Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum
wm
Saudara
dan saudari yang di muliakan
Alhamdulillah, kita panjatkan
kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kita lagi di alam siber.
Berita semasa pada kali ini amat menyedihkan dimana saudaraku yang bekerja bersama-sama di MPOB telah kembali kerahmatullah...AlFatihah dan semoga ruhnya di masukkan ke golongan orang beriman dan juga kesabaran kepada isteri dan anak-anak yang di tinggalkan...
Inilah beritanya...
Kuala Pilah: Suasana pilu
menyelubungi kaki Gunung Angsi di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, di sini, sebaik
jenazah seorang pendaki yang meninggal dunia ketika mendaki gunung berkenaan
dibawa turun pasukan bomba dengan diiringi isteri dan dua rakan sekerjanya.
Difahamkan, tujuh anak mangsa
berusia antara tujuh hingga 19 tahun berada di kaki gunung pada jam 3 petang,
semalam, sebaik dibawa bapa saudara mereka selepas menerima berita kematian
itu.
Mangsa, Noor Azmi Idris, 49, yang
bekerja sebagai pereka grafik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB),
Selangor, mendaki gunung berkenaan bersama isteri, Aziah Musa, 44, dan dua
rakan sekerja mereka pada jam 7 pagi.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan
secara tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan
pada jam 11.30 pagi.
Anak sulung mangsa, Fathullah Azim
Noor Azmi, 19, berkata, dia menerima panggilan mengenai kematian bapanya
daripada ibu pada jam 11.40 pagi sebelum dia bersama enam adiknya dibawa bapa
saudara ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul.
1
Rujukan :Oleh Amran Yahya
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment