Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Sekali
lagi kita memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin
kurniaNya juga dapat kita bersua kembali di alam siber ini. Semoga teknologi
yang ada ini kita sentiasa gunakan kearah kebaikan. Berkongsilah maklumat dan
peringatan yang mudah dan berguna untuk kita semua. Secara umumnya, cuba elakan penggunaan
platform umum ini untuk mencetuskan atau membincangkan perkara yang kontroversi
yang akan mengeruhkan lagi suasana persaudaraan kita.
Sebagai
menyambung kembali apa yang terkandong di dalam “post” saya yang lepas dimana
kita masih lagi membincangkan aspek elemen penting di dalam kita bekerja
mencari rezeki. Elemen kedua yang juga tidak kurang pentingnya ialah sudut Gabungan sudut al-quwwah (kekuatan).
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Menurut
Ustaz Pahrol kita perlu menggabungkan ciri-ciri dari
sudut al-quwwah iaitu kekuatan serta kemampuan bukan sekadar fizikal, tetapi
juga ilmu dan kemahiran. Mempunyai amanah, ketelusan serta kasih sayang dalam
melaksanakan tugasan.
Inilah sifat umat Islam dalam bekerja dimana ada di sana gabungan
kepakaran juga keimanan, cantuman integriti dan kecekapan kita. Jika ada semuanya, dengan izin Allah SWT segala yang
direncana menjadi dan diberkati.
Pekerja juga perlu melakukan kerja dengan acuan Allah SWT
bukan terapan manusia jika ingin melahirkan pekerja yang punya prestasi kerja
tinggi.
Terdapat tiga criteria/elemen
sebagai neraca kerja yang terbaik. Pertama, capai kualiti dengan input yang
sedikit menghasilkan output yang banyak. Kedua, kuantiti yang lebih baik dan
ketiga ialah akhlak, etika serta adab terpuji yang membangun jati diri, sahsiah
peribadi seorang Mukmin.
Ustaz
membawa kita kisah Imam Malik yang menyuarakan pendapat untuk menulis Kitab Muwatta' dan hasrat
itu dipertikaikan kerana ketika itu sudah ada Kitab Muwatta' yang ditulis oleh
orang terdahulu, jadi apakah perbezaan hasil tangan Imam Malik?
Lalu Imam Malik menegaskan, perbezaan terletak pada
keikhlasan dan keikhlasan itulah yang akan
berkekalan. Beliau menulis dengan ikhlas dan mengharap reda Allah SWT
sehinggakan beliau menyaring 3,000 daripada 10,000 hadis dalam menghasilkan
Kitab Muwatta' karangannya itu. Beliau begitu teliti dan hanya inginkan yang terbaik. Sebagai
ganjaran ketelitian, kesungguhan dan curahan ilmu yang terbaik itu, sehingga
hari ini jika menyebut Kitab Muwatta' kita hanya
terbayang Kitab Muwatta' milik Imam Malik dan terpadam kitab muwatta' yang
terdahulu sebelum beliau.
Saudara
dan saudari yang dimuliakan
Ini
lah hebatnya keikhlasan akhirnya melahirkan ketelitian
dan kesungguhan. Rasulullah SAW menyatakan, Allah SWT menyayangi hamba-Nya yang
sentiasa melakukan kerja dengan cara yang terbaik dan bersungguh-sungguh.
Jadi bagi kita yang mempunyai kesedaran yang sabenarnya ia jua hidayah dari
Allah SWT perlu sangat-sangat meneliti setiap tindakan yang kita lakukan
seharian termasuklah di dalam hal mencari rezeki di tempat kerja kita. Teliti
dulu niat kita dan ini lah permulaan yang Wajib betul supaya urusan seterusnya
berjalan dengan arah yang betul dan syarie sehingga boleh di ikhtiraf sebagai amal
soleh. Walaupun kita berkerja di mana-mana sahaja, di makmal, di pejabat, di
sekolah di ladang dan lain-lain…ingatlah antara elemen penting di sini ialah
niat ikhlas semata-mata kerana Allah dan mengikut amalan syarie/syarak..iaitu
tidak membuat sesuatu yang bertentang dengan kehendak Allah SWT dan jalan–jalan
yang telah di tunjuki oleh Rasulullah SAW kepada kita…sekiranya ada juga
kesilapan cepat-cepatlah kita muhasabah dan kembali kepada kehendak Allah.
Insya Allah, mudah-mudahan Allah SWT akan memudahkan urusan kehidupan kita yang sementara ini….
Sekian, maaf di pinta..
Antara rujukan : rencana BH
No comments:
Post a Comment