Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdullilah, bertemu lagi kita di alam siber dengan sama-sama mensyukuri nikmat teknologi yang dapat membantu kita untuk memahami hakikat kehidupan yang sementara ini. Didiklah hati kita dan pada waktu yang sama ajaklah orang yang terdekat dengan kita supaya sama-sama memahami tujuan sabenarnya kita dijadikan Allah di mukabumi ini…renungi lah tiga persoalan asas ..dari mana kita datang, apa tugas kita di muka bumi ini dan kemana kita akan pergi selepas kehidupan ini..…
Suadara dan saudari
Di kesempatan ini saya ingin kongsi bersama sebuah hadith Qudsi yang berkaitan dengan ketaqwaan..mudah-mudahan kita dapat kebaikan daripada peringatan ini..
Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku adalah ahli tempat kamu bertaqwa. Janganlah mengambil Tuhan lain yang disekutukan denganKu. Barang siapa yang menjaga diri dari melakukan syirik kepada Aku, akulah yang berhak memberikan keampunan baginya” [HQ riwayat Ahamd, Tarmizi, Nasa’i..]
Antara pengertian yang kita perlu hayati ialah taqwa bererti menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah SWT dengan jalan melaksanakan perintahNya, taat kepadaNya, menjauhi larangan serta maksiat…
Abdullah Ibnu Abbas RA menegaskan kepada kita bahawa orang yang bertaqwa ialah orang yang:
a. Berhati-hati dalam ucapan dan perbuatannya agar tidak mendapat kemurkaan dan seksan Allah serta meninggalkan dorongan nafsu.
b. Mengharapkan rahmatNya dengan meyakini dan melaksanakan ajaran yang diturunkanNya.
Abu Darda’ pula menyatakan bahawa ketaqwaan sesaorang dikatakan sempurna apabila kita dapat menjaga diri dari perbuatan dosa walaupun sebesar biji sawi sekalipun, bahkan bersedia untuk meninggalkan perkara yang subhat kerana takut tergelincir kepada yang haram, dengan demikian terbentuklah benteng yang kukuh di antara dirinya dengan pekara yang haram.
Firman Allah yang bermaksud….
“Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surah amalnya) [Surah AzZalzalah:7-8]
Abu Darda juga mengingatkan kita agar kita tidak meremehkan dan menganggap mudah perbuatan yang baik sekalipun kecil. Demikian juga hendaknya manusia menjauhkan diri dari perbuatan jahat sekalipun nampaknya tidak bererti.
Sekian, semoga peringatan rengkas ini dapat sedikit sebanyak mendidik jiwa dan menjadi kawalan kepada aktiviti amalan harian kita. Mohonlah kepada Allah untuk membantu kita yang lemah dan banyak melakukan dosa ini…
Sekian, maaf di pinta
Rujukan Kitab hadith Qudsi…
No comments:
Post a Comment