Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdullilah, kita telah berada di bulan syawal…sudah sebelas hari berlalu …marilah kita bermuhasabah tentang kesan latihan yang kita telah lalui di kem Ramadhan yang baru lepas..adakah ia mampu menjadikan kita insan yang lebih baik atau ….berdoalah..
Pada kali ini ingin saya ingin memperingatkan kita bersama tentang peringatan selepas ramadhan yang dikupas oleh Prof Dr Yusuf Al Qardhawi. Mudah-mudahan ia dapat membantu kita semua…
Suadara dan saudari
Sesungguhnya bulan ramadhan merupakan musim yang baik bagi orang muttaqin dan bulan perniagaan bagi orang soleh. Peniaga akan melipatgandakan kerajinan dan usahanya apabila tiba musim perniagan yang tertentu. Akan tetapi mereka tidak akan menutupkan kedainya satelah musim itu tamat. Bulan ramadhan merupakan musim kita mengecas bateri hati dengan makna-makna keimanan dan ketaqwaan, mencari-cari kelebihan yang ada di sisi Allah dan merebut apa yang ada disisi Allah.
Di antara alamat puasa dan ibadah kita diterima Allah dalam bulan Ramadhan ialah sesaorang itu akan terus mempunyai hubungan tali Allah selepas bulan Ramadhan. Dan dia tidak akan memutuskan hubungan mesranya dengan Allah. Satengah salfus solleh berkata: “Seburuk-buruk kaum ialah kaum yang hanya kenal Allah dalam bulan Ramadhan sahaja. Kita hendaklah menjadi Rabbani dan bukannya menjadi orang yang melakukan ketaatan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja.”
Saudara dan Saudari
Kita janganlah menjadi manusia yang hanya kenal Allah secara bermusim iaitu sebulan dalam setahun. Salepas berlalunya Ramadhan hubungan dengan Allah dan melakukan ibadat akan terputus.
Barang siapa yang berpuasa dan ibadah sunnat nya telah diterima oleh Allah maka padanya ada tanda-tanda. Kesan nya dapat kita lihat salepas Ramadhan. Firman Allah yang bermaksud…..
“ Dan orang –orang yang telah mendapat hidayah akan ditambah hidayahnya oleh Allah dan Dia akan memberikan sifat taqwa kepadanya [Muhammad: 17]
Di antara alamat amalan kebaikannya telah di terima oleh Allah ialah dia akan terus melakukan kebaikan tanpa berhenti. Inilah yang kita hajatkan supaya kebaikan membuahkan kebaikan. Antara balasan terhadap kejahatan yang dilakukan ialah kejahatan yang kita lakukan lagi selepasnya. Inilah yang mesti kita elakkan dan takuti kerana kejahatan atau maksiat yang kita lakukan tidak akan membuahkan kebaikan tetapi ia hanya akan membuahkan maksiat dan kejahatan yang lain…..Jadi fikirlah secara serius untuk melakukan maksiat….mulanya merosakkan diri, selepas itu keluarga …seterusnya masyarakat dan Negara….
Saudara dan saudari
Oleh itu, marilah kita memperoses hati kita supaya berada bersama Allah sepanjang masa. Sesungguhnya Allah sukakan ketaaatan pada setiap masa dan zaman dan bencikan maksiat pada setiap ketika. Boleh jadi bulan Ramdahan yang barakah ini kita mudah melakukan kebaikan berbanding bulan-bulan yang lain tetapi kesan tarbiyah ramadhan ini mestilah berterusan…..
Prof Dr Yusuf Al Qardhawi juga mengingatkan kita supaya sentiasalah bersama Allah. Takutlan Allah dimana saja, di ketika mana pun kita berada dan di dalam keadaan mana pun berada dan bukannya hanya di bulan Ramadhan.
Firman Allah yang bermaksud
“ Dan bagi Allah timur dan Barat, ke mana sahaja kamu berpaling maka di sana ada Allah” [Al Baqarah: 115]
Kita juga diperingatkan bahawa anak kunci yang boleh membuka diri kita, keluarga dan masyarakat ini adalah iman. Apa saja yang digerakkan dengan iman, maka ia akan bergerak. Apa saja yang di pimpin oleh iman ia akan mengikut. Kita akan menjadi umat yang terkuat jika kita di gerakkan dengan dorongan iman kepada Allah. Dengan keimanan, kita akan berjaya mengharungi segala halangan dan mencipta perkara yang mustahil di dalam kehidupan berkeluarga, mencari rezeki dan bermasyarakat dengan izin dan pertolongan Allah…
Sekian, semoga sedikit peringatan Prof Dr Yusuf Al Qardhawi di atas dapat kita faham dan hazamkan seterusnya laksanakan semampu mungkin di dalam kehidupan kita yang sementara ini.
Wasalam, rujukan Khutbah Prof Dr Yusuf Al Qardhawi
No comments:
Post a Comment