Thursday, November 25, 2010

Seerah : Kenalilah Khalifah ‘Umar bin Abdul ‘Aziz ; beberapa pengajaran awal….



Assalamualaikum wm

Alhamdullillah,  sekali lagi kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di berikan kita masa untuk kita mendekali panduan-panduan yang berguna untuk hati kita bersama di  Alam siber ini.  Ajaklah hati kita supaya memilih  apa sahaja bahan-bahan  yang muktabar dan baik yang dapat membimbing kita ke jalan yang lebih terang dari hari ke hari hinggalah kita bertemu dengan Allah SWT.

Pada kali ini saya ingin membawa satu catatan ringkas riwayat awal kelahiran tokoh yang terkenal , tokoh yang menjadi contoh kepada kita kerana sumbangan beliau yang cukup besar dalam sejarah Islam. Semoga dengan kefahaman yang kita dapat dari kelahiran tokoh ini dapat kita mempertingkat lagi keimanan kita kepada  Allah SWT.

Khalifah ‘Umar bin Abdul ‘Aziz di kenali dan masyur sebagai khalifah Islam yang sangat adil dan mempunyai keperibadian yang cukup mulia.

Saudara dan saudari..

Adalah terlalu banyak pengajaran yang kita boleh dapati dari sejarah hidup beliau.  Di ringkaskan  cerita……. ibunya bernama Laila Ummi Ashim binti Ashim bin ‘Umar bin Al Khattab, cucu khalifah Islam yang kedua. Di sini saya ingin mengambil sedikit pengajaran bagaimana Khalifah Umar bin Al Khatab  memilih calon untuk anaknya dan seterusnya dan anak mereka bernama Ummu Ashim kemudian berkahwin dengan ‘Abdul Aziz Marwan seterusnya membuahkan kelahiran ‘Umar Abdul ‘Aziz ini.

Di ceritakan pada suatu malam Khalifah….meronda di sekeliling kota Madinah.  Oleh kerana keletihan, beliau bersandar di sebuah dinding rumah dimana penghuninya adalah penjual susu.  Tiba-tiba beliau mendengar perbicaraan seorang ibu kepada anak perempuannya dari dalam rumah tersebut.

Pengajaran: Inilah pemimpin yang patuh di contohi, mengambil berat tentang perihal rakyatnya…sanggup memgorbankan masa untuk meronda diwaktu malam demi untuk mengetahui masalah rakyatnya…Beliau takut kepada siksaan Allah sekiranya tidak menjalankan amanah yang diberikan kepada nya….

Ibu itu berkata “ Berdirilah dan campurkan susu itu dengan air”
Anak perempuan itu menjawab” Wahai ibu apakah ibu tidak ketahui ketegasan Amirul Mu’minin sekarang  dalam menjalankan perintah?”
Ibunya bertanya apakan gerangan perintahnya itu?
Anaknya berkata “ Beliau telah menyeru semua penjual susu supaya jangan mencampurkan susu dengan air”
“Hai anakku, orang ramai telah melanggar perintah itu, maka langgar pulalah olehmu, engkau berada di satu tempat yang tidak dapat di lihat oleh ‘Umar dan tidak pula oleh pembantunya. Dan dia tidak akan tahu perkara ini, kata ibunya.
“Sekiranya ‘Umar tidak tahu namun Tuhan ‘Umar pasti tahu. Demi Allah, saya bukanlah termasuk orang yang metaatinya di depan umum tetapi mendurhakainya secara arhsia,” anaknya menjawab dengan tegas.

Pengajaran: Inilah contoh orang beriman yang sentiasa merasai Allah berada bersama dan sentiasa memerhatikan kita walau pun manusia tidak tahu. Keimanan inilah kita nak bentuk pada diri dan keluarga kita…..hanya dengan didikan iman sahajalah yang dapat melahirkan insan sebegini….

Sesungguhnya Allah maha mengetahu segala detik aktiviti makluknya di dunia ini.  Allah tegaskan di dalam  Surah Al An’am: 59….

“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada Nya; tidak ada mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai pun daun yang gugur yang tidak diketahui olehNya., Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis di dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)….

Jadi takutlah Allah SWT walau dimana kita berada atau apa yang kita ingin lakukan….

Saudara dan saudari…

Semua perbicaraan mereka itu dapat di dengar dengan jelas dan ‘Umar memberitahu pembantunya Aslam supaya tandakan rumah ini dan ingatkan  tempat ini baik-baik. Keesukannya ‘Umar menyuruh Aslam pergi dan perhatikan perihal keluarga tersebut.

Ketika Aslam kesana didapati seorang Jariah (hamba perempuan ) janda dan begitu juga ibunya, tidak ada orang lelaki dan keduanya dari kaum bani Bilal.
Kemudian ‘Umar memanggil anak lelakinya bernama Ashim lalu dikahwinkannya dengan Jariyah yang jujur itu. Dari perkahwinan tersebut lahirlah Ummu Ashim yang kemudiannya dikahwini pula oleh Abdul aziz bin Marwan yang membuahkan pula kelahiran ‘Umar Abdul Aziz.

Ini lah sedikit sebanyak peristiwa yang cukup penting dan asas di dalam melahirkan anak yang solleh yang dapat memberi sumbangan besar kepada  masyarakat. Bermula dari permilihan bakal pasangan untuk anak kita yang mengutamakan hubungan dengan Allah, ketaqwaan sebagai asas penting dan tidak diasaskan dengan sebab-sebab lain….Ini bertepatan dengan petunjuk di dalam hadith Rasulalullah SAW yang bersabda

“ Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, sebab ia akan lenyap, dan janganlah kamu menikahi mereka kerana hartanya, sebab akan membuatnya sombong. Akan tetapi nikahilah mereka kerana agamanya, seorang hamba wanita hitam dan beragama lebih utama (daripada yang tidak beragama) [HR Ibnu Majah]

Semoga peristiwa di atas dapat kita mengambil pengajaran untuk menjadi pendoman untuk kita supaya sentiasa ingat Allah SWT dimana sahaja kita berada.

Sekian, kebenaran itu dari Allah SWT , kelemahan dari kita sebagai manusia biasa, maaf di pinta.

Tangguh dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr

Wassalam

1 comment:

  1. .
    ...semoga kita mencontohi kisah teladan ini.

    Ingatlah bhw Allah sentiasa bersama dgn kita

    HABAT

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...