Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wm
Peristiwa yang berlaku di bawah ini
amat menyayat hati dan mencabar kita semua umat Islam..terlalu pedih untuk kita
harungi pelbagai perkara akhir-akhir ini. Islam diserang dari semua sudut
kerana musuh-musuh Islam siang malam berusaha menghancurkan kita. Ya Allah bantulah kami yang lemah ini…
Bacalah.....
Cape Town: Seorang ahli akademik
akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’
hari ini.
Masjid berkenaan, menurut
pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di
Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.
Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.
Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan
sama rata.
Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.
“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.
Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan
sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan.
Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.
“Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat
kecaman daripada MJC,” kata Riad.
Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini. Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya. Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki. Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu.
Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali. - Agensi
YA ALLAH BERILAH HIDAYAH DAN KEKUATAN IMAN KEPADA KAMI SEMUA....
No comments:
Post a Comment