Thursday, November 18, 2010

Antara dua pilihan: Pilihlah untuk kebahagiaan dunia dan Akhirat



Alhamdullilah, sekali lagi kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya jua dapat kita bertemu lagi di Usrah siber. Semoga kesempatan yang masih ada pada kita ingin kita gunakan untuk meningkatkan kefahaman, keyakinan dan keimanan kita kepada Allah SWT. 


Marilah kita bersama-sama mengajak hati and diri kita supaya meneruskan usaha untuk mendekati Allah.  Ini dijelaskan Allah SWT di dalam sebuah hadith qudsi
“Jika dia mendekati kepadaKu satu jengkal, maka Aku mendekat kepadanya satu hasta, jika ia mendekat kepadaKu satu depa, maka Aku mendekatinya maka Aku dekatinya satu hasta, jika ia mendatangKu denagn berjalan kaki, maka Aku mendekatinya dengan berjalan cepat”[HR Al Bukhairi dan Muslim]

Saudara dan saudari yang di muliakan

Pada kali ini saya ingin berbicara mengenai perihal manusia yang di beri akal  untuk membuat pilihan. Kita sabenar diberi kebebasan untuk memilih dua jalan yang disediakan (dengan izin Allah SWT). Walaubagaimana pun kita perlu sedari bahawa keputusan dari pemilihan itu akan  menentukan hakikat kehidupan di akhirat kelak.  Disinilah manusia perlu berfikir panjang……….

Mereka yang memilih Islam bererti telah menentukan kehidupan bahagia di akhirat kelak dengan izin Allah SWT.  Memilih Islam disini bermaksud ciri-ciri Islam lahir dalam tingkah laku, peribadi, percakapan dan sebagainya. Seluruh aspek hidup mempunyai hubungan denagn Allah. Maknanya perbuatan seorang Islam itu mewakili keperibadian Islam yang Allah SWT kehendaki.

Sekiranya pilihan mereka tidak tepat , iaitu tidak memilih Islam dan memilih jalan lain, maka hasilnya mereka akan mendapat balasan penderitaan yang hebat dari Allah SWT di akhirat nanti.
Allah berfirman dalam surah Asy-Syams: 8-10

“ Maka Allah SWT  telah mengilhamkan pada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketaqwaan.  Sesungguhnya beruntunglah orabng yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”

Sabenarnya kita lah perlu bersungguh-sungguh  untuk mendapat petunjuk dari Allah SWT. Allah lah yang memberi petunjuk kepada orang-orang yang berjuang untuk mendapatkan petunjuk. Ini telah Allah SWT tegaskan di dalam AlQuran dan  di antaranya di dalam surah Al Ankabut ayat 69

" Orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar-benar Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami"

Begitu juga di dalam surah Ar Rad ayat 11 , Allah SWT berfirman
" Sesungguh Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"

Demikian pula Allah SWT  menyesatkan orang-orang yang mencari kesesatan untuk dirinya sendiri dan berpaling dari petunjuk hidayah dan petunjuk keimanan.  Lalu, Allah SWT akan menutup hati, pendengaran dan pandangannya dari petunjuk tersebut. Allah tegaskan di dalam FirmanNya di dalam surah Al Araaf ayat 179

"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakannya dari Jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak tidak di gunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, Mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah.  Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.  Mereka itulah orang-orang yang lalai."

Sesungguhnya Allah SWT telah kurniakan kepada kita persiapan-persiapan potensi untuk membuat pilihan, sama ada petunjuk atau pun kesesatan.
    
Saudara dan saudari,

Kita mesti menyakini bahawa Islam bukanlah deen rekaan manusia. Ia  bukan terbatas kepada sesuatu generasi atau untuk sesuatu golongan manusia atau untuk sesuatu masa dan tempuh sahaja sapertimana agama sebelumnya.

Syariat Islam lengkap dalam semua aspek kehidupan manusia.  Ia berdasarkan Firman Allah dalam surah An Nahl: 89 yang bermaksud…

“Dan ingatlah pada hari ketika kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi  atas mereka dari mereka sendiri  dan kami datangkan kamu (Muhammad)  menjadi saksi atas seluruh manusia, dan kami turunkan keatas kamu Al-kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu  dan petunjuk serta rahmat  serta gembira bagi orang yang menyerah diri”

Begitu juga Allah berfirman di dalm surah  Al An’am ayat 38

 “Kami tidak tinggalkan sesuatu apa pun dalam Al Quran”

Islam mesti difahami sebagai satu manhaj atau sistem hidup  yang lengkap di dalam  semua aspek kehidupan kita, sambung menyambung antara satu bahagian dengan bahagian yang lain. Ia boleh lah diumpamakan seperti tubuh badan manusia yang tidak boleh dipisah-pisahkan. Jadi perlaksanaan Islam dalam semua cabang kehidupan kita mesti menyeluruh dan lengkap.

Ramai antara kita yang menyangka bahawa ibubapa kita Islam maka kita pun terus jadi Muslim, walau pun tidak melaksanakan hak-haknya. Jadi memeluk Islam bukanlah berbentuk warisan…Cuma bagi kita,  bersyukurlah kerana Allah SWT telah memudahkan kita sebab ramai diantara kita lahir di dalm keluarga Melayu Islam. Tapi ini bukanlah secara otomatik Allah terima kita sebagai Muslim sekiranya di dalam kehidupan kita tidak langsung melaksanakan suruhan Allah SWT. Lihat lah seerah para Rasul contohnya Nabi Nuh AS…Isteri dan anak tidak bersama baginda…hatta bapa saudara Rasulullah sendiri yang banyak menolong baginda pun hingga ke akhir hayatnya tidak memeluk Islam…

Memeluk Islam bukan juga sebagai satu hobi atau fesyen. Juga memeluk Islam bukan sekadar menunjukkan yang zahir sahaja saperti Islam pada pakaian sahaja. Sesungguhnya apabila kita memeluk Islam, kita mestilah menganut sepenuhnya iaitu dengan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup kita.  Apa saja sama ada pemikiran, perkataan, perbuatan mahu pun tindakan mesti mengikut cara dan ketentuan Islam.

Kita mestilah menyesuaikan diri dengan Islam, dengan kehendak Islam dalam semua urusan hidup kita. Adalah menjadi kesilapan bagi kita sekiranya kita mengambil Islam dengan menyesuaikan Islam itu dengan kehendak kita. Kita hanya mengambil secara tempelan-tempelan saja dan tidak secara keseluruhannya.  Inilah yang di peringatkan Allah SWT kepada kita di dalam FirmanNya surah Al Baqarah ayat 208
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan jangan kamu menurut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"

Saudara dan saudari

Jadi, Alhamdullillah dengan akal yang diberikan Allah SWT ini, kita telah memilih Islam sebagai deen kita. Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melakukan sebaik mungkin segala suruhan Allah SWT.  Untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh ini kita perlu bersama-sama dengan ahli keluarga  dan masyarakat kita dan mengajak mereka juga untuk memahami hakikat kehidupan ini seterusnya memilih Islam secara cara hidup kita.

Sekiranya ada kebenaran,sememangnya  dari Allah swt, segala kelemahan adalah datang dari kita, maaf jua di pinta.

Sudahi dengan Tasbih kafarah dan Surah Al Ars

Wasalam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...