Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullah wm
Alhamdullillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya
dapat kita bersama-sama lagi di alam siber ini. InsyaAllah , pada setiap 10
Zulhijjah merupakan hari yang istimewa
dimana kita mohon Allah SWT panjangkan umur untuk bertemu dengan Hari Raya
Aidil Adha iaitu hari raya korban. Mudah-mudahan kita sama-sama muhasabah
kembali perjalanan kehidupan kita selama setahun yang berlalu. Bersyukurlah
kepada Allah SWT sekiranya kita dapat menggunakan masa yang Allah berikan
kepada kita itu untuk mendidik hati kita, mempertingkatkan kefahaman,
keyakinan, keimanan dan amalan kita. Alhamdullillah....TETAPI sekiranya kita
masih banyak melakukan perkara-perkara terlarang dan maksiat kepada Allah
sepanjang tahun yang berlalu...maka kita perlulah bertaubat segera dan
mengorbankan kehendak-kehendak nafsu yang tidak selari dengan kehendak Allah
SWT. Inilah masa untuk berkorban.
Saudara dan saudari yang di muliakan
Tiada satu pun kejayaan yang dapat di capai melainkan di sana
perlunya satu pengorbanan. Untuk berjaya di dunia yang sementara ini pun
kita perlu berkorban...sebagai pelajar contohnya perlu mengorbankan masa rihat,
tenaga dan wang ringgit untuk lulus dengan cemerlang..Bagi kita pekerja juga
terpaksa mengorban masa bersama keluarga, memerah tenaga dan fikiran kita, masa
lapang dan seronok kita untuk membuat kerja-kerja yang disuruh ketua
kita..barulah kita mendapat nilai kerja yang baik...
Saudara dan saudari yang di muliakan
Saban hari kita lihat pelbagai peristiwa berlaku di depan mata
kita. Berita-berita kemalangan, kehilangan jiwa, kekejaman, penganiayan,
masalah rumah tangga dan bermacam-macam lagi mengajak kita berfikir secara serius
tentang hala tuju kehidupan kita. Manusia berkorban segalanya untuk mendapatkan
kekayaan dan keuntungan Duniawi. Tetapi kebahagian dan ketenangan semakin jauh
daripada kita. Jadi kita tidak ada pilihan lagi untuk kembali kepada Pencipta
kita, yang Maha mengetahui keperluan kita di dunia dan juga persiapan yang
perlu untuk ke Akhirat.
Kita perlu kembali kepada keseimbangan sebagai mana yang selalu
kita berdoa
“ Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami dari siksaan api
neraka”
Saudara dan saudari yang di muliakan
Kini kita fikirlah sedalam-dalamnya sekiranya kita inginkan
kejayaan di Akhirat dan mendapat ganjaran dari Allah SWT untuk kehidupan yang
kekal sudah tentunya kita perlu berkorban yang sebaik mungkin untuk kita
laksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Kita tidak rugi sekiranya
kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengorbankan kehendak diri kita demi
memenuhi kehendak Allah SWT.
Walaubagaimana pun kita perlu ingat godaan nafsu dan syaitan,
iblis yang sentiasa akan mengganggu usaha pengorbanan kita untuk menuju kepada
Allah SWT. Seerah Nabi Allah Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS di dalam
perjalanan menuju ke kawasan bukit di Mina untuk melaksanakan suruhan Allah SWT
iaitu penyembelihan Nabi Ismail AS. Iblis yang menyerupai manusia sebanyak tiga
kali cuba menggagalkan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS untuk melaksanakan
perintah Allah SWT. Mereka membaling batu kepada iblis tersebut....Jadi kita
juga tidak terlepas dari pelbagai godaan di dalam usaha-usaha kita untuk
membuat kebajikan dan menuju kepada Allah SWT. Tewaskan syaitan dengan
iman kita.
Berusaha dan berdoalah bersungguh-sungguh....
Akhirnya sekali lagi, saya mengucapkan selamat menyambut hari raya
korban dengan penuh penghayatan saperti yang dikehendaki oleh Allah SWT.
Maaf Zahir Batin
Wassalam
No comments:
Post a Comment