Monday, March 30, 2015

Berita sedih dan AlFatihah untuk saudaraku...Pilu di kaki Gunung Angsi



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum wm

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kita lagi di alam siber.

Berita semasa pada kali ini amat menyedihkan dimana saudaraku yang bekerja bersama-sama di MPOB telah kembali kerahmatullah...AlFatihah dan semoga ruhnya di masukkan ke golongan orang beriman dan juga kesabaran kepada isteri dan anak-anak yang di tinggalkan...

Inilah beritanya...


Kuala Pilah: Suasana pilu menyelubungi kaki Gunung Angsi di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, di sini, sebaik jenazah seorang pendaki yang meninggal dunia ketika mendaki gunung berkenaan dibawa turun pasukan bomba dengan diiringi isteri dan dua rakan sekerjanya.
Difahamkan, tujuh anak mangsa berusia antara tujuh hingga 19 tahun berada di kaki gunung pada jam 3 petang, semalam, sebaik dibawa bapa saudara mereka selepas menerima berita kematian itu.
Mangsa, Noor Azmi Idris, 49, yang bekerja sebagai pereka grafik di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Selangor, mendaki gunung berkenaan bersama isteri, Aziah Musa, 44, dan dua rakan sekerja mereka pada jam 7 pagi.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan secara tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 11.30 pagi.
Anak sulung mangsa, Fathullah Azim Noor Azmi, 19, berkata, dia menerima panggilan mengenai kematian bapanya daripada ibu pada jam 11.40 pagi sebelum dia bersama enam adiknya dibawa bapa saudara ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul.
 1
Rujukan :Oleh Amran Yahya

am@hmetro.com.my 

Friday, March 27, 2015

Kisah masyarakat semasa: Perlu kita bantu sedaya yang mampu…Nilai sekotak ubat nyamuk


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum wm
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kita lagi di alam siber.

Berita di bawah ini mengajak kita berfikir bahawa ada antara kita yang tidak bernasib baik dan diuji dengan kesempitan hidup..persoalannya sekarang apakah usaha kita semua untuk membantu mereka di dalam kemampuan kita yang berbeza ini..

Inilah beritanya…

Kuala Lumpur: “Besar maknanya ubat nyamuk pada kami! Susah nak tidur jika ‘berperang’ dengan ratusan nyamuk setiap malam,” demikian luah seorang gelandangan, Hassan Mohd Isa, 60, yang dilihat terkial-kial cuba menyalakan ubat nyamuk menggunakan pemetik api. Dia ditemui wartawan ketika sedang bersiap sedia untuk tidur berbaris bersama puluhan gelandangan lain di sepanjang deretan kerusi besi di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Masjid India di sini, jam 11.30 malam semalam.
Keluhannya itu berasas apabila hampir semula gelandangan dilihat wartawan berusaha menghidupkan ubat nyamuk masing-masing sebelum diletakkan di kaki kerusi atau berhampiran kepala masing-masing.
Walaupun bau asap ubat nyamuk itu menyesakkan hidung namun ia dianggap penyelamat dari gangguan menggila nyamuk saban malam.
“Kami dapat rasa nikmat tidur dan mimpi. Tanpa ubat nyamuk, saya sukar untuk lelapkan mata hingga ke pagi. Biar lapar asalkan saya ada sedikit wang untuk membeli ubat nyamuk.
“Saya tak kisah jika sejuk malam hingga ke tulang atau perut kosong, asalkan tidak digigit nyamuk. Rimas dan gatal satu badan dibuatnya,”katanya.
Dia memberitahu menjadi penghuni tetap deretan bangku besi itu bersama lebih 20 gelandangan lain yang mempunyai pelbagai masalah tersendiri.
“Saya bekerja mengutip kotak kertas, tin aluminium atau botol plastik untuk dijual bagi meneruskan hidup. Sebahagian duit itu saya gunakan untuk beli dua kotak ubat nyamuk untuk bekalan seminggu,”katanya.
Dia berkata, kejatuhan harga barangan lusuh sejak kebelakangan ini menyebabkan pendapatannya berkurangan.
“Jika dahulu harga kertas boleh dijual dengan harga RM1.50 hingga RM2 sekilogram namun kini harganya jatuh hanya RM1. Malah, harga tin minuman aluminium juga hanya boleh dijual sekitar RM3 sekilogram,”keluhnya.
Dia bagaimanapun bersyukur berikutan masih ada individu dan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersimpati dan menghulurkan bantuan makanan kepadanya.
“Sekejap tadi ada anggota polis sedekahkan saya bungkusan nasi campur. Alhamdulillah, malam ini saya tak kelaparan,”katanya.
Hassan berkata, walaupun tidur merempat di kaki lima jalan namun dia akan memastikan pakaiannya dalam keadaan bersih dan dibasuh sentiasa.
“Saya akan mandi setiap pagi di tandas awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Kalau sempat, saya akan singgah di Masjid Sentul untuk membasuh kain baju.
“Baju perlu bersih dari najis kerana ini yang akan dipakai ketika solat. Biar hidup merempat sekalipun, solat jangan ditinggalkan. Itu tanggungjawab kita pada Tuhan,” katanya.
Menurutnya, dia berharap janji kerajaan untuk membina penempatan kepada golongan daif tahun lalu dapat dilaksana.
“Saya ada dengar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membina rumah untuk kami. Namun enam bulan sudah berlalu dan saya tidak nampak perubahan,”katanya.
Dia mendakwa tidak berniat untuk mencemarkan imej ibu kota dengan tidur di kaki lima namun kesempitan hidup dialami menyukarkannya bagi memiliki kediaman.
“Wang pendapatan sekitar RM300 sebulan hanya cukup-cukup makan. Saya tidak mahu mengemis hanya berharap ada tempat selesa untuk tidur,”katanya.
RUJUKN: Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mac 2015 @ 9:20 AM
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Hanafis Abdul Haris

am@hmetro.com.my

Thursday, March 26, 2015

Jagalah pasangan dan keluarga kita dengan tingkatkan hubungan kita dengan Allah SWT…satu berita sedih di dalam masyarakat kita


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wm

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Illahi kerana mempertemukan kita lagi di alam siber.

Sesungguhnya berita di bawah ini amat menyayat hati kerana berlaku pada saudara Melayu dan  Muslim kita,  disaat keluarga, masyarakat masih memerlukan kehadiran beliau….ibubapa masih perlukan sebagai anak, isteri sebagai suami dan anak sebagai ayah..Mungkin perkara sebegini dapat kita elakkan sekiranya masing-masing kita mengambil tahu permasalahan pada saudara atau jiran kita..marilah kita cuba menghayati pesanan Rasulullah SAW ….
 “Hak tetangga itu ialah..apabila ia sakit kamu menjenguknya, apabila ia meninggal kamu mengiringi jenazahnya, apabila ia memerlukan sesuatu kamu meminjamnya, apabila ia tidak memiliki pakaian kamu memberikannya pakaian, apabila ia mendapat kebaikan kamu memberinya selamat, apabila ia mendapat musibah kamu bertakziah kepadanya, jangan engkau meninggikan rumahmu atas rumahnya sehingga angin terhalang masuk rumahnya, dan jangan kamu menyakitinya dengan bau periukmu kecuali kamu member sebagian dari masakan itu” (HR Thabrani)
inilah beritanya....
 
Kota Tinggi: ‘Terima kasih sudi menjadi isteri yang ikhlas. Cuma awak dari awal hingga akhir, demi Allah. Suami mu yang malang terlalu rindukan emak!! Assalamualaikum!’. 

Demikian antara kandungan nota ditinggalkan seorang lelaki yang ditemui mati tergantung di rumah kedai di Felda Pasak di sini, semalam.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditemui dengan kabel elektrik jam 9 pagi oleh anak perempuan bongsunya yang berumur 8 tahun di dapur.
Menurut isteri mangsa yang berumur 38 tahun, dia terkejut apabila anak bongsu mengejutkannya daripada tidur dan memberitahu bapanya tergantung di dapur.
Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia pulang ke rumah jam 2 pagi selepas selesai berniaga di bazar karat dan mendapati suaminya tiada di rumah tetapi dia pulang tidak lama kemudian.
“Sebelum keluar berniaga pada petang itu, saya mengemas rumah namun apabila pulang saya dapati rumah bersepah. Apabila suami pulang berlaku pergaduhan antara kami.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 9:57 AM
http://assets.hmetro.com.my/images/articles/26hmpic.transformed_1.jpg
NOTA terakhir untuk isterinya.
Oleh Ahmad Othman

am@hmetro.com.my
etro.com.my/node/39405#sthash.y2TeVO2h.dpuf
Rujukan 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...