Monday, July 7, 2014

Sedutan berita menyedihkan: Bakar isteri nikah seminggu......



Assalamualaikum wm
Saudara dan saudari yang dimuliakan

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana masih di panjangkan umur di bulan  Ramadhan yang mulia ini..semoga sama-sama dapat kita gunakan ruang dan peluang untuk tingkatkan ibadah kita…
Berita di bawah ini…mengingatkan kita bahawa mendirikan rumah tangga bukan lah perkara yang mudah…apatah lagi bagi kita yang ingin mendirikan rumah tangga muslim..”Baitul muslim” sudah tentulah perlu persedian rapi dari segi ruh dan fizikal….pelbagai ujian rumah tangga akan datang dan kita tak sanggup melihat apa yang berlaku di bawah ini….. Semoga kita dapat mengambil pengajaran…

Kangar: “Abang! Tolong, tolong sayang.” Itu jeritan seorang isteri selepas disimbah dengan petrol sebelum dibakar suaminya sendiri akibat cemburu buta di Kampung Abi Padang Machang, di sini, semalam.
Akibat tindakan di luar batas kemanusiaan suaminya pada jam 9.30 pagi itu, tubuh mangsa terbakar 85 peratus dan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Difahamkan, pasangan itu baru seminggu bernikah di negara jiran, namun mangsa yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 semalam dibakar suami kerana didakwa menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.

Jeritan sayu mangsa, Shafikah Ismail meminta tolong dari dalam bilik didengari nenek kepada suaminya yang ketika itu baru pulang dari pasar.

Nenek suspek yang enggan dikenali berkata, mereka sekeluarga sepatutnya mengadakan kenduri kesyukuran sempena hari lahir mangsa ke-23, semalam, tetapi dikejutkan dengan kejadian di luar jangkaan.

Menceritakan kembali kejadian, wanita itu berkata, sejurus mendengar jeritan mangsa dia meluru ke bilik berkenaan dan terkejut melihat badan mangsa sedang terbakar.

“Cucu saya (suspek) juga cuba memadamkan api dengan mengambil air dan mencurahkan ke badan isterinya, dia juga mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Johor dipercayai melecur hampir keseluruhan badan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan.

“Mereka berkenalan di sebuah kolej swasta di Perak sebelum bertunang setahun lalu dan mendirikan rumah tangga lebih awal dengan bernikah di Thailand, seminggu lalu.

“Saya tidak mengetahui punca kejadian itu kerana mereka berdua dilihat mesra dan tidak mempunyai masalah. Kejadian yang berlaku mengejutkan semua ahli keluarga termasuk ibu dan bapa cucu saya yang bekerja di Langkawi,” katanya.

Rujukan: Shamsul Munir Safini
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/07 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...