Monday, November 29, 2010

Ujian Allah di dalam berumah tangga: Satu pengajaran kisah masyarakat….

Assalamu'alaikum warahmatullah

Alhamdullilah, syukur kepada AllahSWT  kerana mengizinkan kita bertemu di alam siber ini.  Mudah-mudahan Allah SWT beri  kekuatan untuk kita memperbaiki diri kita dari hari ke hari..hinggalah kita di jemput  pulang oleh allah SWT.

Saudara dan Saudari yang di muliakan

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan saudara dan saudari tentang peristiwa malang yang menimpa seorang insan yang bernama isteri yang dilaporkan di dalam berita pada hari ini…ini lah  hanya satu contoh yang dilaporkan diantara ribuan masalah yang berlaku saban  hari pada seorang isteri..mengapa ini berlaku?

Peristiwa sebegini berlaku dan terus akan berlaku antara lain sekiranya dasar perkahwinan yang tidak diasaskan dengan Islam dan keimanan kepada Allah SWT …….Berkahwin mengikut nafsu tanpa ada Ilmu yang dapat membimbing rumah tangga ke jalan Akhirat..Akibat nya rumah tangga porak poranda…
Hatta mereka yang pada asalnya cuba mengambil dasar Islam sebagai asas perkahwinannya juga hancur kerana tidak menjaga amal dan iman semasa menharungi kehidupan berumahtangga..

Berumahtangga memang nampak mudah tetapi membina baitul muslim dengan penuh tanggung jawab hingga ke alam akhirat memang satu tanggungjawab yang sukar…walau bagaimanapun kita tidak ada pilihan sekiranya kita ingin dikumpulkan kembali di akhirat di dalam satu keluarga di syurga Allah SWT, kita mesti mengikut kehendak Allah dari awal lagi di dalam menjalani  kehidupan berkeluarga. Sebelum, semasa dan selepas perkahwinan dan kemudian semasa berkeluarga semuanya  mesti mengikut  syarak supaya kita mendapat barakah dari Allah SWT dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.

Saudara dan saudari

Kepada mereka yang bergelar suami ingatkan tentang amanah dan tanggungjawab yang di berikan Allah SWT. Kita akan di persoalkan tentang apa yang kita laksanakan di dalam memikul tanggungjawab ini. Jangan jadi saperti yang dilapurkan di bawah ini….

Kepada mereka yang bergelar isteri, peristiwa yang berlaku di bawah ini jadilah pengajaran supaya berdoalah kepada Allah supaya suami kita berubah di samping tindakan syarak yang boleh diambil kerana takdir dipertemukan dengan suami  yang tidak berpegang kepada Ugama Islam….Kepada isteri yang mendapat suami yang berpegang teguh kepada  Ugama dan baik…bersyukurlah kepada Allah SWT dan jagalah suami dengan sebaik mungkin dan terima lah seadanya…Berdoalah kepada Allah SWT supaya  Allah kekalkan pasangan kita dan anak-anak hingga ke Akhirat …

Kepada mereka yang bergelar anak…berdoalah sentiasa kepada Allah SWT supaya  Allah SWT tetapkan hubungan baik ayah dan ibu kita dan memberi perhatian pada anak-anak di dalam berusaha menuju keredaan Allah SWT.

Semoga Kita semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa di bawah ini…
Tangguh dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Ars

Wasalamualaikum wm

Marah benar suami curang
Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my     291110    
SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.
 Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.
Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.
Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.
Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.
“Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya.
“Saya sudah tidak sedap hati apabila melihat perilaku suami yang berpelukan dengan ‘adik angkat’ itu di depan mata dan percaya mereka ada hubungan sulit.
“Isteri mana yang sanggup melihat suami melakukan maksiat di depan mata. Ketika itu hancur luluh hati saya.
“Malah, anak saya turut melihat perbuatan ayah mereka itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.
Kes cerai itu katanya dirujuk ke Mahkamah Rendah Sungai Besar, di sini, dan mereka disahkan bercerai pada 10 November lalu.
Menurutnya, pernah sebelum ini dia menegur tindakan suaminya yang gemar bertukar wanita dan akibatnya dia diterajang tanpa belas kasihan.
“Saya akan disepak terajang, diketuk seluruh badan dengan tukul besi setiap kali menegur perbuatan terkutuknya yang gemar membawa kekasih ke rumah kami.

“Bukan saya saja menjadi mangsa, malah dua anak kami yang masih kecil menerima nasib sama,” katanya menceritakan nasibnya yang mendakwa sering dipukul suami jika menegur perbuatan suaminya membawa pulang wanita ke rumah sejak berkahwin 11 tahun lalu.
Menurutnya, disebabkan itu, kedua-dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun kini trauma.
“Kerana tidak tahan dengan pukulan dan hinaan suami yang memukul kami anak beranak, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan lebih lapan laporan sudah dibuat, tetapi tiada tindakan diambil ke atas bekas suami saya itu,” katanya.
Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun yang kini menghidap penyakit paru-paru berair.
Katanya, walaupun baru berstatus janda, tetapi dia reda kerana terselamat daripada menjadi mangsa belasahan suami.
“Walaupun suami sudah keluar dari rumah, tetapi dia meninggalkan hutang along berjumlah RM15,000 menyebabkan saya kini ketakutan jika samseng datang ke rumah mencari suami saya. Dulu, kami pernah berpindah rumah kerana tidak tahan menjadi buruan along. Kini tak tahu apa pula yang akan berlaku,” katanya.
Siti berkata, kini hidupnya cuma untuk tiga anaknya dan akan cuba membesarkan mereka menjadi insan yang berguna.
Selain itu, anak sulung Siti Aishah terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantunya menjaga dua adiknya. “Anak bongsu saya yang berusia dua tahun terpaksa dijaga rapi kerana menghidap penyakit paru-paru berair dan perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan setiap bulan,” katanya.
Beliau yang tidak bekerja kini buntu dan berharap sumbangan orang ramai yang simpati terhadap nasibnya. Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian 012-9433226.

1 comment:

  1. Asm.
    Selalu yang jadi mangsa keganasan rumahtangga adalah wanita...
    Selalunya lelakilah yang curang...
    Ada juga wanita tapi kadang2 ia berpunca dari suami juga....
    Lelaki pelindung wanita..
    namun bila berkahwin tidak kerana dasar yang betul, tidak melaksanakan tanggungjawb, abaikan tuntutan Allah, tak jaga solat, hidup tidak berandukan syariat Allah.....
    itulah akibatnya...rosak nilai dan neraca hidup!
    Gitulah penyakit msyrkt...ubatnya
    perlu kembali beriman pada Allah sepenuhnya!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...