamanya pada solat malam kita. Cubalah kita melatih diri kita terutama di bulan Ramadhan ini supaya kita dapat bangun awal sedikit dan sekurang-kurangnya melakukan solah sunat tahajjud 2 rakaat dan berdoalah bersungguh-sungguh..
Sekian semoga sedikit peringatan di atas dapat membantu kita untuk menuju kearah…. “Agar kamu mendapat taqwa” [Al Baqarah: 183]
Maaf di pinta
Wassalam
Selamat Menghayati Ramadhan Al Mubarak
Rujukan:Kitab 101 doa, Ustaz Dr Zahazan Mohamed
bangun solat tahajjud menjadi lebih mudah di bulan ramadhan berbanding bulan2 lain, jadi jangan mempersia2kannya.
ReplyDelete