Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdulillah, syukur kehadrat
Illahi kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah
dan pelbagai nikmat yang lain…masih boleh bangun, berjalan , bercakap, melihat,
makan minum, solah, pergi mesjid, jumpa kawan, bermesra dengan keluarga dan
beribu-ribu lagi nikmat yang Allah berikan..termasuklah nikmat bekerja atau
mencari rezeki yang halal ini…kita lihat telah ramai kawan-kawan kita yang dulu
cukup sihat dan bertenaga kita terlantar di hospital atau di rumah kerana
keuzuran kesihatan dan lain-lain lagi ..
Namun begitu kita perlu ingat kita
perlu berusaha dan menjaga nikmat yang Allah bagi kepada kita ini ..contoh pada
kali ini ialah menjadi pekerja muslim yang Allah kehendaki dimana antaranya kita
perlu melihat kembali asas kenapa kita
bekerja supaya usaha kita ini dapat diterima
Allah sebagai ibadah…
Marilah
kita merenungi sebahagian daripada penulisan yang diterbit di dalam berita
harian melalui ceramah Ustaz Pahrol Mohd Juoi di radio IKIMfm untuk kita fahamkan dan sampai
kepada sahabat-sahabat kita…
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Rasulullah SAW mengungkapkan saranan menerusi hadis Baginda
yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah, "Sesungguhnya Allah menyukai
apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, ia
melakukannya dengan baik, sempurna dan teliti." (Riwayat al-Baihaqi).
Pekerjaan adalah proses, wadah dan kaedah untuk beri
kebaikan kepada orang lain, bukan sekadar mendapat laba, tetapi gudang
memperoleh pahala. Bukan semata-mata makan gaji, tetapi menghadam
sebanyak-banyaknya kebaikan dan reda Ilahi.
Ustaz mengajak kita melihat pekerjaan daripada perspektif
Islam yang kaya dengan kebaikan dan punya kaitan dengan tujuan kehidupan.
Katanya, pegang kata kunci 'beri
kebaikan yang terbaik jika ingin menjadi baik' untuk membezakan pekerjaan
manusia dengan makhluk Allah SWT yang lain mahupun meletakkan beza pekerjaan
umat Islam dengan yang belum beragama Islam.
Menyorot kehidupan sebagai hamba
Allah SWT juga khalifah di dunia, manusia diberi tanggungjawab bekerja sebagai
cabang ujian dan menjadi kewajipan untuk menang dalam menyahut ujian itu.
Caranya dengan melaksanakan pekerjaan pada tahap terbaik.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dialah yang mencipta mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan
keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya; dan Ia Maha
Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun (bagi orang yang
bertaubat)." (Surah al-Mulk, ayat 2).
Setiap pekerjaan datang dengan
ujian, kecekapan, kesungguhan, keikhlasan dan akhlak semuanya diuji. Setiap
ujian menjadi kayu penanda keperibadian seseorang Mukmin.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah
yang kuat lagi amanah." (Surah al-Qasas, ayat 26).
Sekian sebahagian daripada peringatan
daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini untuk
kita ambil sebagai panduan dan mudah-mudahan kita dapat jadikan nikmat bekerja
ini sebagai amal soleh…
Ya
Allah mudahkan urusan hidup kami..
Amiin
Maaf
di pinta
Wassalam
Sumber rujukan :Penulis Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm
Khamis, 11 September 2014 @ 5:28 AM
Berita Harian
No comments:
Post a Comment