Tuesday, October 12, 2010

Panjang angan-angan dan suka menunda ibadah…..

Di antara  sebab lain yang menyebabkan masa kita terbuang secara sia-sia ialah panjang angan-angan dan suka menunda ibadah. Kita sentiasa berfikir bermacam-macam perkara yang kita nak lakukan, sibuk merancang seolah-olah kita kan hidup selama-lamanya…tapi lihat lah apa yang berlaku disekeliling kita..Tiap-tiap hari penuh dengan berita kematian, tidak mengira samada yang muda atau yang tua , segala lapisan umur..Allah ambil nyawa mereka..Jutawan yang kaya terbunoh, dan bas yang  terbabas melanggar kereta di seberang jalan…dan pelbagai lagi…Inilah bahan tarbiyah yang  praktikal untuk kita didik hati kita tentang masa yang terhad yang ada pada kita…...

Mengenai masalah panjang angan-angan ini, Kita di peringatkan oleh Imam Al Ghazali….Jauhi lah panjang angan-angan, sebab jika angan –angan panjang, maka ia akan memghasilkan empat  keadaan….
1.   Manusia menjadi tidak taat dan malas untuk taat kepada Allah. Ia akan berkata yang ia masih mempunyai hari atau masa untuk melakukan kebajikan….
2.   Manusia akan enggan bertaubat dan menundanya. Ia akan mengatakan ia akan bertaubat di kemudian hari kerana ia masih muda…
3.   Manusia akan ghairah untuk mengumpulkan harta dan sibuk dengan dunia daripada dengan Akhirat….
4.   Hati akan menjadi keras dan lupa akhirat. Jika kita mengimpikan kehidupan panjang,kita tidak ingat  KEMATIAN DAN KUBURAN…

Sekiranya keaadaan ini berlaku pada kita maka kita sibuk membuang masa kepada sesuatu yang tidak  memberikan jaminan kebahagiaan di Akhirat…Ulamak Hasan al Basri  juga berkata sesiapa lebih cinta dunia dari Akhirat,  Allah menghukumnya dengan enam hukuman…tiga di dunia dan tiga lainnya di Akhirat. Hukuman di dunia ialah angan-angan nya yang tidak berujung, keinginan menggebu-gebu tanpa batas, dandi cabut darinya  manisnya ibadah, sedang tiga lagi hukuman di akhirat ialah dasyatnya di padang masyar, hisab yang sulit, dan kesedihan berpanjangan…

Beliau juga mengingatkan kita……jangan suka menunda amal-amal solleh, sebabnya anda hanya berada di hari ini dan belum tentu sampai besok pagi , jika anda hidup sampai besuk,…..  Kita mungkin tidak aman dari segala rintangan, atau sakit mendadak, kesibukan baru atau musibah…Orang berakal dan bertekad kuat harus segera menafaatkan semua kesempatan, mengerjakan kebaikan, menunaikan kewajiban dan semua bentuk ketidakberdayaan harus ditunda…

Menangguhkan ketaatan (ibadah) dan menunda kebaikan membuat jiwa kita terbiasa tidak mengerjakan ketaatan, jika  kebiasaan sudah mengakar, maka ia akan  berubah menjadi sesuatu yang sebati dengan sesaorang  dan sulit melepaskannya….

Oleh itu selagi kita Allah bagi peluang untuk hidup, buat lah terbaik dengan masa yang terhad ini….Bersungguh-sungguhlah mencari kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat… Berdoalah supaya Allah beri kita kekuatan….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...