Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di
muliakan
Pertama sekali marilah kita
sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana masih lagi
memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu di alam siber ini. Mudah-mudahan
dengan kita memberi sedikit masa untuk kita memikirkan tentang kehidupan ini Allah
akan memberikan kita hidayah dan pertolongan di dalam kita mengharungi
kehidupan kita yang penuh pancaroba ini. Di dalam banyak hal kehidupan kita ini
banyak yang tidak pasti….bila kah kita akan bahagia, bila lah kita akan
bersedih, bilakah kita akan di murahkan
rezeki ???…pelbagai soalan yang timbul di fikiran kita…tetapi apa yang pasti
ialah kematian..
Firman Allah yang bermaksud
“ Maka
apabila telah datang waktunya mereka tidak mengundurkannya walau sesaat pun dan
tidak pula menambahkannya” [Al A’raf: 34]
Saudara dan saudari
Sebagai seorang manusia
biasa kita tidak lari daripada menghadapi pelbagai kesulitan di dalam kita
mengharungi kehidupan baik sebagai individu , berumah tangga, berkerja atau bermasyarakat. Kadang-kadang kesulitan itu datang
bertimpa-timpa, lepas satu timbul satu lagi. Kadang-kadang membuatkan fikiran
kita buntu tak tahu apa lagi yang kita nak dilakukan. Adakah kita hendak hanya mengadu kepada
manusia sesama kita yang lemah ini….Ya ia boleh tetapi bantuan manusia walau
pun dari orang yang paling rapat dengan kita sekali pun amat terhad…Pilihan
yang terbaik ialah kita kembalikan kepada Allah. Dia adalah Allah SWT yang
tidak ada Tuhan selainnya.
Sabenar didalam apa keadaan
sekali pun termasuk kesulitan atau
kepayahan, kita wajib untuk bersungguh-sungguh berdoa dan meminta kepada Allah
SWT . Mintalah supaya Allah hindarkan
kita dari kebingungan dan pohonlah
bantuan dengan penuh tangis dan berharap untuk mendapat keampunan dan
rahmatNya. Kita yakin sekiranya kita ikhlas, kita akan di bantu, di tolong dan
di beri kelapangan oleh Allah SWT.
Mungkin masa yang diambil berbeza tetapi Allah akan menghamparkan kepada kita
jalan keluar bagi menyelamatkan kita, mengembalikan yang hilang, menghilangkan
segala mara bahaya, membantu yang dizalimi, mengembalikan yang tersesat,
menyembuhkan yang sakit dan melapangkan yang kesusahan.
Allah berfirman yang
bermaksud……
“Maka
apabila mereka naik kapal mereka berdoa kepada Allah dengan memurnikan ketaatan
kepada Nya” [Al Ankabut: 65]
Saudara dan saudari
Jika kita telah menemukan
jalan menuju Allah SWT bermakna kita telah menemukan segala-galanya. Namun jika kita kehilangan keimanan dalam
diri kita ertinya kita telah kehilangan segala-galanya. Fikirkan dan rasailah
dengan serius kerana inilah hakikat kehidupan kita. Inilah yang selalu kita
kena ingat dan insafi pada setiap
perjalanan hidup kita di muka bumi ini. Apabila iman hilang maka panduan kita
hanyalah nafsu syahwat yang tak terkawal dan di bantu dengan godaan syaitan
yang sangat pintar untuk menyesatkan kita….
Sekiranya kita menyeru Allah,
memohon pertolongan, bertawakkal satelah berusaha, ia sudah merupakan bentuk
ibadah kita. Ketaatan kita kepada Allah adalah cara kita untuk mendapatkan apa yang
kita hajatkan dari Allah..Kita lemah dan perlu bergantung kepada yang Maha
Kuat. Kita bebas berdoa, tanpa rasa takut, cemas, sedih atau merasa tekanan.
Sesesiapa pun tidak dapat menghalang kita dari berdoa….
Allah SWT berfirman yang
bermaksud
“
Katakanlah “ Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah di
tetapkan oleh Allah untuk kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah
orang-orang yang beriman harus bertawakal” [At Taubah:51]
Ingatlah bahawa setiap tali
akan putus kecuali tali Allah. Setiap pintu akan tertutup kecuali pintu menuju
Allah SWT. Setiap jalan akan roboh kecuali jalan yang melorongkan kita menuju kepada
Allah SWT. Setiap jambatan akan runtuh kecuali yang menghubukan kita dengan
Allah SWT. Allah adalah Tuhan yang Maha dekat, Maha mendengar dan Maha menjawab
permintaan hamba-hambanya. Jadi, mengapa kita tidak mengambil peluang yang
berharga ini….
Allah SWT berfirman yang bermaksud…
“Atau
siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa
kepadaNya. Dan Yang menghilangkan kesusahan” [An Naml:62]
Jadi, insaflah bahawa segala
yang ada pada kita tidak boleh
menjanjikan apa-apa kepada kita melainkan diiringi keizinan Allah dan
perkenannya. Justeru itu mohonlah kepadaNya satelah segala usaha dan ikhtiar
kita lakukan sehabis kemampuan kita. Jangan sekali-kali kita lupa untuk berdoa
dan bermohon kepada Nya kerana itulah tanda betapa kita sentiasa menginsafi
tentang kekuasaan dan keAgungan Nya.
Allah berfirman
“Berdoalah
kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu” [Ghafir:60]
Saudara dan saudari
Sekiranya kesusahan yang
kita hadapi telah hilang dan kebahagiaan telah datang maka berzikirlah memuji
selalu kepadaNya sebagai tanda bersyukur
dan berterima kasih di atas segala pertolongan dan KurniaanNya. Inilah yang kita selalu
terlupa apabila Allah hilangkan atau ringankan musibah kita, kita kaitkan
dengan hanya usaha kita dan tak kaitkan langsung dengan pertolongan Allah.
Bersujudlah kepada Allah, angkatkan tangan, gerakanlah lidah untuk perbanyakkan
lagi permintaan kepadaNya.
Yakinlah Allah suka jika
kita memohon pertolongan daripada Nya dan ini berbeza dengan meminta pertolongan
dari manusia…Marilah kita selalu berdiri di pintuNya, saksikan kelembutanNya,
berbaik sangkalah kepada Nya, melangkah selalu kepadaNya hingga kita
benar-benar hampir dengan Nya lantas mendapat kebahagiaan dan kejayaan yang
hakiki di dalam kehidupan kita. Ya, bukan mudah tetapi yakinlah ia juga bukan
mustahil….
Walahualam
Maaf di pinta dan Wasalam
Rujukan:Dr Ibrahim Fiqhy