Friday, September 30, 2011

Cara menilai keikhlasan menurut Ibnu Qayyim........


Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullillah sekali lagi kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah izinkurnianya dapat kita berkomunikasi lagi di alam siber ini. Semoga sedikit komunikasi dengan teknologi moden ini akan mendapat keberkatan dari Allah SWT, InsyaAllah. Memang benarlah apa yang selalu disarankan kepada kita oleh ulamak-ulamak, Ustaz, Tok-tok Guru bahawa apalah gunanya kehidupan kita ini tanpa ada keberkatan dari Allah SWT…apa yang kita kejar tak pernah cukup, nikmat berkeluarga pula kita tak dapat, nikmat bersahabat kita dapat rasai dan pelbagai lagi akibat kita tidak mendapat keberkatan dan redha Allah ke atas kita.

Saudara dan saudari

Pada kali ini saya ingin mengajak diri dan saudara-saudari untuk menilai sebentar keikhlasan kita di dalam menjadikan kehidupan ini sebagai ibadah kepada Allah.

Menurut Ibnu Qayyim, bagi menilai keikhlasan hati, kita sewajarlah melihat dahulu keseluruhan kewajiban kita kepada Allah SWT.  Sekiranya  kita dapati terdapat kekurangan maka segeralah kita mencari jalan untuk menambahkannya. Lihatlah kembali tujuan kita di jadikan iaitu sapertimana yang termaktub di dalam Al Quran
“Tidak Aku jadikan Jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)” [Adz- DZariyat: 56]

Selain itu kita juga perlu perhatikan adakah semua larangan Allah kita lakukan atau pun tidak? Apabila menyedari kita melakukannya kita diseru supaya bersegeralah bertaubat., memohon keampunan daripada Allah SWT dan segeralah melakukan kebaikan bagi menghapuskan dosa. Iringi lah kejahatan yang kita telah terlanjur itu dengan kebaikan yang banyak…mudah-mudahan ini membuktikan bahawa  kita betul-betul menyesal dan bertaubat dan tidak ingin kembali melakukan dosa kepada Allah SWT.

Saudara dan saudari

Ibnu Qayyim mengingatkan kita lagi bahawa salepas itu kita ingatkan pula bilakah masa kita lalai dari menunaikan perintah Allah? Sekiranya menyedari sudah melakukannya, segeralah kembali mengingati Allah dan menyebut nama-namanya.

Seterusnya , cuba kita menilai kembali apakah kata atau ucapan yang kita sebut atau luahkan, adakah selaras dengan kehendak ugama? Adakah mengumpat dan mencaci, mengatakan keburukan orang sebagai amalan biasa kita!  atau pun berkata sesuatu yang pada umumnya baik tetapi bukan kepada yang berhak. Memuji suami atau isteri orang kepada pasangan kita…mengucapkan sayang pada orang yang tak sepatutnya sehingga meruntuhkan rumahtangga dan lain-lain lagi…nilailah dahulu percakapan kita…Jika tersilap cepat-cepat menyesal dan bertaubat kepada Allah…kembali kepada Allah…

Kemudian nilaikan pula tentang pegerakan seluruh anggota badan, apakah yang dilakukan itu untuk tujuan baik atau sebaliknya. Setiap kali kita melakukan sesuatu, dua perkara yang mesti kita fikirkan iaitu untuk siapa kita lakukan semua itu dan bagaimana cara kita melakukannya?

Adakah pengerakan anggota kita pergi ketempat maksiat atau bertemu dengan pasangan yang bukan muhrim yang dilarang syarak…dan pelbagai lagi…jika ada kembalilah bertaubat…

Saudara dan saudari

Pertanyaan –pertanyaan di atas adalah bagi menilai samada kita ikhlas dan taat dengan apa yang kita lakukan kepada Allah SWT. Ada kemungkinan apa yang lakukan selama ini bukan kerana Allah tetapi kerana sebab-sebab lain saperti untuk mendapat sanjungan atau terpaksa kerana ingin menjaga hati manusia.

Sehubungan dengan ini Allah SWT  menjelaskan di dalam firmanNya yang bermaksud...

“Sesungghnya Kami akan menanyai umat-umat yang telah diutuskan Rasul-Rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan bertanya kepada Rasul-Rasul Kami.  Kemudian Kami akan khabarkan kepada mereka apa-apa yang telah mereka lakukan sedangkan Kami mengetahui (keadaan mereka), dan Kami sabenarnya tidak jauh dari mereka [AlA’raf:6-7]

Menurut Qatadah, Allah SWT bertanya kepada setiap hamba tentang nikmat yang diberikan kepadanya. Dua nikmat  itu ialah
1.  Apakah nikmat yang diperolehi itu dengan cara yang diredhai Allah kemudian dibelanjakan sebagaimana yang sepatutnya dan bagaimanakah kamu bersyukur dengan nikmat itu?

2. Adakan nikmat yang diperolehi itu dengan cara yang tidak di redhai Allah dan dibelanjakan kepada yang bukan haknya? Lalu dimanakah kenikmatan itu dibelanjakan?

Mereka yang terpilih untuk dipertanggungjawabkan atas perkara ini tidak boleh lari daripada menyatakan perkara yang sebenar. Sakiranya kita laksanakan sesuatu bukan kerana Allah tetapi kerana sebab-sebab lain maka kita tidak akan selamat di Akhirat kelak.  Ini kerana ketujuh-tujuh pancaindera itu menjadi saksi dan  menyatakan apa yang sabenarnya yang dilakukan.

Allah berfirman yang bermaksud…
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta mempertanggungjawabkan” [Surah Al Israk: 36]

Saudara dan saudari

Di dunia kita mungkin boleh terselamat dari penglihatan atau pengetahuan manusia tetapi yakinlah kita tidak sekali-kali dapat lari dari penglihatan dan pengetahuan Allah SWT.
Maka adalah lebih baik kita terlebih dahulu, membuat pernilaian diri sabelum Allah membuat penilaian terhadap kita pada hari Kiamat nanti.

Sekian, semoga pesanan Ibnu Qayyim ini kita dapat ambil pengajaran untuk dilaksanakan di dalam kehidupan kita.

Wasalam dan maaf dipinta.

Rujukan kitab Ibnu Qayyim

Tuesday, September 20, 2011

Petikan Hadith Qudsi: Taqwa kepada Allah


Assalamu’alaikum wm

Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullilah, bertemu lagi kita di alam siber dengan sama-sama mensyukuri nikmat teknologi yang dapat membantu kita untuk memahami hakikat kehidupan yang sementara ini. Didiklah hati kita dan pada waktu yang sama ajaklah orang yang terdekat dengan kita supaya sama-sama memahami tujuan sabenarnya kita dijadikan Allah di mukabumi ini…renungi lah tiga persoalan asas ..dari mana kita datang, apa tugas kita di muka bumi ini dan kemana kita akan pergi selepas kehidupan ini..…

Suadara dan saudari

Di kesempatan ini saya ingin kongsi bersama sebuah hadith Qudsi yang berkaitan dengan ketaqwaan..mudah-mudahan kita dapat kebaikan daripada peringatan ini..

Allah berfirman yang bermaksud:

“Aku adalah ahli tempat kamu bertaqwa. Janganlah mengambil Tuhan lain yang disekutukan denganKu.  Barang siapa yang menjaga diri dari melakukan syirik kepada Aku, akulah yang berhak memberikan keampunan baginya” [HQ riwayat Ahamd, Tarmizi, Nasa’i..]

Antara pengertian yang kita perlu hayati ialah taqwa bererti menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah SWT dengan jalan melaksanakan perintahNya, taat kepadaNya, menjauhi larangan serta maksiat…

Abdullah Ibnu Abbas RA menegaskan kepada kita bahawa orang yang bertaqwa ialah orang yang:

a.  Berhati-hati dalam ucapan dan perbuatannya agar tidak mendapat kemurkaan dan seksan Allah serta meninggalkan dorongan nafsu.

b.  Mengharapkan rahmatNya dengan meyakini dan melaksanakan ajaran yang diturunkanNya.

Abu Darda’ pula menyatakan bahawa ketaqwaan sesaorang dikatakan sempurna apabila kita dapat menjaga diri dari perbuatan dosa walaupun sebesar biji sawi sekalipun, bahkan bersedia untuk meninggalkan perkara yang subhat kerana takut tergelincir kepada yang haram, dengan demikian terbentuklah benteng yang kukuh di antara dirinya dengan pekara yang haram.

Firman Allah yang bermaksud….

“Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surah amalnya) [Surah AzZalzalah:7-8]

Abu Darda juga mengingatkan kita agar kita tidak meremehkan dan menganggap mudah perbuatan yang baik sekalipun kecil. Demikian juga hendaknya manusia menjauhkan diri dari perbuatan jahat sekalipun nampaknya tidak bererti.

Sekian, semoga peringatan rengkas ini dapat sedikit sebanyak mendidik jiwa dan menjadi kawalan kepada aktiviti amalan harian kita.  Mohonlah kepada Allah untuk membantu kita yang lemah dan banyak melakukan dosa ini…

Sekian, maaf di pinta
Rujukan Kitab hadith Qudsi…

Thursday, September 15, 2011

Sumber pendidikan yang praktikal: Kematian menurut Prof Dr Yusuf Al Qardhawi


Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullilah, bertemu lagi kita di alam siber ini dengan tujuan yang satu iaitu untuk kita sama-sama ingat memperingati sesama kita tentang kehidupan yang sementara ini..kita sebagai manusia biasa yang sentiasa lalai dan memang perlu sangat kepada peringatan-peringatan dan dengan peringatan yang datang dari pelbagai sumber ini, mudah-mudahan  dapat menyedarkan kita semula tentang hakikat kejadian kita sebagai hamba Allah…

Suadara dan saudari

Baru-baru ini saya tersentak dan sedih dengan berita kematian yang menimpa sahabat saya dan pelajar-pelajar dan juga kawan kepada anak-anak saya yang bersekolah di Perlis. Antara beritanya di dalam Harian Metro:

PADANG BESAR: “Ya Allah sakitnya, tolong tarik aku keluar Zul.” Itulah rintihan Hazman Bakhtiar Sharizan, 14, sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat tersepit dalam van yang dihempap pokok besar hingga meragut tiga nyawa semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu di Kilometer 23.5 Jalan Kilang Gula, di sini, Hazman bersama tujuh pelajar lain dari Maahad Tarbiyah Islamiyah (Matri) di Beseri dalam perjalanan melakukan lawatan sambil belajar ke Kilang Gula Felda di Chuping.
Malang menimpa apabila sebatang pokok tumbang lalu menimpa van dinaiki kumpulan pelajar itu kira-kira 50 meter dari pintu masuk kilang berkenaan ketika hujan lebat disertai ribut.

Turut maut dalam kejadian itu ialah seorang lagi pelajar Matri, Ahmad Izzat Ismail, 17, dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, dan pemandu van, Shahidan Ali, 67, dari Beseri, di sini.

Ahmad Ahnaf Anis Soffian, 14, juga pelajar Matri yang berasal dari Kuala Lumpur, mengalami kecederaan parah.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan al Fatihah dan berdoa semoga Allah cucuri rahmat dan masukkan mereka di dalam golongan hambaNya yang solleh.

Saudara dan saudari

Di kesempatan ini juga saya ingin membawa sedikit ulasan tentang kematian oleh Prof Dr Yusuf Al Qardhawi. Ia mempunyai kaitan dengan peristiwa di atas dan boleh  kita jadikan sebagai bahan didikan hati dan motivasi kepada kita untuk meneruskan kehidupan kita yang sementara ini dengan lebih berhati-hati….

Prof Dr Yusuf Al Qardhawi mengingatkan kita supaya perlu sangat kita memikirkan tentang kematian yang akan merubah kehidupan kita. Ia datang dengan tiba-tiba tanpa amaran atau peringatan. Kita perlu jadikan mengingati mati sebagai  jalan untuk membersihkan hati kita daripada karat kelalaian dan melembutkan hati yang keras sepertimana yang disebut di dalam hadith Rasulullah SAW yang bernmaksud

“ Sesungguhnya hati berkarat saperti karatnya besi. Baginda ditanya, apakah benda yang boleh mengilatkannya? Baginda menjawab; membaca Al Quran dan mengingati mati”

Saudara dan saudari

Tidak seorang pun diantara kita yang tahu bila mati akan datang dan di mana ia akan berlaku….peristiwa kemalangan di atas menjelaskan kenyataan ini..
Allah SWT berfirman yang bermaksud.....
“Seseorang itu tidak tahu (dengan pasti) apa yang akan dilakukan nya esok dan tidak tahu di bumi mana dia akan mati.  Sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Maha Meliputi ilmuNya” [Luqman:34]

Sesaorang itu juga tidak tahu di dalam peringkat usia mana dia akan mati.  Adakah peringkat usia muda, peringkat usia tua atau peringkat terlalu tua. Akan tetapi natijahnya adalah satu. 

Hiduplah sekehendak mana yang kita mahu, kita akan tetap mengalami mati. Cintailah sesiapa yang kita kehendaki, kita akan tetap berpisah dengannya. Lakukan apa-apa kerja yang kita mahu, sesungguhnya  kita tetap akan diberi pembalasan dan akan di tanya tentangnya.

Saudara dan saudari

Sesungguhnya mati tetap mati dan tidak akan diawalkan atau dilewatkan walaupun sesaat.  Allah berfirman yang bermaksud…
“Apabila tiba ajal mereka maka mereka tidak akan ditangguhkan walaupun sesaat dan tidak juga dipercepatkan.” [ Al Araf: 4]

Prof Dr Yusuf Al Qardhawi mengingatkan bahawa tanda-tanda kematian ialah apabila berlakunya kelahiran.  Apabila manusia dilahirkan, maka ia merupakan alamat bahawa ia akan mati. Setiap hari yang dihabiskannya menyebabkan tempoh ajalnya semakin hampir. Setiap tahun yang berlalu bermakna ia telah meruntuhkan satu binaan umur.

Dalam realiti,  kita dapati manusia tidak ingat kepada mati.  Mereka merasakan seolah-olah mereka akan hidup kekal di dunia ini. Ia merupakan kelalaian. Ia merupakan cita-cita yang panjang.  Cita-cita untuk hidup lama merupakan satu perkara yang membinasakan manusia.

Perlu kita ingatkan hati kita bahawa mati amat hampir dengan kita.  Ia lebih hampir dari apa yang dibayangkan oleh manusia.  Boleh jadi kita sempat bertemu dengan petang tetapi tidak sempat bertemu dengan pagi. Kadang-kadang kita memakai pakaian tetapi tidak sempat menanggalkannya dan hanya ditanggalkan oleh orang yang memandikan mayat.

Saudara dan saudari

Mati terlalu dekat terutama di zaman kita sekarang ini. Orang sihat disambar maut dengan pelbagai sebab masakini. Kita disambar maut melalui kemalangan jalanraya atau sebab lain. Sebab kematian adalah banyak tetapi kematian hanyalah satu.

Berapa banyak mati telah merampas ayah dan ibu dari anak, suami dari isteri, isteri dari suami, guru dari muridnya dll. Tidak ada seorang pun yang berupaya menahan mati dari mendatangi dirinya dan tak dapat berbuat dimikian samada menggunakan hartanya atau kedudukannya.

Ingatlah…mati pasti tiba dan tidak seorang pun boleh lari daripadanya.  Firman Allah yang bermaksud…
“Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya maut yang kamu lari daripadanya akan menemui kamu juga.  Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang Maha mengetahui perkara ghaib dan perkara nyata” [ Al Juma’ah:2]

Saudara dan saudari

Jadi, perkara penting yang perlu kita lakukan sekarang ini ialah membuat persediaan untuk menghadapi maut sebagaimana yang disebut di dalam sebuah hadith yang bermaksud…
“ Orang yang beruntung ialah orang yang mengenali dirinya dan beramal untuk kehidupan salepas mati”

Gunakan umur kita yang ada, gunakanlah waktu yang ada untuk melakukan amal soleh sebelum waktu ajal tiba.  Kita berdoa kepada Allah agar menjadikan kita dikalangan mereka yang hatinya khusuk dan lembut, dan sentiasa ingat kepada Akhirat.  Ya Allah perkenankanlah doa kami.

Cubalah berusaha supaya dapat kita elakkan diri dari berbuat maksiat dan dosa kepada Allah SWT. Sesungguhnya kita tidak akan mati, InsyaAllah sekiranya kita meninggalkan maksiat dan dosa tetapi kita takut kita mati di dalam keadaan kita berbuat maksiat dan dosa……Na’uzubillah..

Sekian, maaf dipinta dan Wasalam
Rujukan : Kitab Prof Dr Yusuf Al Qardhawi

Friday, September 9, 2011

Peringatan selepas Ramadhan: Antara nasihat Prof Dr Yusuf Al Qardhawi


Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullilah, kita telah berada di bulan syawal…sudah sebelas hari berlalu …marilah kita bermuhasabah tentang kesan latihan yang kita telah lalui di kem Ramadhan yang baru lepas..adakah ia mampu menjadikan kita insan yang lebih baik atau ….berdoalah..

Pada kali ini ingin saya ingin memperingatkan kita bersama tentang peringatan selepas ramadhan yang dikupas oleh Prof Dr Yusuf Al Qardhawi.  Mudah-mudahan ia dapat membantu kita semua…

Suadara dan saudari

Sesungguhnya bulan ramadhan merupakan musim yang baik bagi orang muttaqin dan bulan perniagaan bagi orang soleh.  Peniaga akan melipatgandakan kerajinan dan usahanya apabila tiba musim perniagan yang tertentu.  Akan tetapi mereka tidak akan menutupkan kedainya satelah musim itu tamat. Bulan ramadhan merupakan musim kita mengecas bateri hati dengan makna-makna keimanan dan ketaqwaan, mencari-cari kelebihan yang ada di sisi Allah dan merebut apa yang ada disisi Allah.

Di antara alamat puasa dan ibadah kita diterima Allah dalam bulan Ramadhan ialah  sesaorang itu akan terus mempunyai hubungan tali Allah selepas bulan Ramadhan.  Dan dia tidak akan memutuskan hubungan mesranya dengan Allah. Satengah salfus solleh berkata:  “Seburuk-buruk kaum ialah kaum yang hanya kenal Allah dalam bulan Ramadhan sahaja. Kita hendaklah menjadi Rabbani dan bukannya menjadi orang yang melakukan ketaatan hanya dalam bulan Ramadhan sahaja.”

Saudara dan Saudari

Kita janganlah  menjadi manusia yang hanya kenal Allah secara bermusim iaitu sebulan dalam setahun. Salepas berlalunya Ramadhan hubungan dengan Allah dan melakukan ibadat akan terputus.

Barang siapa yang berpuasa dan ibadah sunnat nya telah diterima oleh Allah maka padanya ada tanda-tanda. Kesan nya dapat kita lihat salepas Ramadhan.  Firman Allah  yang bermaksud…..
“ Dan orang –orang yang  telah mendapat hidayah akan ditambah hidayahnya oleh Allah dan Dia akan memberikan sifat taqwa kepadanya [Muhammad: 17]

Di antara alamat amalan kebaikannya telah di terima oleh Allah ialah dia akan terus melakukan kebaikan tanpa berhenti. Inilah yang kita hajatkan supaya kebaikan membuahkan kebaikan.  Antara balasan terhadap kejahatan yang dilakukan ialah kejahatan yang kita lakukan lagi selepasnya. Inilah yang mesti kita elakkan dan takuti kerana kejahatan atau maksiat yang kita lakukan tidak akan membuahkan kebaikan tetapi ia hanya akan  membuahkan maksiat dan kejahatan yang lain…..Jadi  fikirlah secara serius untuk melakukan maksiat….mulanya merosakkan diri, selepas itu keluarga …seterusnya masyarakat dan Negara….

Saudara dan saudari

Oleh itu, marilah kita memperoses hati kita supaya berada bersama Allah sepanjang masa.  Sesungguhnya Allah sukakan ketaaatan pada setiap masa dan zaman dan bencikan maksiat pada setiap ketika.  Boleh jadi bulan Ramdahan yang barakah ini kita mudah melakukan kebaikan berbanding bulan-bulan yang lain tetapi kesan tarbiyah ramadhan ini mestilah berterusan…..

Prof Dr Yusuf Al Qardhawi  juga mengingatkan kita supaya sentiasalah bersama Allah.  Takutlan Allah dimana saja, di ketika mana pun kita berada dan di dalam keadaan mana pun  berada dan bukannya hanya di bulan Ramadhan.
Firman Allah yang bermaksud
“ Dan bagi Allah timur dan Barat, ke mana sahaja kamu berpaling maka di sana ada Allah” [Al Baqarah: 115]

Kita juga diperingatkan bahawa anak kunci  yang boleh membuka diri kita, keluarga dan masyarakat ini  adalah iman.  Apa saja yang digerakkan dengan iman, maka ia  akan bergerak.  Apa saja yang di pimpin oleh iman ia akan mengikut.  Kita akan menjadi umat yang terkuat jika kita di gerakkan dengan dorongan iman kepada Allah.  Dengan keimanan, kita akan berjaya mengharungi segala halangan dan mencipta perkara yang mustahil di dalam kehidupan berkeluarga, mencari rezeki dan  bermasyarakat dengan izin dan pertolongan Allah…

Sekian, semoga sedikit peringatan Prof Dr Yusuf Al Qardhawi di atas dapat kita faham dan hazamkan seterusnya laksanakan semampu mungkin di dalam kehidupan kita yang sementara ini.

Wasalam, rujukan Khutbah  Prof Dr Yusuf Al Qardhawi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...