Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin

Assalamu'alaikum wm
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin di atas segala kesilapan yang kami lakukan.
Semoga Bulan Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang memberikan kesan pendidikan kepada hati kita dan menjadi bekalan untuk menghadapi 11 bulan yang akan datang..... 


Ikhlas
Tarmizi dan keluarga








Thursday, August 25, 2011

Peringatan Menyambut Ramadhan Al Mubarak siri 8 : Pesanan Ustaz Sa’id Hawa…Marilah berbakti kepada ibubapa


Assalamu’alaikum wm

Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullilah, kita telah berada di fasa ketiga…fasa yang di sebut sebagai “di bebaskan dari api neraka”..Marilah kita melahirkan rasa kesyukuran kita dengan melakukan semaksima mungkin pengibadatan kita kepada Allah SWT…Sabenarnya kita masih diberi umur and peluang oleh Allah SWT  sedangkan  ada saudara–saudara kita termasuk ibu saya yang saya kasihi telah dipanggil pulang oleh Allah di bulan ramadhan ini dan tak sempat memasuki fasa yang ketiga ini…insaf dan muhasabahlah diri…peluang yang Allah berikan ini mungkin kita dapat lagi dimasa hadapan…

Suadara dan saudari

Pada kali ini ingin saya memperingatkan kita bersama tentang tajuk berbakti kepada ibubapa yang dikupas oleh Ustaz Sa’id Hawa..…Ini dapat saya rasai sendiri apabila ibu  telah kembali keramatullah,  dirasakan terlalu banyak hajat ibubapa yang tidak dapat dipenuhi. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa dan kepada yang masih mempunyai ibubapa termasuk anak-anak kita ….hargailah dan berbaktilah kepada mereka semasa mereka masih hidup…tidak ada gunanya sekiranya kita datang mencium dahi dan tangan mereka dikala jasad mereka sudah terbujur kaku…

Berkaitan dengan tajuk ini, Allah SWT memperingatkan kita di dalam Al Quran yang bermaksud….

“Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik (berbakti) kepada dua ibubapa, jika salah seorang atau keduanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka ah!( sebarang perkataan kasar, sekalipun dengan ah!) Dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia (bersopan santun). Dan hendak lah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakan (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasihsayang memelihara dan mendidik aku semasa aku kecil” [Al Isra’: 23-24]

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa berbakti (ihsan) kepada ibubapa mempunyai hubungan pengabdian diri kita dan rasa syukur kita kepada Allah SWT.  Jadi, hati kita yang masih melalui tarbiyah Ramadhan ini perlu merasai hakikat yang penting ini…

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud…
“Keredaan Allah bergantung kepada keredhaan dua ibubapa, dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapa” [HR tarmizi]

Di dalam hadith lain Rasulullah bersabda yang bermaksud…
“Celaka! Celaka! Celaka! (terhina), orang bertanya: “Siapa, wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda: “orang yang mendapati kedua ibubapanya atau seorang di antara keduanya pada umur tua, sedang mereka menyebabkannya tidak dapat masuk syurga” (tidak berbakti kepada kedua ibu bapa).[HR Muslim]

Daripada nas-nas di atas, teranglah kepada kita bahawa sesungguhnya melakukan ibadat kepada Allah SWT tanpa membuat bakti kepada ibubapa, tersebut tidaklah ada bagi nya taqwa, iman dan Islam. Kedua ibubapa kita merupakan sumber asal kenikmatan zahir sehingga kita dapat berada di dalam masyarakat kini. Ketiadaan syukur kita kepada mereka bermakna kita tidak mensyukuri Allah SWT …..

Ustaz Said Hawa juga memperingatkan kita bahawa pada hari ini kita berada di dalam suasana generasi yang mendurhakai kedua ibubapa malah mereka lebih berbuat baik dan berbakti kepada teman-teman dan juga isteri-isteri..

Ingatlah bahawa orang lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita [ An Nisa: 34] tetapi ibu pula merupakan tuan kepadanya dan tuan kepada isterinya.Jadi uruslah apa-apa kemahuan kedua ibubapa dengan kadar kemampuan yang ada pada kita dan berdoalah semoga Allah bukakan hati kita untuk kita dapat mendahulukan ibubapa (terutama ibu) dalam kita menjalani kehidupan ini.

Saudara dan saudari

Pesanan di atas adalah untuk mereka yang masih mempunyai ibubapa termasuk anak-anak kita. Jadi apakah pula tanggungjawab kita yang sudah tidak mempunyai ibu dan bapa?  maka apa di sarankan oleh Rasulullah SAW patut kita ikuti…

Abu Daud meriwayatkan daripada Abi Asid Al Sa’adi bahawa seorang lelaki berkata, “ Wahai Rasulullah, apakah ada lagi daripada sesuatu kebajikan yang perlu aku lakukan kepada kedua ibu bapaku salepas matinya?” Sabda rasulullah SAW, “Ya, benar! Berdoalah ke atas keduanya dan beristighfarlah untuk keduanya, laksanakan janji keduanya, silatulrahim dengan orang yang pernah dihubungi oleh keduanya serta hormatilah teman-teman keduanya”

Saudara dan saudari

Di doakan semoga dapat kita sama-sama mengambil pengajaran dan berusaha untuk beramal dengan apa yang disarankan di atas terutamanya bagi mereka yang masih mempunyai ibu dan bapa. Berbuatlah sesuatu walau pun kecil untuk mengembirakan hati mereka. Cubalah uruskan kesibukan kita supaya dapat kita berhubung dan bertemu wajah dengan mereka. Di hari baik dan di bulan baik   ini mohonlah ampun dan maaf daripada mereka di atas segala kesalahan kita yang kita sedari atau tidak kita sedari..

Akan tiba masanya kita tidak boleh lagi menghulur wang gaji kita yang beribu, menumpang kenderaan kita yang mahal atau menalipon dengan handphone canggih kita untuk berbual…Yang tinggal hanyalah dua batu nisan untuk kita peluk dan tangisi….mengenangkan dosa dan kelalaian kita terhadap mereka semasa mereka hidup dahulu…....

Ya Allah Ampunilah dosa-dosa ibubapa kami dan juga ampunilah dosa-dosa kami terhadap kedua ibu bapa kami samada kami sedari atau tidak kami sedari….Amiin

Maaf di pinta dan selamat berpuasa…
Rujukan : Kitab Sa’id Hawa

Thursday, August 18, 2011

Selingan: cerita realiti kehidupan...Walau pun sibuk-carilah peluang berbakti dan bertemu wajah dengan ibu


Assalamualaikum wm

Bismillahirrahmanirahim

Sebuah cerita dari kawan untuk di kongsi tentang ibu dan anak....buat kita semua yang terlalu sibuk....
Bacalah...

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, Along mana?
Mak jawab, Ada di dapur tolong siapkan makan.
Ayah tanya Mak lagi, Angah mana?
Mak jawab, Angah mandi, baru balik main bola.
Ayah tanya Mak, Ateh mana?
Mak jawab, Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?
Ayah tanya lagi, Adik dah balik?
Mak jawab, Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, Mana Mak?
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, Tak tahu.
Ayah tanya Angah, Mana Mak?
Angah menonton tv. Angah jawab, Mana Angah tahu.
Ayah tanya Ateh, Mana Mak?
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, Entah.

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, Mana Mak?
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah,
Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, Mana mak?.
Hanya Adik yang jawab, Mak dah tak ada.
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Sekian, semoga ada pengajaran yang boleh kita jadikan panduan....

Wasalam

Tuesday, August 16, 2011

Peringatan Menyambut Ramadhan Al Mubarak siri 7: Teruskan mujahadah menuju taqwa……


Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullillah, sekali lagi marilah sama-sama kita mengucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi di berikan kita umur dan kesempatan untuk memasuki dan menghayati Ramadhan pada fasa yang kedua ini. Berdoalah semoga Allah tingkatkan kemampuan kita sehingga kita mampu melakukan ibadah puasa dengan lebih baik berbanding dari tahun-tahun yang lepas, InsyaAllah.

Saudara dan saudari 

Sapertimana yang diperingatkan kepada kita di awal-awal puasa dahulu tentang tujuan kita  bepuasa iaitu…..Agar kamu  bertaqwa [Al Baqarah:  183  ],  maka kali ini saya ingin mengajak kita muhasabah/menilai  diri adakah kita semakin hampir untuk mendapat sijil taqwa atau sebaliknya….oleh itu marilah kita sama-sama bermujahadah di fasa ini untuk kita meletakkan kembali hati dan jasad kita di landasan yang betul menuju kepada ketaqwaan kepada Allah….

Terlebih dahulu kita perlu memahami semula apakah yang dimaksudkan dengan taqwa itu. Taqwa merupakan sumber segala kebaikan di dalam diri dan masyarakat. Inilah satu-satunya cara untuk kita mencegah kerosakan, kejahatan dan perbuatan maksiat dan dosa kita. Bahkan, taqwa merupakan tiang utama dalam pembinaan jiwa dan akhlak kita di dalam rangka menghadapi fenomena kehidupan yang mencabar ini.

Taqwa ini akan dapat membantu kita membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dan agar kita bersabar di atas segala ujian dan cubaan. Inilah antara hakikat taqwa yang perlu kita fahami dan pengaruhnya amat besar dalam pembentukan peribadi seorang insan.  Inilah yang kita pohonkan kepada Allah agar diberikan kita taqwa selepas kita selesai menunaikan ibadah puasa Ramadhan ini, dimana ia akan menjadi bekalan kepada kita pada 11 bulan yang akan datang….

Saudara dan saudari

Antara faktor utama yang dapat menyuburkan taqwa, mengukuhkannya di dalam hati dan jiwa kita dan menyatukannya dengan perasaan kita ialah  mujahadah (melawan dorongan nafsu). Oleh itu pada kali ini kita cuba fahami semula pengertian mujahadah dan cuba kita amalkan di dalam kehidupan ini terutamanya di dalam kita melangkah ke fasa ketiga Ramadhan…iaitu lebih kurang 3 hari lagi…

Dasar kepada mujahadah adalah saperti yang di firmankan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud….
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan ) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.  Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik” [Al  Ankabut: 69]

Ayat di atas bermaksud antara lain apabila kita (Mukmin) terseret ke dalam kemalasan, ingin bersantai, cinta dunia, tidak mahu melaksanakan amalan sunnah serta ketaatan yang lainnya tepat pada waktunya, maka ketika itu kita wajib memaksa diri melakukan amalan-amalan yang diperintahkan kepada kita.

Umpamanya di bulan yang mulia ini Allah hidangkan dengan pelbagai tawaran dan ganjaran, tetapi kita bermalas-malasanan, tidak mahu bersungguh-sungguh merebut peluang, ayuh...... kita harus bersegera bangun dan sedarkan diri kita….Kita harus tegas, serius dan penuh bersemangat untuk kembali kepada ketaatan kepada Allah dan menjadikan amalan-amalan itu sebagai kebiasaan malah menjadi sikap yang melekat pada diri kita. 

Saudara dan saudari

Dalam hal ini kita mestilah merujuk kembali kepada apa yang telah di tunjuki oleh Rasullullah SAW kepada kita.  Baginda merupa qudwah (contoh) kepada kita. Kita patut tauladani  sapertimana yang diriwayatkan oleh Aisyah RA antara lain…

Rasulullah SAW melakukan solah malam sehingga kedua tumitnya bengkak.  Ketika Aisyah RA bertanya: “ Mengapa engkau melakukan hal itu? Bukankah Allah telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan yang akan datang? Rasulullah SAW menjawab” Bukankah seharusnya aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” [HR Bukhari dan Muslim]

Di dalam hadith yang lain, Aisyah RA berkata
“ Apabila Rasullullah SAW memasuki sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malam dengan ibadah dengan bersungguh-sungguh, membangunkan keluarganya,  dan mengetatkan ikat pinggangnya” [HR Bukhari dan Muslim]

Inilah antara contoh mujahadah untuk kita  laksanakan iaitu  sunnah bangun dan bersolah sekurang-kurangnya dua rakaat sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah terhadap pelbagai nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.

Saudara dan saudari

Marilah kita merenungi sebuah lagi Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ini.

“ Dari Abu Hurairah bahawa beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah berfirman;” Tidaklah seorang hambaKu mendekatkan kepadaKu dengan sesuatu yang lebih Aku sukai selain daripada amalan-amalan wajib dan seorang hambaKu senantiasa mendekatkan kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat, sehingga Aku mencintainya.  Apabila Aku telah mencintainya, Maka Akulah yang menjadi pendengarannya, dan sebagai tangan yang digunakan untuk memegang dan kaki yang dia pakai untuk berjalan, dan apabila ia memohon kepadaKu pasti Aku kabulkan, dan jika meminta perlindungan kepada ku, pasti Aku lindungi.”

Jadi, inilah tawaran Allah, tawaran cinta Allah pada makhlukNya. Marilah kita bermujahadah untuk mendapatkannya. Di bulan Ramadhan inilah masa terbaik untuk melatih dan mendidik hati kita untuk melaksanakan segala amalan terpuji.

Dengan mujahadah inilah InsyaAllah,  kita dapat memperbaiki aktiviti kita dan sekaligus menundukkan sifat malas dan lalai kita. Dengan cara tersebut, mudah-mudahan taqwa akan menjadi sebati dan mendarah daging dengan diri kita dan akan menjadi akhlak kita yang sabenarnya di dalam kehidupan kita yang sementara ini….
Sekian, maaf di pinta dan selamat meneruskan ibadah puasa…
Wasalam….

Rujukan: Tarbiyah Ruhiah,Petunjuk Praktikal Mencapai darjat taqwa (Risalah At Ta'arif)

Friday, August 12, 2011

The surprising benefits of lemon!

Assalamualaikum wm
Saudara dan saudari yang dimuliakan

Sedikit input kesihatan (bahasa Inggeris) dari kawan untuk di kongsi...boleh di cuba dan berdoa di samping ikhtiar kita yang bersungguh-sungguh.. Dengan kesihatan yang baik kita akan dapat beribadah dengan sempurna....

Just cut 2-3 thin slices of lemon in a cup/containner and add drinking water will become "alkaline water", drink for the whole day, just by adding drinking water. Take it as drinking water everyday is good for everybody.


This is the latest in medicine, effective for cancer! Read carefully & you be the judge.
Lemon (Citrus) is a miraculous product to kill cancer cells. It is 10,000 times stronger than chemotherapy.

Why do we not know about that? Because there are laboratories interested in making a synthetic version
that will bring them huge profits. You can now help a friend in need by letting him/her know that lemon juiceis beneficial in preventing the disease. Its taste is pleasant and it does not produce the horrific effects of chemotherapy.

How many people will die while this closely guarded secret is kept, so as not to jeopardize the beneficial multimillionaires large corporations? As you know, the lemon tree is known for its varieties of lemons and limes. You can eat the fruit in different ways: you can eat the pulp, juice press, prepare drinks, sorbets, pastries, etc... It is credited with many virtues, but the most interesting is the effect it produces on cysts 
and tumors. 

This plant is a proven remedy against cancers of all types. Some say it is very useful in all variants of cancer. It is considered also as an anti microbial spectrum against bacterial infections and fungi, effective against internal parasites and worms, it regulates blood pressure which is too high and anantidepressant, combats stress and nervous disorders.

The source of this information is fascinating: it comes from one of the largest drug manufacturers in the world, says that after more than 20 laboratory tests since 1970, the extracts revealed that: It destroys the malignant cells in 12 cancers including colon, breast, prostate, lung and pancreas ...
The compounds of this tree showed 10,000 times better than the product Adriamycin, a drug normally used chemotherapeutic in the world, slowing the growth of cancer cells. And what is even more astonishing: this type of therapy with lemon extract only destroys malignant cancer cells and it does not affect healthy cells.


Thursday, August 11, 2011

Peringatan Menyambut Ramadhan Al Mubarak siri 6 : Antara amalan sunnah yang kita perlu usahakan di bulan yang mulia ini…dan juga di bulan lain


Assalamu’alaikum wm

Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullilah, kita masih dipanjangkan umur untuk melaksanakan amalan berpuasa dibulan yang penuh barakah, rahmat dan kebahagiaan ini. Betapa besarnya nikmat yang terkandong di bulan Ramadhan ini…sehinggakan Sahabat-sahabat Rasulullah SAW hajatkan kalau boleh sepanjang tahun…merupakan bulan Ramadhan…

Suadara dan saudari

Pada kali ini ingin saya sebarkan apa yang di hantar oleh saudara saya untuk di panjangkan kepada kenalan tentang antara amalan-amalan sunnah yang boleh kita  amalkan di dalam kehidupan kita lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini….

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas dan melakukan sesuatu yang bertentang denagn kehendak Allah. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.

Punca asalnya tidak lain dari hati kita yang berpenyakit dan kita wajib mencari ubat untuk mengubati penyakit hati yang ada pada kita. Kalau penyakit fisikal kita sibuk berjumpa doktor perubatan untuk menyembuhkannya kenapa penyakit hati  yang boleh merosakkan kehidupan kita di dunia dan juga  di akhirat, kita tidak melakukan sesuatu. Ubatnya kembalilah kepada Allah dan Rasulnya. 

Antaranya sapertimana yang selalu disarankan oleh ulamak hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Inilah antara amalan-amalan untuk memantapkan lagi ruh atau rohani kita di dalam rangka melaksanakan Islam atau pengabdian secara total di dalam kehidupan dunia yang sementara ini. 

Dengan didikan hati yang betul mudah-mudahan kekuatan ruh kita dapat menjadi pengawal kepada akhlak kita. Inilah ubat atau vitamin yang membantu menyembuhkan penyakit hati kita. Amalkanlah terutama di bulan yang mulia ini. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah. Oleh itu bulan inilah yang terbaik untuk kita melatih diri untuk bertahajjud..

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi. Cubalah juga mencari masa yang lain untuk kita membaca dan memahami Al Quran..

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. Berusahalah untuk memampukan diri kita terutama kaum lelaki yang masih sihat dan ada kemudahan untuk ke surau atau ke mesjid.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki. Cubalah kerana ia hanya mengambil masa sekejap sehaja jika di banding dengan masa yang kita berikan untuk aktiviti yang kurang manafaat yang lain

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda. Mulakan dengan jumlah yang kecil contohnya 10 sen, 50 sen atau RM 1 dulu secara berterusan di tabung surau atau mesjid atau lain-lain peluang yang ada.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". Di sini perlu ada kesungguhan dan latihan…cuba usahakan dan mohon Allah mudahkan kita…

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Nampaknya mudah tetapi di dalam banyak keadaan kita sering lalai. Rasulullah SAW pun beristighfar 70 hingga 100 kali sehari. Kita pula….?

Berusahalah juga untuk kita sentiasa berzikir kepada Allah..sentiasa berhubung dan terikat dengan Allah kerana kita sangat-sangat memerlukan pertolongan Allah di dalam kehidupan ini.

Saudara dan saudari

Di doakan semoga dapat kita sama-sama mengambil pengajaran dan berusahakan untuk beramal dengan apa yang disarankan di atas. Ingatlah amalan yang baik ialah amalan soleh walaupun sedikit tetapi ia dilakukan secara  berterusan….Ya Allah bantulah kami supaya dapat kami laksanakan  Islam sebagaimana yang Engkau kehendaki….Amiin

Maaf di pinta dan selamat berpuasa…
Rujukan : PFS egroup


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...