Thursday, October 14, 2010

Gunakan waktu luang dengan melakukan kegiatan manafaat


Rasullullah SAW  berpesan kepada kita supaya menjaga dua nikmat yang sering kita lupa di dalam kehidupan ini….”Ada dua nikmat dan ramai orang rugi di dalamnya. Yaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang”.... Kebanyakan kita selalu terlalai disebabkan oleh nikmat di atas..kita selalu lupa Allah dikala kita sihat atau lapang...akibatnya kadang-kadang merosakkan diri kita dan juga orang lain...

Kita di peringatkan bahawa saat akal kita berada pada keadaan yang paling bahaya adalah  ketika kita memiliki waktu kosong. Ia di ibaratkan saperti kenderaan yang memecut dengan kelajuan tinggi tapi tanpa memiliki pengemudi..Kadang-kadang kenderaan itu terbabas di kiri dan kanan jalan dan akhirnya........ 

Ketika kita memiliki waktu kosong inilah maka kegundahan,kesedihan,kegelisahan, kekuatiran dan segala fikiran negatif akan selalu datang dan menakut-nakutkan diri dan perasaan kita. Ini kerana waktu kosong inilah akan mengembalikan ingatan kita pada waktu lalu dan menjadikan kita sering mengkhayalkan apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang..Syaitan akan menghampiri kita dan membisikkan pelbagai peristiwa pahit, manis, marah dan lain-lain yang akhirnya membawa akhiran yang merosakan jiwa kita..Ia biasanya tidak membawa jiwa kita kepada dekat dengan Allah atau meningkatkan amalan ahli syurga tetapi membawa kepada maksiat dan  amalan ahli neraka.  Jika ini berlaku kita sudah berasa dalam keaadaan yang berbahaya.

Waktu luang ibarat siksaan yang datang perlahan-lahan pada kehidupan kita.  Jangan kita memandang ringan terhadap ujian ini. Samalah  dengan tahanan yang diletakkan dibawah tong air dan kemudian setiap detik air akan menitis ke atas kepala tahanan. Dalam penantian titisan demi titisan tersebut boleh menjadikan dia gila..Biar pun perlahan tetapi dalam jangka masa lama titisan tersebut akan menberikan kesan buruk dan menghancurkan.

Waktu santai adalah kelalaian sedangkan waktu kosong pula adalah pencuri kegiatan. Jika kita memiliki waktu kosong, fikiran kita ibarat pemimpin perang yang kalah di dalam peperangan yang tidak pasti.

Oleh itu  apabila waktu lapang menyerang kita, cepat-cepat lah bangun, solahlah, bertasbihlah, membacalah, menulislah, susunlah, kemaskan, temukan sesuatu yang baru, bergeraklah dan berikanlah kebaikan dan manafaat kepada orrang lain sehingga tidak ada waktu yang terluang....

Sebelihlah waktu luang dengan pisau kegiatan yang bermanafaat , banyak sekali yang kita boleh lakukan.....bangunlah dan sedarlah....Membiarkan waktu kosong tanpa aktiviti umpama menelan pil penenang diri yang akhirnya akan membunoh diri.... 

Janganlah kita sering terbaring ditempat tidur dengan linangan air mata...Diri kita terasa tertekan seolah-olah kita terperosok didalam sebuah lubang. Dikala itu hidup kita amat menyakitkan. Setiap detik yang berlalu terasa saperti sedang menghempaskan beban yang amat berat ke atas kepala kita.Segalanya terasa tidak bermakna, melainkan penyeksaan jua yang terasa mencucuk-cucuk segenap penjuru kehidupan. Adakah ini pilihan kehidupan kita...kita masih diperlukan oleh suami, isteri,  anak-anak, keluarga malah ummah...mereka memerlukan kita, kita, kita.... 

Oleh itu isikan masa luang kita itu dengan aktiviti manafaat yang selaras dengan syarak, InsyaAllah , Allah akan bersama kita , membantu kita, berdoalah bersunggoh-sunggoh  supaya Allah berikan kekuatan disaat -saat sebegini... agar tiada lagi waktu luang yang boleh membuahkan penyeksaan buat diri kita. KITA LAH YANG MEMBUAT PILIHAN UNTUK KUAT ATAU UNTUK LEMAH......

Antara ingatan Dr Ibrahim Fiqhy

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...